Monday

PETUA BAKAL IBU YANG BERSALIN

Hari ni aku banyak baca petua yang berguna terutama untuk aku yang bakal melahirkan tak lama lagi. so dengan cara post dalam blog ni, next time bila diperlukan, aku boleh view semula petua2 ni..Jom kita tengok apa petua2 nya

image cdt Google

Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi. selawat dulu 3kali...then saya berdoa..Ya Allah Engkau permudahkanlah ketika aku bersalin nanti seperti mana mudahnya air ini mengalir dari rambut ku...
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.
 msa kskitan nk brsalin,tarik nafas n tahan serta selawat 5x.ia bole mngurangkn ksakitn n mmdahkn brsalin.jgn lupa jg yg pling mmudahkn brsalin minta k'ampunan suami sgla dosa n minta suami doakn smga slamt n dprmudahkan sglanya.insyaallah:)
wallahualam...
 
 
Petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat bagi ibu-ibu selepas bersalin :-
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama ...
nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus..

info : LAMAN PETUA NENEK




Petua Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh
 

Ibu Rinduuuuu M.Irfan Harithhhhhhh

Pg ni takde mood sgt sebab irfan takde di sisi bila bangun pagi. Semalam irfan terpaksa kena tinggal kat kampung sebab pengasuh dia bercuti seminggu. Dari rabu lepas ke rabu ni. Rabu -jumaat lepas ayah irfan dah amik cuti,so x jd masalah. Isnin - rabu ni plak,xde sape leh amik cuti. Ibu dah amik cuti 2minggu lepas ats faktor kesihatan. Ibu dah cuti 5hr bulan lepas. Ibu xleh cuti lagi sebab risau plak kalau bad record asyik amik cuti. Maklum la, ibu keje swasta. Br satu malam berjauhan, ibu dah rindu tahap gaban kat irfan. Camne la nak tunggu lg seminggu. Huaaaaaaa


Irfan n 'superbike'


Sure irfan mencari2 ibu n ayah. Maafkan ibu n ayah ye sayang..


Tp ni br lepas call ayah tanya irfan. Td malam ifran asyik terjaga je cr ibu. Huhuhu. Aku kat cni plak yang nak nangis..


irfan n cousin2 dia.

Miss u so much sayang. Weekend ni ibu cepat2 dtg amik irfan kat kg ye..Kalau rabu ni ibu n ayah xletih,ibu bergegas blik kg amik irfan walaupun terpaksa balik hari.


Tp semalam irfan dah dapat birthday present in advance dr nenek n aunty dia. Thanks ye nenek n aunty. Semoga hadiah ni dapat menemani dia sepanjang ibu n ayah tak menemani irfan. Atleast motor ni dapat mengubat rindu irfan or dapat melekakan irfan daripada mengenang ibu n ayah sepanjang di kampung.


Sebenarnya ibu n ayah memang cadang nak beli present birthday irfan kereta or motor rechargable mcm ni. Tp nenek n aunty irfan lebih advance n juga tau minat irfan pada motor. So nenek n aunty dah wat suprice dl bl kami blik kg 2hr lepas. Hehe. xtidur malam irfan malam tu ngadap motor dia. Susah gak la nak tidur malam tu sebab dok belek2 je.


Skang ibu n ayah plak bingung memikirkan hadiah apa nak belikan utk irfan sempena ulang tahun ke 2 dia hjung bulan ni. Stakat ni kami dah planning g bercuti n sambut birthday dia kat sana je. Tp hadiah xde lg. Nak beli hadiah apa ek. Any suggestion? Xyah beli hadiah aci x? Just percutian birthday tu kira hadiah hari jadi nya? ermmm,cam xbest plak kan. Nak beli set buku, irfan dah ada set buku Disney's Magic English & Logico dr Glorier. Xde idea la..

Wednesday

Syukur..

Alhamdulillah..Semalam petang aku dah g jumpa gyne kat Hospital Penawar, Dr. Suhaimi. Syukur baby aku dalam keadaan sihat n selamat.

Dan rasa bertambah happy bila doctor bagitahu yang baby  dalam perut ni gegirl..Rasa nak lompat je depan doktor tu.. Tp control2. Buruk benor jdnya kalau melompat kat situ.hehe

Pasal injection tahan sakit tu, dr.suhaimi ada nasihat,lepas ni kalau ada doctor bg ubat tahan sakit thru injection, kalau boleh jangan. yela,aku g jumpa doktor kat kecemasan. dia bukan pakar ibu mengandung.so jangan ambil risiko. lain la kalau kita dah refer doktor sakit puan. ubat tahan sakit yg sesuai untuk ibu mengandung adalah panadol kerana dos yg kecil.

