Thursday

CAT.. DECO 2 .. CAT. DECO...




Tu bukan cat=kucing eh.




Tu cat dinding. Konon2 mendeko versi coboy..hehe



Actually ni cerita weekend semalam, sabtu. Baru hari ni sempat nak taip.



cerita nya camni, pada satu hari aku pun tanya la husband. Eh macam story2 untuk budak tecik plak bunyi nya.


Aku tanya la husband aku, "ayang,kita dok sini lama lagi tak. Kalau lama lagi saya nak cat la bilik untuk irfan tu". Hohohoho. Sebenarnya kitaorang duduk kuarters guru. Waktu awal2 kitaorang masuk kuarters tu, tuan rumah yang duduk sebelum tu baru jugak la cat. So takde la kami mengecat ngecat bagai.kitaorang cuma cat bilik tidur utama n bilik air je.



Bila aku tengok dinding bilik yang nak dijadikan bilik study irfan macam boring je, so aku pun fikir nak cat. Sebenarnya lama dah nak cat since awal tahun lagi. Dok la tanya kat suami memacam pasal idea nak mengecat bagai ni.



"Cat mahal tak? Berapa liter ek nak guna untuk cat satu bilik tu? Cat apa ek yang bagus ?


Kat mana ek nak beli cat area sini?"



Huhh semua soalan si bini hanya sepoi2 je kot masuk telinga. Jawapan si suami, tak tahu.Mana abang pernah beli cat..


Hadoiiii geram lorr. Mungkin si suami malas kot nak layan. Sure dia rasa dia kena cat. So malas la kot.



Bulan lepas aku dah beli meja belajar abang irfan. Bila aku nak letak kat bilik tu, cam tak kena pulak feel nya. So aku pun nekad. Nak tak nak kena buat sendiri. Hari jumaat lepas, balik kerja aku terus ajak husband g kedai hardware. Ajak dia sebab aku ni jenis penakut nak menyinggah sorang2. Memang jenis tak bleh hidup sorang2. Kalau g keje strait anta anak g keje, pastu balik pun sm.berhenti cm untuk amik anak je. Even nak isi minyak pun, aku tunggu balik rumah, malam nya aku minta husband isikan minyak. Bawang abis pun, aku call husband suh singgah beli walaupun aku sebenarnya ondway balik rumah. Tu kalau aku sorang2 la. Tapi kalau aku berdua ,bertiga dan beramai2 ke, haaa ni memang aku panjang kaki. hehe.Entah memang perangai camni. Kalau sorang2 aku memang rasa pelik. Ok berbalik pada cerita...


Sebelum tu, 3 hari gak aku menggogle sendiri pasal cat, pasal warna yang nak di guna, pasal nak design camne n macam2 la. Hasilnya, aku decide nak guna cat jenama COLOURLAND. Aku pilih 3 color, light blue, pink terang, royal blue. Tapi yang si pink tu cam salah color plak. Aku nak color pink cam bangku pink ikea tu. Tapi xpe la. Dah cat pun. Mungkin weekend ni aku nak tambah lagi 1 color. Yang tu tunggu dah siap la aida cerita.










-QC tengah wat spotcheck-



Punya la tak menyempat ibu irfan n qisya ni, punya tak menyabar nya, malam jumaat tu juga lepas irfan n qisya dah tidur, aku cat sesorang coz tak sabar nak try. Mula2 aku guna berus yang roll tu, aku color guna warna light blue. Sekali aku tengok, belum setengah dinding aku cat, macam dah luak sangat cat nya. Penggunaan berus roll tu meningkatkan penggunaan cat. So aku tukar guna berus biasa yang sedang. Tapi malam tu aku cuma cat setengah dinding dari satu wall.


Esok nya sabtu pagi, husband hantar irfan n qisya g rumah mak angkat diaorg. Lega ibu dia ni nak wat keje. Kebetulan sebelum tu mak angkat diaorang ni request suruh hantar qisya n irfan g rumah. So apa lagi. hehe.10.30 aku start mengecat. Sorang2 . Husband plak g poli untuk siapkan report. Fuhhh cam nak fengsan ok. Bayangkan mengecat satu bilik tu guna berus tecik tu dalam satu hari. Memang aku tak masak la. Dari breakfirst, pai la makan malam. Semua orang masakkan , kat kedai. hehehe.



