Wednesday

TUDUNG MAIRA COLECTIONS

Setelah sekian lama tak upload koleksi tudung maira, so hari ni aku nak upload beberapa tudung yang available lg. So kepada penggemar tudung maira, boleh la pilih2 mana2 yang berkenan ye. hanya yang pernah pakai tudung ni je tau bagaimana kualiti nya. so kepada yang belum pernah mencuba, jom la pakat2 beli tudung maira ya. sy yakin,pasti anda berpuas hati.


MAIRA CORAK-SOLD



MAIRA CORAK-SOLD

MAIRA CORAK  -SOLD



MAIRA CORAK POTONGAN BERKAKI-SOLD




MAIRA CORAK POTONGAN BERKAKI-SOLD




MAIRA CORAK POTONGAN BERKAKI-SOLD



MAIRA CORAK    -SOLD

MAIRA CORAK-SOLD


MAIRA CORAK-SOLD


MAIRA CORAK-SOLD



MAIRA CORAK POTONGAN BERKAKI-SOLD



MAIRA CORAK-SOLD


MAIRA CORAK-SOLD


MAIRA CORAK-SOLD

Tudung2 ni juga bleh request letak batu swarovski.
Jika kawan2 nak order or sebarang pertanyaan, boleh call 013-6913889 (aida) or email ke  alipyadalalip@yahoo.com.

**nantikan tudung plain 2tone minggu depan..insyaallah.

Tuesday

Salam Hari Selasa..

Selamat pagi semua.. sementara belum ada kerja masuk, aku nak wat entry bg sambungan entry INI

Aku dah start pakai minyak mariam(MM) n makan jamu yg aku beli hr tu sejak 4hari lepas. walaupun baru pakai 4hari, aku dapat rs perubahan skit pada B n pd badan aku jugak. aku malu la nak elaborate lebih2 pasal ni. tp apa yg boleh aku bg tau utk 4hr ni, perkembangan memang sgt positif. ni baru 4 hr, klu 4bln, ermmm..hikhik. so kwn2, bleh cuba produk ni. produk ni diperbuat dari bahan asli. so dijamin selamat. insyaallah..

kalau u all nak cuba, ni link kakak tu. kak hemo

http://jamucantik.blogspot.com/p/jamu-opah-ratu.html

harga dia pun sangat berpatutan.

*tgu la lg 4bln utk result yg lebih urhhmm..lolololo

Monday

Nikon D5100

Selamat pagi..

Hr ni hr yang happy sangat. Sebenarnya dr semalam lagi happy sangat. tidur pun sambil tersenyum. ahaks.. Tidur stail gediks. Hahahaha.

Happy sebab
Nikon D5100 16.2MP CMOS Digital SLR Camera






Barang yang dihajati dah dalam genggaman. Akhirnya aku pilih Nikon D5100. Apapun tq sangat2 pada enSuami.


Friday

Jumaat Yang Tenang.

Kenapa hari ni bosan sangat

Rasa nak tido je dalam office ni.

Keje pun x banyak

Nak upload koleksi tudung Maira,tp tak sempat amik pic. kalau sebelum ni,memang xsempat nak upload. so hanya direct customer je. maaf la ye. blog ni nama maira jugak,tp tudung maira skali skala je timbul dalam ni. klu sebelum ni sy cm jual melalui facebook n direct customer je. 

sebenarnya blog ni blog rojak. ada personal n ada bizz kecil-kecilan. so faham2 je la ye keadaan blog dlm ni yang lintang pukang. so ikut dan aku je la nak masuk yg mn. hehe. 

ni tengah rungsing nak bli kamera. insyaallah,n jk enSuami izinkan,weekend ni nak trus beli dslr. harap xde halangan n bantahan..

hr ni juga xsabar nak balik rmh coz barang on9 yg aku beli 2hr lepas dah pai rmh..agak makan ms sampai ketangan aku.huhu. sebenarnya aku beli dr 2blogger. kat 1 blog tu aku beli CCPP n baju2 irfan. lagi 1blog, aku beli ermmm jamu n minyak mariam. ni untuk kasi perbaiki dalaman wanita n besarkan B. menurut blog tu n member aku yang dah pernah makan jamu tu, jamu ni juga mampu mengetatkan tuttt.huhu. apa yg ketat, faham2 sudah ye.

memandangkan aku dah totally stop dr breastfeeding si irfan lebih 2bln, so aku bercadang untuk memperuntukkan sedikit ms untuk fit2 kan balik aku nye body n dalaman wanita i ni, dan juga untuk mengembalikan B aku yang dah kurang itu..uwaaaaaaaaaa..xpe. for u i will irfan. dapat menyusukan anak adalah satu anugerah yg tak ternilai. klu B rs kurang uhmm, ni la gunanya ubat2 n jamu2 yang ada di pasaran. kan2. setelah setahun setengah menyusukan irfan sepenuhnya n sementara mengandung kembali n menyusu kembali untuk adik adik adik adik irfan, kini masa untuk touchup2 mn yg perlu. ni semua utk ensuami terchinta, ni pun anugerah terhebat yang Allah bg kat aku, seorang suami yang terbaik.Alhamdulillah..

nak tau ke apa yang aku beli utk tujuan di atas tu? ermmm rs nya aku akan bgtau selepas aku dah cuba n merasai perubahan nya ke idak ye. andai berkesan, member2 yang lain pun bleh cuba. ahakssss..ada ke yang nak cuba..hehe..kalau tak berkesan seperti yang member aku war2 kan itu, kita usaha lain la ye. tungguuuuuuu.

bye bye..

Monday

NIKON D5100 vs CANON 1100D vs NIKON D3100

Setelah dah lama tak wat entry, ni nak wat entry nak minta pendapat. tu pun bagi yang sudi bagi pendapat la.

Sebenarnya aku dah lama teringin nak beli kamera DSLR ni. Aku ada beberapa list yang dalam perhatian.

Antaranya


Nikon D3100


Canon EOS 1100D

     Nikon D5100




Sabtu semalam g kedai kamera, niat nak beli Nikon D5100 setelah beberapa hari survey kat tenet. Eh bukan hari, tp beberapa bulan.

Niat sebelum nak sambar D5100 ni nak beli D3100, tapi abang sulung baru amik D3100. So konon nak kelainan la.

Pastu bila kat kedai tu, pnjual tu kata klu nak beli D5100 , better beli EOS 1100 @ D3100. dia ckp gambar EOS1100  &  D3100 lg cantik n terang. pastu apa tah lg dia bebel. huhu. Aku dah kecewa dah kat kaunter tu. Penat aku survey2 D5100 tu. Klu yang canon EOS 1100 tu aku xpernah plak survey.

Tp kalau compare harga D5100, D3100 & EOS 1100 tu ,hrga D3100 & EOS1100 lebih murah. Memang jimat la beli yg ni. Tp beza harga xde la jauh sangat. Tu yang nak pilih betul2. Ye la, nak beli untuk jangka ms panjang. Takkan tahun depan nak beli lg kan. So ada 1 DSLR pun cukup lah.

Nak beli EOS 600D, harga dia jauh beza. Almost 2800++. So tak yah la jenis ni. Lari budget nak shopping baju raya irfan nanti.



So kalau ada sape2 yang mahir pasal spec kamera ni, tolong la bagi cadangan. Takut salah buat keputusan. Nak tanya suami, dia pun kurang mahir spec2 kamera ni. Dah tanya pun, dia jwb, "entah mana abang tahu. Cuba la survey2 dulu" .Aku pun memang tak mahir. Cuma mula minat dengan DSLR je. Mana tau lepas ni mahir kan. Bleh plak aku wat compare antara kamera2 ni. huhuhu

Tp ada ke yang sudi? xpe la. just tanya je..

Thursday

Gosok Jangan Tak Gosok

Apa punya tajuk entry la.. ah lantak la..

Salam pagi yang ceria dipagi khamis.. Huhu ceria ke? aku pagi ni tak ceria langsung n plus ngantuk gila. jam 8.03am,mata aku dah mcm mata garfield.

