Saturday

Jom Gelak Petang.....KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....


Hari ni kat office sangat boring..Tak sabar nak tunggu waktu balik. Lambatnye masa berlalu. Apakata kita layan cerita ni. Credit

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah lebih kurang 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.


1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.


Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.


Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (askar, polis hutan, orang asli, pemburu, pembalak dan lain-lain) tu pasal
diorang nie nak buat kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....


Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit atau tidak mampu buat kerja dan kini berada di seluruh negara (tak kiralah di duduk gelandangan ker, rumah ker, hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....


Sekarang ini terdapat 1,084,486 orang di dalam sekolah juvana, pusat tahanan akhlak, penjara, Pusat Serenti dan macam-macam pusat lah di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...


Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...


Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, baca blog nie dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...


Mana aku tak letih!!


Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!


P/S : Semua statistik di atas tidak dirujuk mana-mana fakta.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena aku buat jugak

Doa Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Anaknya


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Sumber rujukan : Kisah Hidupku

Kaedah Memerah Susu Ibu

Hari ni tiba-tiba nak cari info tentang pemerahan susu. Maklum la, tengah berusaha dan terus berusaha dalam penyusuan. Jom kita refresh otak bagaimana kaedah memerah.

Memerah susu ibu adalah bertujuan untuk membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja. Selain dari itu, memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu. Bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe. Selain dari itu, ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.

Terdapat beberapa kaedah memerah yang boleh dilakukan



(1) Menggunakan tangan

Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam.

Kaedah

a- Basuh tangan dan bekas yang akan anda gunakan untuk menadah susu badan. Duduk dalam keadaan yang anda selesa. Letakkan bekas tadi di bawah puting anda. Letakkan tuala basah yang suam untuk merangsang pengaliran susu. Urut payudara dan puting untuk mendapatkan refleks ejeksi susu. Tekan perlahan-lahan sambil membuat bulatan di sekeliling payudara.

b- Tekan payudara dengan lembut, gerakkan jari-jari anda dari bahagian dada ke arah puting.

c- Posisikan ibu jari dan 4 jari lain 2-3 cm di belakang puting dan tekan payudara anda.

d- Tekan jari-jari anda sambil menggolekkannya ke arah puting. Lepaskan dan tekan semula untuk mengeluarkan susu. Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa proses ini.

e- Tukar posisi jari-jari anda ke bahagian lain pula untuk memerah duktus-duktus susu yang lain pula. Selepas 3-5 minit, aliran susu akan semakin perlahan. Tukar Payudara sebelah pula. Lakukan proses yang sama dan selepas itu anda boleh beralih semula ke payudara pertama tadi. Ulang semampu anda. Kebiasaannya, sesi-sesi awal mengambil masa 20-30 minit. Setelah anda menguasai teknik ini, masa yang diambil akan semakin pendek.
 


(2) Menggunakan pam manual

Kini terdapat banyak jenama pam manual dipasaran, terpulang kepada budget dan keperluan ketika membeli pam. Tidak semestinya pam yang mahal akan memberikan hasil perahan susu yang banyak, kerana ia bergantung kepada cara memerah. Kebaikan menggunakan pam manual ialah, ianya ringan serta boleh digunakan dimana-mana kerana tidak memerlukan sumber elektrik.

Bagaimana pun sesetengah ibu berpendapat penggunaan pam manual agak memenatkan. Kelebihannya ialah, dengan penggunaan pam manual, kadar sedutan pam boleh dikawal dengan mudah bersesuaian dengan kadar hisapan bayi. Ramai ibu berpendapat dengan penjagaan yang baik, pam manual boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk bukan saja seorang malah hingga beberapa orang anak.


