Showing posts with label SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label SUSU IBU. Show all posts

Wednesday

PENYUSUAN SUSU IBU

Sejak kebelakangan ni, aku jadi rindu saat mnyusukan irfan. Kini dah 3bulan aku berhenti dari menyusu kan irfan. Bila ternampak orang lain menyusukan anak, aku jadi sedih. Aku nak rewind masa tu.

"Irfan maafkan ibu ya coz tak dapat meneruskan pnyusuan irfan hingga ke 2 tahun. Ibu hanya mampu lakukan 1 tahun 5 bulan shj. Masa tu macam2 usaha ibu dah lakukan utk kembalikan susu seperti sedia kala. Tapi tak berhasil. Waktu tu ibu sakit teruk. badan lemah tak lalu makan. asyik cirit birit walaupun tak makan pape. badan panas. selepas 2 minggu sihat, n baru nak apply pelbagai teknik untuk kembali kan susu, badan mula rasa lain macam. Bila cek, ibu disahkan hamil. So nak teruskan teknik untuk teruskan stimulate B, takut beri effect pd adik irfan yg dalam perut. So setelah ibu bincang dgn ayah, ibu terpaksa redha yg irfan perlu minum susu formula. tp bukan mudah nak introduce susu formula pada anak sulung ibu ni. Macam2 susu formula diperkenalkan. semua irfan reject. dari yang murah,sampaila ke mahal. Dutch lady, enfagrow, anmum, s26, karihome, lactogen, semuanya irfan tak nak. sampailah 1 hari susu Nan pro3 buat promotion kat JJ, bawa kotak susu bayi 1 tahun ke atas n tukar untuk mendapatkan 1 kotak besar nan pro3 percuma. so ibu pun bawa la kotak s26 n tukar. n alhamdulillah, irfan nak minum. waktu tu dah buntu nak mencari susu formula. asyik membeli n membazir coz irfan tak minum. mana anak member yang minum susu yang sm tu, boleh la jugak bg member. tapi bagi susu yg member terdekat tak pakai, so terpaksa la buang coz dah bukak n tak bleh simpan lama. Apapun irfan, ibu sayang sangat kat irfan. Semoga jd anak yang soleh, hormat ibubapa, penyayang, bijak pandai, murah rezeki n diberi kesihatan yang baik. Tp adik irfan tak lama dalam perut ibu. hanya 11minggu.mungkin bb tu terima kesan dari sakit ibu yang teruk tempoh hari.ikut kiraan, time tu ibu dah mengandung. belum rezeki lagi untuk irfan jd abang. insyaallah dalam tahun ni ke, jika ada rezeki, akan ada bb dalam perut ibu. amin."

Kat bawah ni gambar irfan bulan lepas.

Muhammad Irfan Harith b. Mohd Hafiz
1 tahun 7 bulan


**Jangan lupa dapat kan koleksi tudung maira n nantikn tudng 2tone terbaru dari maira collections akan datang.** 

Saturday

Doa Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Anaknya


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Sumber rujukan : Kisah Hidupku

Kaedah Memerah Susu Ibu

Hari ni tiba-tiba nak cari info tentang pemerahan susu. Maklum la, tengah berusaha dan terus berusaha dalam penyusuan. Jom kita refresh otak bagaimana kaedah memerah.

Memerah susu ibu adalah bertujuan untuk membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja. Selain dari itu, memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu. Bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe. Selain dari itu, ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.

Terdapat beberapa kaedah memerah yang boleh dilakukan



(1) Menggunakan tangan

Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam.