-instaframe-






Aku benti mengecat kul 6.30pm coz nak kemas sikit2 sementara husband g amik irfan n qisya. Tapi sebenarnya ada dua petak untuk warna pink tu yang tak siap cat lagi.. adushhh tak puas hati selagi tak dapat siap kan. Kebetulan kul 10 malam budak2 tecik ni tidur,aku sambung lagi mengecat . Selagi tak siap, selagi tu tak puas hati. 11.30 baru completed siap semua untuk cat dinding bilik tu. yeahhh. Niat di hati nak buat wall deco2. Tapi tu sambung weekend ni kalau jadi. Minggu ni gigih menggoogle deco2 yang nak di conteng2 kat dinding tu sebagai wall art. ahakkssss.


Agak2 jadi wall art tak. Hurmmm tak tahu lah ek apa hasil nya. Maklum la tak berapa nak creative n tak berapa nak reti tangan ni nak buat art bagai. Memang tahap tangan kayu. Tapi takpe la. tak cuba, tak tahu.

Yang ni plak aktiviti budak2 tecik ni di hari ahad. Ok lah. layan gambar je lah.



-Semua benda nak masuk mulut-



-Abang irfan membaca, qisya scan je. haha-





-"Buku kat abang tu cam best je."-

  

-Uitt serius je dua dua anak ibu ni. Perang dingin ke. Suka pic ni-





-Abang irfan-



-Dah start la tu-






-Ni dah penat study gamaknya-


PREGNANT..


Adakah....

Yeke? Bestnya....

Boncet lagi or membuyong lagi?












Wei, lom lagi la.
Tu pic google je. bukan pic aku pun.
Tunggu la dulu. Kasi Qisya besar skit, boleh tolong jaga adik.




Bagi lar mak irfan ketat2 balik. Baru nak belajar2 makan jamu. Dah dua anak tak pernah makan jamu. Ni baru nak mencuba makan jamu2. Hari tu kawan ada promote JPD bagai. dah beli, tapi lom guna lagi. Risau pun ye gak. Sebab masih breastfeed qisya lagi. Sape dah pernah makan, meh bagi testi . Nak tanya gak sape yang breastfeed, makan JPD ni ada kesan kat baby n susu tak?



Berbalik cerita asal, kawan aku siap cakap, "jom la da, kita pregnant sama2. boleh saing2 g klinik.boyot sama2." dia tengah preggy 4bln.



Tak pe lah . ko jalan la dulu. Kasi la aku can pakai baju raya kebaya ke, peplum ke. Hehehe. Asyik nak pakai baju maxi je. Boring plak. ahaksss.



Takpe, ko baru 1st. Nanti kalau dah dua, baru best nak boyot sesama. coz nanti kalau nurse tanya anak ke berapa, best sikit nak jawab sama2 , ni anak ke 3. Haa baru betul2 sama.



Tapi kan bila tengok member2 update status, tengah pregnant , update progress baby yg guna application baby dah weeks bp, uishhh rindunya nak preggy. Best je moment preggy kan. Tetiba nak join de club.



Tapi, bila memikirkan letihnya, memikirkan tahap kesihatan tak mengizinkan lagi, saving untuk next baby tak buat lagi, memikirkan irfan n qisya masih perlukan perhatian lebih, so atas alasan ni semua, tunggu dulu la niat nak "buka kedai". Tunggu dulu la projek mega nak mengandung. Memang nak tambah lagi bilangan anak. Cuma merancang untuk beri tempoh masa sikit sebelum preggy balik, atleast qisya dah 2 tahun ke, baru start .



Tapi andai Allah beri rezeki awal, kami terima . Alhamdulillah. Apapun kita cuma merancang, Allah yang tentukan.



Tapi kan, setiap kali aku wat upt test, especially bila rs cik peot datang lambat. Setiap kali tu jugak la berharap yang upt tu positif. Tak tau kenapa. Last aku wat upt test last 2month, aku rasa kenapa la cam perut ni lain macam. Sebelum tu beberapa weeks sbelum, husband cakap was was plak, cam "tak sempat". Tak yah explain la. Rasanya faham kot. Maklum la planning sendiri.  rasa cam kenapa tak peot lagi ek. padahal xde lah lewat sangat pon.lewat 2 hari je pun. Pastu g bli upt. bli yang clearblue dengan harapan mungkin lebih accurate or mungkin if masih awal pun, bleh detect.



Hahaha, sekali tengok result -ve. kecewa weiii. Haa tengok. walaupun merancang belum bersedia lagi nak preggy, tapi setiap kali wat upt test, bila negatif, mesti kecewa. Mesti mengharapkan +ve. Memang happy gila kalau tengok upt tu +ve. Kalau tak bersedia pun, tiba-tiba rasa bersedia untuk preggy n get new baby. Heaven je rasa. Kiranya bila wat upt tu, aku mesti letak harapan.



Apapun aku memang nak preggy lagi. Cuma bagi sikit masa lagi, tunggu badan ni betul2 sihat n ready untuk preggy lagi, buat simpanan khas untuk new baby. Almaklumla perbelanjaan untuk bersalin, keperluan new baby, ditambah dengan sikap mak nye ni yang suka bli barang anak. So saving yang cukup ,khas untuk saving new baby memang perlu. So it take time jugak ya.



Btw, diucapkan buat kawan aku yang tengah preggy tu, n buat semua mommy gojes yang lain yang tengah preggy, semoga ibu n baby dalam kandungan sihat2 sentiasa. Jaga diri molek2 eh. Semoga dipermudahkan bersalin kelak. Enjoy moment bawak muatan ni. Memang best. Orang keliling siap bagi perhatian lebih pada mommy yang preggy kan.






p/s: psstttt,perut aku yang retak ni pun tak repair lagi. klu guna SNE n BE tu bleh repair tak si retak2 kat perut ni?

BED TIME STORY



Hahaha.. bed time story la sangat..

Ni video Irfan hafal surah yang dia blajar. Sebenarnya ni masa nak tido kan qisya n dia.

Sebelum tu dia dah puas main gelut2 ngan adik dia.
Kadang-kadang gurau si abang ni kasar sikit. Macam lupa plak yang dia dapat adik girl n adik baru umur setahun sebulan. Habis diulinya si adik.

Selalu kena marah dengah si ayah. Tapi dah namanya budak.
Bila kena marah, dia berhenti la buat adik. Lepas setengah jam, lupa dah. sambung balik gurau stail lelaki dengan si adik gegirl dia. Ishhh.

Tu yang dalam video tengok kepala dia dah berpeluh2.



video



alaa,lepas download 1 je video.. yg lg 1 xdapat2 nak upload. mungkin size dia besar kot. ye lor, 2min ++.  so satu je lah..














































Monday

BAJU RAYA..



Pejam celik pejam celik tak lama lagi nak raya. Rasa pantas betul masa berlalu. Baju raya baru hantar 2 pasang. Tapi kat taylor baru. Tak tahu lah hasilnya camne. Taylor ni adik yang sugest. Butik pengantin. So kami yg 3 orang gegirl (aku,mak ,dekdah)  hantar sekali gus. Eh plus Qisya, 4 orang gegirl la. Qisya tahun ni pun buat baju kurung.

 Taylor yang selalu tempah dah full booked. Taylor ni memang hot punya. aida g hari tu nak hantar baju dalam pertengahan bulan 5. Tapi dia cakap dah penuh. Tak berani nak amik banyak2 sebab nak jaga kualiti. Dia dah tutup amik tempahan since hujung bulan 4. Wah pantasss. Ingatkan aida datang bulan 5 tu dah kira awal. Rupanya, terlewat.


Next year punya raya punya baju jawabnya kena hantar lepas raya tahun ni . Haaa jgn kata dah full gak ye nyonya..

Tapi kan bila kita masih fully breastfeed, jawabnya bleh tempah baju kurung je. Tapi cam xbest plak. So aku pun tempah 1 baju kurung, 1 baju kurung moden. Cuma cutting tu longgar kan supaya bleh gak menyelak2 dari bawah.

Ada sehelai lagi baju yang sedondon untuk 1 family kecik kami yang tak hantar tempah lagi. Baju huby n irfan dah hantar, sebab ke taylor lain. Baju aku n Qisya yang blom hantar.

Puncanya camni.

Bila aku ajak husband g Gulatis or Jakel kat Batu Pahat waktu balik kampung last 2week, tiba-tiba aku fikir macam nak beli kain lain n cari tema lain untuk raya kali ni. Selalunya pun memang husband suruh cari baju aku dulu, pastu baru yang lelaki ikut je tema color yang perempuan.

Pastu kitaorang decide g Gulatis coz bila compare harga, kain yang kitaorang cari memang gulatis lagi murah dari jakel. Aku cari kain valentizo coz bagi aku kain ni best n sangat cantik buat baju melayu. Adik aku yang pidah tu beli kat jakel, semeter rm 48(minta less dapat rm40 semeter). Bila beli kat gulatis, semeter rm 38. Hari pertama beli minta less dapat rm35 semeter. Esoknya beli lagi coz berkenan yang lain, dapat less rm30 semeter.Jauh beza tu beli kat jakel. so lepas ni dah tau nak cari yang murah, g gulatis je.

Ok berbalik pada cerita nya, bila sampai je kat tempat kain yang aku nak tu, aku pun belek2 la kain2 valentizo tu. kain dah tau nak kain ni, tapi masalahnya bila kat situ, dah tak tahu nak pilih tema apa tahun ni untuk kami. Kira nya baju yang aku dah hantar kat taylor tu cancle untuk jadikan tema. Tu yang aku g cari kain ni supaya konon nak sedondon kain n warna sekali untuk kami 4 beranak ni. selain tu verangan nak wat baju pelum yang siap border lace.huhu verangan lg.


image:sumber google.
(suka nya la baju dia ni.cantik kan.sape nya baju ni eh..admire nya kat baju dia)
sib baik dah kawen,kalau x nak wat baju nikah sebiji camni )

Bila husband tengok harga semeter dah segitu, dia pun kata tak nak la baju kain ni. Abang n irfan beli kain biasa je la. Puas dah pujuk cakap macam2, dia tak nak plak. Hurmmm. Akhir nya aku masih berkeras nak jugak warna n kain tu coz nak wat baju peplum punya pasal. So aku minta 4m untuk aku, Qisya 1m, Irfan 2 meter. Ok cukup 7meter.

Sebelum balik ke JB, kitaorg singgah rumah taylor yang jahit baju melayu. Sampai sana, niat nak hantar baju melayu irfan je coz husband tak pilih n bli kain dia lagi. Tup tup pai sana dia pun ukur sama n nak jahit baju tu jugak. Wah dalam hati aku ada suka n ada xsuka.. Suka coz yeaaaa kitaorang dapat pakai baju sedondon. Yang tak sukanya, tadi kitaorang cuma beli 7m untuk aku ,qisya n irfan. Hurmmm..
Supaya husband tak tukar fikiran n pakai kain sedondon gak, aku diam je. Dalam kete baru aku cakap, kain untuk aku n qisya dah takde. Hhuhuhuhuuuu..

Dah la kitaorang singgah rumah taylor pastu singgah sekejap rumah mak kat pontian. takkan nak  patah balik batu pahat bli kain lagi,pastu balik JB.wooo jauh woooooo.

Husband n aku pun roger2 la member yg dok BP suh kirim beli kan. Yelah, takut kain yang sama warna habis ke. Kalau bli kat gulatis Jb plak takut xdapat harga yang sama n warna yang sama, plus nak kena hantar kat taylor secepat mungkin. Sib baik ada kenalan nak tolong beli kan. Just call gulatis tu n bercakap ngan promoter yang handle kita sebelum tu, suruh siapkan kain yang kita nak tu. Aku tambah lagi 5 meter. Sib baik kat resit tu ada tulis nama promoter yg incharged tu.

Pasni nak g mencari border lace untuk kain baju valentizo yang plan ni..kat tesco ada kedai untuk cari semua border lace,manik2,n macam2 la lagi untuk jahit2 ni. Memang heaven.la kedai tu.