Contoh pam manual yang terdapat dipasaran:
(A) Avent Isis ( Basic: RM219, Out and About : RM389, Jusco, Babyland)
(B) Pureen (Jusco) (C) Pigeon manual (Rm50++)
(C) Anakku (RM49.90)

(D) MAM Care
(E) Medela Harmony


(3) Pam menggunakan kuasa bateri

Pam bateri tidak banyak terdapat dipasaran tetapi masih mendapat tempat memandangkan ia tidak memenatkan sebagaimana pam manual dan tidak begitu berat berbanding pam elektrik. Bagaimana pun, apabila kuasa bateri semakin berkurangan kadar sedutan pam akan sedikit terjejas dan perlu sentiasa menyediakan bateri spare untuk masa-masa kecemasan. Bagaimana pun jangan panik sekiranya terlupa membawa bateri spare kerana masih boleh memerah susu dengan menggunakan tangan.

Jenis pam berkuasa bateri yang boleh didapati :
(A) Pureen
(B) Tollyjoy



(4) Pam menggunakan kuasa elektrik


Walau pun pam elektrik jauh lebih mahal berbanding pam manual dan bateri, tetapi ia semakin diminati ramai kerana memudahkan kerja mengepam serta dapat menjimatkan masa. Ini kerana, bagi kebanyakan ibu bekerja masa untuk mengepam adalah amat terhad dan penggunaan pam elektrik, lebih-lebih lagi dual-pump dapat membantu mereka menjimatkan masa mengepam di samping mendapat hasil sebagaimana penggunaan pam manual yang biasanya sedikit mengambil masa dan agak memenatkan.

Faktor-faktor ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu terus menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Tetapi, haruslah berhati-hati ketika memilih kuasa sedutan kerana sekiranya memilih kadar sedutan (suction) yang terlalu kuat, bukan saja hasil yang didapati bakal mengecewakan malah ia akan turut menyebabkan kesakitan. Selain dari itu, oleh kerana memerlukan sumber elektrik dan agak berat penggunaannya agak terhad.

Ada sesetengah ibu yang memilih pam manual ketika berada di tempat kerja, dan menggunakan pam elektrik ketika di rumah untuk digunakan ketika bangun untuk memerah susu di awal pagi. Ini adalah terpulang kepada keperluan individu.
Contoh-contoh pam elektrik yang biasa digunakan
(A) Spectra 3 (RM368)
(B) Ameda-lactaline dual breastpump (RM788)
(C) Medela mini e (RM449) , Dual pump (RM699), Swing (RM768), FreeStyle (RM1800)

Apa pun jenis pam atau kaedah yang digunakan pastikan sentiasa menggunakan barang yang bersih dan disteril. Cuci tangan dengan sabun sebelum memerah susu.



sumber:ourkizuna

16 April 2011

Tarikh ni sangat istemewa dalam hidup saya. Apa ada pada tarikh 16 April ni?

1st- Tarikh ni hari lahir mak saya. Selamat hari lahir mak, semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah Taala.

2nd- Pada tarikh ni,dua tahun lepas 16/04/2009 saya disahkan mengandung Muhammad Irfan Harith.

3rd- Sebenarnya yang ke 3 blom ada lg. Cuma berangan je. Hari ni masuk hari ke 4 saya miss period. Period saya selalunya pusingannya sama. paling jauh pun beza sehari je. Disebabkan minggu lepas saya dah buat pregnency test n keputusan -ve, macam malas plak nak wat UPT lg. Minggu lepas tu buat test coz doktor suruh buat UPT selepas 2minggu jumpa dia hari tu. Kalau wat UPT,mesti nak mengharapkan +ve walaupun sebenarnya dlm perancangan keluarga blom lagi nak tambah. Tp disebabkan tarikh ni,teringin nak bagi mak hadiah harijadi nye dengan berita gembira ini(kalau ada lah kan).2tahun lepas hadiah berita mengandung kan irfan adalah hadiah paling istemewa buat mak coz irfan cucu sulung mak n abah. Dan kalau betul lah ada, silap2 tarikh lahir irfan n adik dia pun sama ataupun dekat-dekat. Bila hari tu tengok buku merah Irfan, tarikh last period waktu tu n tarikh last period bulan lepas sama. Wahh, ni suratan atau kebetulan?

Tengok la macam mana nanti malam ke. Kalau rasa diberi kekuatan untuk wat UPT lg, kita tgu result nye ok. Kalau masih takut lagi,tunggu la lagi 2 minggu lagi, kalau tak period jugak, baru buat UPT.