Memandangkan aku ada masalah tulang belakang, aku xdibenarkan ambil epidural bila bersalin nanti. Waktu bersalin irfan hari tu pun aku memang xde ambil epidural. kononnya anak ke2 ni nak amik epidural. Tp bila tanya doctor semalam, dia kata memang xbleh, lebih2 lagi dalam condition aku sekarang ni.

Xpe la.apapun, yang penting baby aku cht sempurna n lahir dengan selamat dan mudah. Amin..

Tuesday

Berdebar....

Aku tak sabar nak tunggu hari sabtu.

Petang ni aku amik half day untuk jumpa gyne.

Hope semuanya ok..

Monday

Risau

Dah beberapa hari ni aku betul2 risau. risau keadaan baby kat dalam yot ni. isnin lepas bila aku g hospital, doktor kasi injection tahan sakit untuk masalah slip disc aku tu. Lepas inject tu, 1badan aku  rasa longlai. dalam hati aku, ni ubat tahan sakit ke, ubat kasi aku pengsan.. Memang rasa cam nak pengsan pun ada lps inject tu.


Perkara yang merungsingkan , baby aku ok x? ada kesan sampingan ke dia? Bila aku nak g gyne, rasa masih baru lg aku jumpa gyne.Baru sabtu lps aku cek baby kat Johor Maternity Specialist. So xnak la terlalu kerap. So aku tengah menahan diri untuk tunggu lagi seminggu baru g jumpa gyne.


Ikutkan hati,nak je aku g scan kat mana2 klinik. Nak g skodeng baby ok ke x. Tapi memandangkan aku nak cek lebih detail keadaan baby, better aku tunggu utk trus cek ngan pakar maternity.


Ya Allah semoga baby aku sihat sempurna tubuh badan nya,sempurna sifatnya,baik rupa parasnya, jd anak yg soleh dan soleha..semoga xde kesan sampingan yang tidak baik pada baby aku ats ubat2 tu.


Tp memang ya, selagi aku xnampak keadaan baby dlm yot aku ni, slagi tu la aku rs susah hati sangat.


Baby, cepat la kick prot ibu ni skit supaya ibu tau baby dalam keadaan ok. Bila aku risau, tu la ayat yg aku bg kat baby ni.slagi dia x kick aku, slagi tu la aku pikir bkn2. ish..susah betul..rasa nak je g bli mesin scan prot tu spy aku bleh scan hr2. Bila aku nak tau je keadaan baby,bleh aku scan bl2 ms.


Tp, xpernah dibuat org nya g bli mesin scan tu..huhu..kecuali la doctor kan.Tgu la aku jd doctor kan..nanti aku beli..hahaha.tp nampaknya mmg xkan beli la.sebab bila masa plak la aku nak jd doctor tu kan..dlm mimpi je la ya.

Thursday

Pregnant & slip disc

Hari ni baru 1st day naik keje selepas 4hr mc. Kandungan ku cecah 19minggu  hari ni. Masih jauh perjalanan ini. Minggu lepas aku demam panas. Waktu tu takut sangat kalau apa2 berlaku pada baby. Keesokan harinya, demam belum betul2 kebah, tapi sakit pinggang aku mula datang.

Sebenarnya aku dah lama ada slip disc problem. Sejak aku tingkatan 4. Bila mengandungkan irfan dulu, aku jugak tak lepas dari masalah tulang belakang ni. Tp mengandung kali ni, sakit nya betul2 menduga aku. Aku berharap sangat, baby dalam perut ku ini sentiasa sihat n selamat dilahirkan kelak dalam keadaan sihat sempurna.

Rasa lama sangat nak countdown lagi 5bulan menunggu kelahiran baby ibu ni. Semoga aku diberi kesihatan lebih baik. Tak sanggup rasanya bila sakit ni datang. Sesungguhnya ni ujian untuk aku, so aku kene tabah demi anak dalam kandungan ini..

Ni rasa nak baring je. Tp ni kat office, camne la nak baring. lambat nya la ms berlalu. Tak larat rasanya nak duduk lama2 kat bangku ni.


p/s: sape2 yg ada masalah macam ni or sape2 yang pernah tau pasal org pregnent n slip disc ni camne nak merawat atau meringankan sakitnya camne, bleh la share . Sangat2 dialukan