Kaedah

a- Basuh tangan dan bekas yang akan anda gunakan untuk menadah susu badan. Duduk dalam keadaan yang anda selesa. Letakkan bekas tadi di bawah puting anda. Letakkan tuala basah yang suam untuk merangsang pengaliran susu. Urut payudara dan puting untuk mendapatkan refleks ejeksi susu. Tekan perlahan-lahan sambil membuat bulatan di sekeliling payudara.

b- Tekan payudara dengan lembut, gerakkan jari-jari anda dari bahagian dada ke arah puting.

c- Posisikan ibu jari dan 4 jari lain 2-3 cm di belakang puting dan tekan payudara anda.

d- Tekan jari-jari anda sambil menggolekkannya ke arah puting. Lepaskan dan tekan semula untuk mengeluarkan susu. Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa proses ini.

e- Tukar posisi jari-jari anda ke bahagian lain pula untuk memerah duktus-duktus susu yang lain pula. Selepas 3-5 minit, aliran susu akan semakin perlahan. Tukar Payudara sebelah pula. Lakukan proses yang sama dan selepas itu anda boleh beralih semula ke payudara pertama tadi. Ulang semampu anda. Kebiasaannya, sesi-sesi awal mengambil masa 20-30 minit. Setelah anda menguasai teknik ini, masa yang diambil akan semakin pendek.
 


(2) Menggunakan pam manual

Kini terdapat banyak jenama pam manual dipasaran, terpulang kepada budget dan keperluan ketika membeli pam. Tidak semestinya pam yang mahal akan memberikan hasil perahan susu yang banyak, kerana ia bergantung kepada cara memerah. Kebaikan menggunakan pam manual ialah, ianya ringan serta boleh digunakan dimana-mana kerana tidak memerlukan sumber elektrik.

Bagaimana pun sesetengah ibu berpendapat penggunaan pam manual agak memenatkan. Kelebihannya ialah, dengan penggunaan pam manual, kadar sedutan pam boleh dikawal dengan mudah bersesuaian dengan kadar hisapan bayi. Ramai ibu berpendapat dengan penjagaan yang baik, pam manual boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk bukan saja seorang malah hingga beberapa orang anak.


Contoh pam manual yang terdapat dipasaran:
(A) Avent Isis ( Basic: RM219, Out and About : RM389, Jusco, Babyland)
(B) Pureen (Jusco) (C) Pigeon manual (Rm50++)
(C) Anakku (RM49.90)

(D) MAM Care
(E) Medela Harmony


(3) Pam menggunakan kuasa bateri

Pam bateri tidak banyak terdapat dipasaran tetapi masih mendapat tempat memandangkan ia tidak memenatkan sebagaimana pam manual dan tidak begitu berat berbanding pam elektrik. Bagaimana pun, apabila kuasa bateri semakin berkurangan kadar sedutan pam akan sedikit terjejas dan perlu sentiasa menyediakan bateri spare untuk masa-masa kecemasan. Bagaimana pun jangan panik sekiranya terlupa membawa bateri spare kerana masih boleh memerah susu dengan menggunakan tangan.

Jenis pam berkuasa bateri yang boleh didapati :
(A) Pureen
(B) Tollyjoy



(4) Pam menggunakan kuasa elektrik


Walau pun pam elektrik jauh lebih mahal berbanding pam manual dan bateri, tetapi ia semakin diminati ramai kerana memudahkan kerja mengepam serta dapat menjimatkan masa. Ini kerana, bagi kebanyakan ibu bekerja masa untuk mengepam adalah amat terhad dan penggunaan pam elektrik, lebih-lebih lagi dual-pump dapat membantu mereka menjimatkan masa mengepam di samping mendapat hasil sebagaimana penggunaan pam manual yang biasanya sedikit mengambil masa dan agak memenatkan.

Faktor-faktor ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu terus menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Tetapi, haruslah berhati-hati ketika memilih kuasa sedutan kerana sekiranya memilih kadar sedutan (suction) yang terlalu kuat, bukan saja hasil yang didapati bakal mengecewakan malah ia akan turut menyebabkan kesakitan. Selain dari itu, oleh kerana memerlukan sumber elektrik dan agak berat penggunaannya agak terhad.

Ada sesetengah ibu yang memilih pam manual ketika berada di tempat kerja, dan menggunakan pam elektrik ketika di rumah untuk digunakan ketika bangun untuk memerah susu di awal pagi. Ini adalah terpulang kepada keperluan individu.
Contoh-contoh pam elektrik yang biasa digunakan
(A) Spectra 3 (RM368)
(B) Ameda-lactaline dual breastpump (RM788)
(C) Medela mini e (RM449) , Dual pump (RM699), Swing (RM768), FreeStyle (RM1800)

Apa pun jenis pam atau kaedah yang digunakan pastikan sentiasa menggunakan barang yang bersih dan disteril. Cuci tangan dengan sabun sebelum memerah susu.



sumber:ourkizuna

Thursday

Kelebihan Susu Ibu

Alhamdulillah. Irfan Harith masih minum susu ibu hingga kini, 1tahun 4bulan lebih. Walaupun perjalanan penyusuan ku kini menghadapi masalah dan dia terpaksa minum susu FM utk support susu sy yang menurun pengeluarannya kebelakangan ini. Semoga Allah membantu ku dalam meneruskan perjuangan ni.
Niatku untuk menyusukan irfan sejak irfan dalam perut lagi. Sejak tu,saya selalu mencari maklumat tentang penyusuan n ilmu parenting. Antaranya mengenai exclusive susu ibu, cara pengendalian susu ibu, breastpum, cara membanyakkan susu dan lain2 ilmu yang berkaitan.
Irfan lahir malam 26 Dec pada pukul 8.55malam. selepas  irfan lahir, dia ditahan di wad 12 untuk pemerhatian kerana air ketuban pecah lebih 24 jam sebelum bayi lahir. Dikhuatiri paru-paru dijangkiti kuman. Alhamdulillah irfan sihat. Sy tidak dapat menyusukan irfan sejam pertama sehingga lah keesokkan harinya. Seawal 5.30 pagi saya dah bangun kerana ingin melihat irfan di wad 12. Aku terlalu rindu nak melihat wajah irfan n membelai dia. Aku hanya dapat riba irfan selepas dia dilahirkan dalam masa kurang 10minit. Kemudian nurse ambil dia untuk dibersihkan.  Selepas itu,  saya dan irfan terpaksa berpisah sementara. Dalam keadaan sakit, saya turun dari katil dan g mandi dan bersiap smentara menunggu suami datang. Pukul 6pg suami saya sampai. Saya bagitau dia saya nak tengok baby sy. Husband sy ambil kerusi tolak, dan membawa sy ke wad 12. Bila lihat jam, belum masuk pukul 7pg. Sy lihat baby sy diletakkan dia atas tempat khas utk di monitor. Tp entah mesin apa nama nya. Yg pasti bukan inkubator. Saya tenung wajah irfan. Macam tak percaya pula waktu itu yang saya dah ada anak. Sy angkat dia, peluk dan cium dia, cuit sana sini, tapi dia masih jugak lena tidur. Sy cuba suakan nenen saya untuk menyusukan dia dan cuba mempraktikkan teory yg sy study tentang menyusukan baby. Sy memang kekok untuk pertama kali. Puas sy cuba, tetapi irfan macam tidak tahu hisap, ditambah pula irfan asyik dengan tidurnye sj. Sy agak kecewa. Sewaktu dia dmasukkan ke wad12 tu, dia dah dberi susu FM menggunakan cup. Sedih bl mengetahuinya bahawa bukan susuku yang pertama masuk dalam perutnya. Selepas dari itu,sy xpernah izinkan irfan minum walau setitik susu formula, terutama 6bulan pertama, memang hanya susu saya yang menjadi makanannya. Cuma kebelakangan ni sj irfan terpaksa minum susu FM untuk topup. Maafkan ibu sayang.
Kenapa sy memilih untuk meberi Irfan Harith susu ibu? Jom kita baca 6 kebaikan susu ibu kepada bayi yang sy dapat dr http://psipum.org/
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan