Thursday

Kelebihan Susu Ibu

Alhamdulillah. Irfan Harith masih minum susu ibu hingga kini, 1tahun 4bulan lebih. Walaupun perjalanan penyusuan ku kini menghadapi masalah dan dia terpaksa minum susu FM utk support susu sy yang menurun pengeluarannya kebelakangan ini. Semoga Allah membantu ku dalam meneruskan perjuangan ni.
Niatku untuk menyusukan irfan sejak irfan dalam perut lagi. Sejak tu,saya selalu mencari maklumat tentang penyusuan n ilmu parenting. Antaranya mengenai exclusive susu ibu, cara pengendalian susu ibu, breastpum, cara membanyakkan susu dan lain2 ilmu yang berkaitan.
Irfan lahir malam 26 Dec pada pukul 8.55malam. selepas  irfan lahir, dia ditahan di wad 12 untuk pemerhatian kerana air ketuban pecah lebih 24 jam sebelum bayi lahir. Dikhuatiri paru-paru dijangkiti kuman. Alhamdulillah irfan sihat. Sy tidak dapat menyusukan irfan sejam pertama sehingga lah keesokkan harinya. Seawal 5.30 pagi saya dah bangun kerana ingin melihat irfan di wad 12. Aku terlalu rindu nak melihat wajah irfan n membelai dia. Aku hanya dapat riba irfan selepas dia dilahirkan dalam masa kurang 10minit. Kemudian nurse ambil dia untuk dibersihkan.  Selepas itu,  saya dan irfan terpaksa berpisah sementara. Dalam keadaan sakit, saya turun dari katil dan g mandi dan bersiap smentara menunggu suami datang. Pukul 6pg suami saya sampai. Saya bagitau dia saya nak tengok baby sy. Husband sy ambil kerusi tolak, dan membawa sy ke wad 12. Bila lihat jam, belum masuk pukul 7pg. Sy lihat baby sy diletakkan dia atas tempat khas utk di monitor. Tp entah mesin apa nama nya. Yg pasti bukan inkubator. Saya tenung wajah irfan. Macam tak percaya pula waktu itu yang saya dah ada anak. Sy angkat dia, peluk dan cium dia, cuit sana sini, tapi dia masih jugak lena tidur. Sy cuba suakan nenen saya untuk menyusukan dia dan cuba mempraktikkan teory yg sy study tentang menyusukan baby. Sy memang kekok untuk pertama kali. Puas sy cuba, tetapi irfan macam tidak tahu hisap, ditambah pula irfan asyik dengan tidurnye sj. Sy agak kecewa. Sewaktu dia dmasukkan ke wad12 tu, dia dah dberi susu FM menggunakan cup. Sedih bl mengetahuinya bahawa bukan susuku yang pertama masuk dalam perutnya. Selepas dari itu,sy xpernah izinkan irfan minum walau setitik susu formula, terutama 6bulan pertama, memang hanya susu saya yang menjadi makanannya. Cuma kebelakangan ni sj irfan terpaksa minum susu FM untuk topup. Maafkan ibu sayang.
Kenapa sy memilih untuk meberi Irfan Harith susu ibu? Jom kita baca 6 kebaikan susu ibu kepada bayi yang sy dapat dr http://psipum.org/
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan