Thursday

Pregnant & slip disc

Hari ni baru 1st day naik keje selepas 4hr mc. Kandungan ku cecah 19minggu  hari ni. Masih jauh perjalanan ini. Minggu lepas aku demam panas. Waktu tu takut sangat kalau apa2 berlaku pada baby. Keesokan harinya, demam belum betul2 kebah, tapi sakit pinggang aku mula datang.

Sebenarnya aku dah lama ada slip disc problem. Sejak aku tingkatan 4. Bila mengandungkan irfan dulu, aku jugak tak lepas dari masalah tulang belakang ni. Tp mengandung kali ni, sakit nya betul2 menduga aku. Aku berharap sangat, baby dalam perut ku ini sentiasa sihat n selamat dilahirkan kelak dalam keadaan sihat sempurna.

Rasa lama sangat nak countdown lagi 5bulan menunggu kelahiran baby ibu ni. Semoga aku diberi kesihatan lebih baik. Tak sanggup rasanya bila sakit ni datang. Sesungguhnya ni ujian untuk aku, so aku kene tabah demi anak dalam kandungan ini..

Ni rasa nak baring je. Tp ni kat office, camne la nak baring. lambat nya la ms berlalu. Tak larat rasanya nak duduk lama2 kat bangku ni.


p/s: sape2 yg ada masalah macam ni or sape2 yang pernah tau pasal org pregnent n slip disc ni camne nak merawat atau meringankan sakitnya camne, bleh la share . Sangat2 dialukan