Ni semua gara-gara irfan. huhhh nak salahkan si kenet ni. Mau taknya,kul 3 pagi si irfan merengek nak suh garu or gosok blakang badan dia. klu xgaru blakang badan,garu kaki dia,klu tak gosok perut. Boleh plak bangun tengah malam nak suh gosok or garu tu semua. habit terbaru dia,sebelum nak tido,mesti kene gosok2 or garu2. Elok2 sebelum tu tak gatal, bila masuk waktu nak tido,semua gatal. Yang lagi tention tu,nak tangan ibu dia ni jugak yg nak kene garu.  nak g toilet minta ayah dia gantikan sekejap pun,meraung cam org kene dera.


Td pagi niat nak bangun masak sahur 4.30am.disebabkan menggaru irfan pai kul 4am,suh ayah dia gantikan sambung gosok badan irfan,aku nak g naikkan nasi n masak awal. bleh plak mata si irfan yang dah sayup2 terkatup tu terbuka bl bertukar tangan. mengamuk la dia. aku hanya sempat naikkan nasi n keluarkan ikan dari freezer.pastu terpaksa sambung rutin jd tukang garu si tembam tu.



macam2 gaya aku menggaru dia yang dalam bb cot tu. sebenarnya xberani nak angkat bawa irfan baring atas katil takut tertido trus coz irfan dah 3 kali terjun katil time kami tdo sm. disebabkan tangan dah lenguh tergantung kat kayu katil irfan,terselit kat celah kayu, tp irfan xtido lg. nak xnak terpaksa gak angkut dia tdo sebelah antara aku n en suami. menggosok sambil pelok dia,xlama pastu baru la tertido. eh silap.sebenarnya aku xtau sape yg tdo dl coz aku pun hanyut jgak. rsnye aku yg hanyut dl. dah xlarat nak melayan. last2 dia tertido sendiri.


Melayan kerenah dia,aku xtau la aku tido balik kul brape.mata plak dah rabak2. set alarm kul 4.30am, pun langgar je. dah xdengar bila ms alarm tu bunyi ke x. mungkin ayah irfan yg tutup. tup-tup,bl sedar jam dah 5.28am..waaaaaaaaaaa dah imsak. xsempat nak sahur. tp tetap kene bangun masak untuk bekalan irfan n breakfirst ayah irfan. ni mata sambil potong sayur,asyik nak terkatup je.dah bergerak kehulu kehilir kat dapur lebih 15minit pun,mata xsegar2 lg. makanan yang aku msk tadi tu bukan setakat utk breakfirst ayah n bekalan irfan je, tp termasuk breakfirst aku. huhu aku xjd pose ganti rini. memandangkan condition aku yg lemahgemalai + ngantuk + xsahur = xpuasa. wei banyak lagi nak ganti ni..huhuhu. tinggal bp bulan je lagi ni nak ramadhan. chayok3.

Ni sambil menaip entry ni pun,mulut ni asyik menguap je. boleh terkoyak menguap besar2 ni. jap lg nak mkn rutin vitamin shaklee.sure pastu segar. tp hr ni cm bw B Comp + Vitalea je.  vit C pun xbw. td pg sebelum kuar g keje ESP terlupa minum. xpe la balik ni je ganti.


**Kat atas tu 2gambar irfan belum setahun lagi. Gambar berapa bulan ekk. xingat la.dalam 5-6bulan kot. nanti cek
**Skang dia dah masuk setahun enam bulan

Sunday

Didikan Bermula Dari Rumah

Aku juga percaya didikan perlu bermula dari rumah. Sebelum usia anak  kita layak dihantar ke sekolah, kita sebagai ibu terutamanya dan tidak ketinggalan golongan bapa, haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik anak.  Untuk entry sebelum ni, aku berniat untuk mengajar ilmu al-Quran kepada irfan. So dr kak lina aku blaja sikit2. Aku berniat nak beli buku-buku dan vcd yang berkaitan seperti kak lina ajar.

Sekarang ni irfan belum ada buku-buku iqra'. Irfan cuma ada set buku n vcd Grolier. Itu pun hadiah dari uncle dia.







n ada beberapa set yang xde gambar nye.. mahal jugak la uncle irfan bg. terima kasih uncle ewan n irfan akan gunakan sebaik mungkin.

Dan aku pula ingin hadiah irfan set buku Iqra' seperti yang di syorkan bg anak yang baru bermula n masih lingkungan usia infant.

