Monday

BAJU RAYA..



Pejam celik pejam celik tak lama lagi nak raya. Rasa pantas betul masa berlalu. Baju raya baru hantar 2 pasang. Tapi kat taylor baru. Tak tahu lah hasilnya camne. Taylor ni adik yang sugest. Butik pengantin. So kami yg 3 orang gegirl (aku,mak ,dekdah)  hantar sekali gus. Eh plus Qisya, 4 orang gegirl la. Qisya tahun ni pun buat baju kurung.

 Taylor yang selalu tempah dah full booked. Taylor ni memang hot punya. aida g hari tu nak hantar baju dalam pertengahan bulan 5. Tapi dia cakap dah penuh. Tak berani nak amik banyak2 sebab nak jaga kualiti. Dia dah tutup amik tempahan since hujung bulan 4. Wah pantasss. Ingatkan aida datang bulan 5 tu dah kira awal. Rupanya, terlewat.


Next year punya raya punya baju jawabnya kena hantar lepas raya tahun ni . Haaa jgn kata dah full gak ye nyonya..

Tapi kan bila kita masih fully breastfeed, jawabnya bleh tempah baju kurung je. Tapi cam xbest plak. So aku pun tempah 1 baju kurung, 1 baju kurung moden. Cuma cutting tu longgar kan supaya bleh gak menyelak2 dari bawah.

Ada sehelai lagi baju yang sedondon untuk 1 family kecik kami yang tak hantar tempah lagi. Baju huby n irfan dah hantar, sebab ke taylor lain. Baju aku n Qisya yang blom hantar.

Puncanya camni.

Bila aku ajak husband g Gulatis or Jakel kat Batu Pahat waktu balik kampung last 2week, tiba-tiba aku fikir macam nak beli kain lain n cari tema lain untuk raya kali ni. Selalunya pun memang husband suruh cari baju aku dulu, pastu baru yang lelaki ikut je tema color yang perempuan.

Pastu kitaorang decide g Gulatis coz bila compare harga, kain yang kitaorang cari memang gulatis lagi murah dari jakel. Aku cari kain valentizo coz bagi aku kain ni best n sangat cantik buat baju melayu. Adik aku yang pidah tu beli kat jakel, semeter rm 48(minta less dapat rm40 semeter). Bila beli kat gulatis, semeter rm 38. Hari pertama beli minta less dapat rm35 semeter. Esoknya beli lagi coz berkenan yang lain, dapat less rm30 semeter.Jauh beza tu beli kat jakel. so lepas ni dah tau nak cari yang murah, g gulatis je.

Ok berbalik pada cerita nya, bila sampai je kat tempat kain yang aku nak tu, aku pun belek2 la kain2 valentizo tu. kain dah tau nak kain ni, tapi masalahnya bila kat situ, dah tak tahu nak pilih tema apa tahun ni untuk kami. Kira nya baju yang aku dah hantar kat taylor tu cancle untuk jadikan tema. Tu yang aku g cari kain ni supaya konon nak sedondon kain n warna sekali untuk kami 4 beranak ni. selain tu verangan nak wat baju pelum yang siap border lace.huhu verangan lg.


image:sumber google.
(suka nya la baju dia ni.cantik kan.sape nya baju ni eh..admire nya kat baju dia)
sib baik dah kawen,kalau x nak wat baju nikah sebiji camni )

Bila husband tengok harga semeter dah segitu, dia pun kata tak nak la baju kain ni. Abang n irfan beli kain biasa je la. Puas dah pujuk cakap macam2, dia tak nak plak. Hurmmm. Akhir nya aku masih berkeras nak jugak warna n kain tu coz nak wat baju peplum punya pasal. So aku minta 4m untuk aku, Qisya 1m, Irfan 2 meter. Ok cukup 7meter.

Sebelum balik ke JB, kitaorg singgah rumah taylor yang jahit baju melayu. Sampai sana, niat nak hantar baju melayu irfan je coz husband tak pilih n bli kain dia lagi. Tup tup pai sana dia pun ukur sama n nak jahit baju tu jugak. Wah dalam hati aku ada suka n ada xsuka.. Suka coz yeaaaa kitaorang dapat pakai baju sedondon. Yang tak sukanya, tadi kitaorang cuma beli 7m untuk aku ,qisya n irfan. Hurmmm..
Supaya husband tak tukar fikiran n pakai kain sedondon gak, aku diam je. Dalam kete baru aku cakap, kain untuk aku n qisya dah takde. Hhuhuhuhuuuu..

Dah la kitaorang singgah rumah taylor pastu singgah sekejap rumah mak kat pontian. takkan nak  patah balik batu pahat bli kain lagi,pastu balik JB.wooo jauh woooooo.

Husband n aku pun roger2 la member yg dok BP suh kirim beli kan. Yelah, takut kain yang sama warna habis ke. Kalau bli kat gulatis Jb plak takut xdapat harga yang sama n warna yang sama, plus nak kena hantar kat taylor secepat mungkin. Sib baik ada kenalan nak tolong beli kan. Just call gulatis tu n bercakap ngan promoter yang handle kita sebelum tu, suruh siapkan kain yang kita nak tu. Aku tambah lagi 5 meter. Sib baik kat resit tu ada tulis nama promoter yg incharged tu.

Pasni nak g mencari border lace untuk kain baju valentizo yang plan ni..kat tesco ada kedai untuk cari semua border lace,manik2,n macam2 la lagi untuk jahit2 ni. Memang heaven.la kedai tu.