Wednesday

Syukur..

Alhamdulillah..Semalam petang aku dah g jumpa gyne kat Hospital Penawar, Dr. Suhaimi. Syukur baby aku dalam keadaan sihat n selamat.

Dan rasa bertambah happy bila doctor bagitahu yang baby  dalam perut ni gegirl..Rasa nak lompat je depan doktor tu.. Tp control2. Buruk benor jdnya kalau melompat kat situ.hehe

Pasal injection tahan sakit tu, dr.suhaimi ada nasihat,lepas ni kalau ada doctor bg ubat tahan sakit thru injection, kalau boleh jangan. yela,aku g jumpa doktor kat kecemasan. dia bukan pakar ibu mengandung.so jangan ambil risiko. lain la kalau kita dah refer doktor sakit puan. ubat tahan sakit yg sesuai untuk ibu mengandung adalah panadol kerana dos yg kecil.

Memandangkan aku ada masalah tulang belakang, aku xdibenarkan ambil epidural bila bersalin nanti. Waktu bersalin irfan hari tu pun aku memang xde ambil epidural. kononnya anak ke2 ni nak amik epidural. Tp bila tanya doctor semalam, dia kata memang xbleh, lebih2 lagi dalam condition aku sekarang ni.

Xpe la.apapun, yang penting baby aku cht sempurna n lahir dengan selamat dan mudah. Amin..