Antara cadangan yang ingin di beli:

Flashcard Al-Furqan
VCD Huruf Hijaiyah Siri 1
VCD Al-Furqan
VCD Iqra' 1
CD Audio Juzuk Amma Adik Ahmad Saud
Set Buku Al-Furqan


Insyaallah,ada rezeki ibu beli semua ni ye untuk irfan. 





Friday

Resepi Minda Untuk Anak-Anak

Alhamdulillah.. syukur.


Dalam mencari-cari resepi untuk buah hati kecik ,irfan harith, terjumpa satu blog ini yang sangat berguna dan bagus untuk para ibu bapa untuk mencontohi cara didikan yang diterapkan untuk anak-anak nye. di kenali sebagai puan lina/kak lina,mempunyai sepasang cahaya mata, Darwisya n Darwish. di usia 3 tahun, darwisya sudah mengahafaz al-Quran. serba sedikit pengenalan diri Darwisya dan adiknya Darwish yang saya copy dr blog kak lina (mama kepada kanak2 ini),

Darwisya Adrianna, umur 3 tahun (2009)Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer.. Kini umurnya 3 tahun, dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL 30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz)

Darwish Adrian, umur 1 tahun (2009)Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah

Kagum bukan dengan kemampuan anak kecil ini. Tahniah buat ibu kepada anak kecil ini. Semoga aku juga mampu mendidik irfan ke arah ini, dan mulai hari ini dan saat ini, aku berniat untuk mendidik irfan dan adik2 nye kelak dengan ilmu al-Quran dari kecil. Semoga aku juga belum terlambat untuk memulakan didikan ini kepada irfan.

Untuk cerita lanjut tentang anak bijak ini,boleh la ke sini http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Dari blog itu juga saya perolehi resepi makanan minda untuk anak-anak dan untuk orang dewasa juga.



Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah habis hafazan setiap hari, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru.

Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.


 
Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:





1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.


Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.

Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..


Emm.. My favourite!

Ni suapan yang ketiga ni!

Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

Ekstrak Daun Zaitun dan Air Surah Taha adalah cecair, maka ia bergantung kepada kecairan atau kepekatan yang kita inginkan semasa mencampurkannya. Kedua2 ini boleh dibacakan serentak. Semasa membacakan surah ke atas air, pastikan bukan hanya cukup untuk mencampur kedalam resepi ini sahaja. Buatlah lebih supaya ia boleh digunakan sebagai air minuman anak kita. 90% badan kita terdiri dari kandungan air. Air yang baik boleh menyuci dan melembutkan hati dan jiwa mereka. InsyaAllah  




*weekend ni nak g beli barang2 ni n nak bagi irfan makan..tq puan lina ats ilmu ni

Resepi untuk anak 1 tahun - 2 tahun

Kebelakangan ni, sibuk mencari menu untuk irfan. aku yang masak pun dah naik boring,sure irfan yang tukang makan lg boring dengan menu dia yang pusing2,menu yang sama. hr  ni google menu untuk anak 1 tahun - 2 tahun jumpa menu ni. ok la,weekend ni bleh ibu irfan apply untuk irfan. klu sedap, bleh aku join sekaki. sedap ke? haha. sebelum tu,resepi ni versi indon. kalau x paham,bukak kamus ye.. antara menunya.


OMELETTE BAYAM KEJU
Bahan:
1 butir telor
2 lembar keju cheddar, sobek-sobek kecil
1 genggam bayam yang sudah dicuci bersih, rajang kasar
50 ml susu cair
1 sdm margarine
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan dan kocok rata.
2. Lelehkan margarine, lalu buat dadar omelette dari adonan. Masak sampai matang.

BANANA PANCAKE
Bahan:
1 buah pisang raja yang matang
5 sdm tepung terigu
125 ml susu cair
1 butir telor, kocok lepas
Margarine untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan (kecuali margarine) sampai rata dan licin.
2. Panaskan margarine, lalu buat dadar pancake dari adonan.
3. Tuangkan satu sendok sayur, masak dan dibalik sampai kedua sisinya matang.
4. Lakukan sampai adonan habis.

Sebagai variasi, saat membuat dadar, begitu bagian atas terlihat mulai matang, beri parutan keju. Biarkan sebentar lalu lipat dua seperti martabak manis. Angkat.

PRAWN MACARONI
Bahan:
100 gram macaroni, rebus sampai lunak lalu siram air dingin, tiriskan.
1 sdt olive oil/minyak zaitun (kalow bisa pilih yang extra-light)

Prawn Sauce:
1 sdm olive oil/minyak zaitun (kalow bisa pilih yang extra-light)
20 gram bawang bombay, rajang halus
3 sdm daging udang cincang
1 sdm tepung terigu
50 ml susu cair
1 sdt daun parsley yang sudah dirajang halus
2 sdm keju cheddar/parmesan parut
Cara Membuat:
1. Campur macaroni dengan olive oil. Sisihkan.
2. Prawn Sauce: Panaskan olive oil lalu tumis bawang bombay sampai harum.
3. masukkan udang cincang, masak sampai udang berubah warna.
4. Masukkan tepung terigu serta susu, aduk sampai kental.
5. Bubuhi parsley cincang, aduk sebentar lalu angkat.
6. Penyajian: Atur macaroni pada piring saji, lalu tuang prawn sauce di atasnya. Taburi keju parut.

SPAGHETTI SAOS BOLOGNESE
Bahan:
100 gram spaghetti, rebus sampai lunak, siram, air dingin, tiriskan lalu potong-potong pendek (2 cm)
1 sdt olive oil/minyak zaitun (kalow bisa pilih yang extra-light)

Saos Bolognese:
20 gram bawang bombay yang sudah dicincang halus
120 gram daging sapi cincang
1/2 batang wortel ukuran sedang, kupas, rebus lalu potong dadu
1/2 buah tomat, potong dadu
3 sdm saos tomat
1/2 sdt oregano cincang (segar/kering)
1 sdm margarine
2 sdm keju parmesan parut
Cara Membuat:
1. Campur saghetti rebus dengan olive oil supaya tidak lengket.
2. Saos Bolognese: Panaskan margarine lalu tumis bawang bombay sampai harum.
3. Masukkan daging cincang, aduk sampai daging berubah warna.
4. Tambahkan tomat dadu, saos tomat dan oregano. Masak sampai seluruhnya matang.
5. Masukkan wortel, aduk sebentar. Matikan api.
6. Penyajian: Atur spaghetti pada piring, lalu taburi saos. Taburi keju parut.

ENGLISH BREAKFAST
Bahan:
1 butir telor
5 sdm susu cair
1 buah tomat, buang bijinya, potong dadu
3 sdm daging sapi cincang
1/2 gelas jamur kancing segar, potong-potong (jangan pakai jamur kalengan!)
3 sdt salt-reduced margarine (sebisanya pakai margarine tawar atau yang kadar garamnya rendah)
Cara Membuat:
1. Campur jadi satu telor dengan susu cair, kocok sampai rata.
2. Panaskan 1 sdt margarine, lalu buat dadar orak-arik dari adonan tsb. Sisihkan.
3. Panaskan 1 sdt margarine, lalu tumis daging cincang sampai berubah warnanya. Sisihkan.
4. Panaskan sisa margarine, lalu tumis jamur kancing sampai layu. Sisihkan.
5. Campur ketiga bahan tsb, tambahkan potongan tomat, sesaat sebelum disajikan.

CHEESY SCRAMBLED EGGS
Bahan:
1 butir telor
5 sdm susu cair
1/2 buah tomat, buang bijinya, potong dadu
3 sdm keju cheddar parut
1 sdt salt-reduced margarine (sebisanya pakai margarine tawar atau yang kadar garamnya rendah)
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan (kecuali margarine) lalu kocok rata.
2. Panaskan margarine, lalu tuang adonan, biarkan sebentar (5 detik) sampai adonan mulai terlihat tidak cair lagi.
3. Aduk-aduk adonan telor sampai seluruhnya matang.
4. Bisa dihidangkan begitu saja atau dicampur nasi.

selain dr ini , sy terjumpa satu resepi dan ilmu yg amat berguna utk kita sm2 aplikasikan kepada anak2 kita. ada masa,nanti sy kongsikan