Friday

Jubah Raya..




Ok.memandangkan ramai yang bertanya n berminat nak dapatkan jubah2 kat entry aida sebelum ni,
hari ni aida nak bukak order kalau sesape yang berminat nak beli jubah2 ni.
actually ni kenalan dari indon yang jual. so kalau awak2 semua nak kirim beli, bleh pilih jubah yang mana, nak size apa. oh ye size indon ni kecik 1size.mean klu kita size S,amik size M. tp untuk certain patern, dia adalah normal cutting. so kalau kata pakai S,saiz sana pun S. apapun nanti just tulis je kalau cutting kecik,M,kalau normal cutting S bila email kat aida.

oh ye, menurut kawan aida ni, dia bleh custome kan jubah ni jd jubah menyusu. nanti dia wat zip untuk menyusu. so bagi ibu menyusu, tak de masalah nak bergaya dengan jubah di hari raya walaupun menyusu baby.

berkenaan harga,sangat murah..serendah 75 pun ada.tp lom include postage dr indon tau. tp biasanya siap postage dari indon 135 . yang lg murah pun ada.

ok kalau sesape berminat, just email aida alipyadalalip@yahoo.com

caranya awak copy gambar, tulis detail nak baju yang mana, nak wat jubah menyusu x, size(size malaysia ye).erm apa lagi ek. haa tulis detail pengirim skali .

ok nanti bila aida dah confirmkan ngan owner kedai smaada baju still available or not, nanti aida inform untuk proced order n payment ye.
























Thursday

Pum Susu ke Laut..

Bangun lambat lorrrr

ayakkkk..tp ni semalam pagi punye cerita. nak wat entry semalam, tapi  tak sempat. gara-gara lambat pagi tu,menjejaskan semua aktiviti n mood untuk 1hari. celik2 mata, tengok jam lg 10 minit 6.30am. selalu 6.35 dah kuar rumah hantar anak.tp semalam dekat 6.50pg br hantar anak.adoiii sib baik jalan tak jem. kalau tak masak aku. 

Pagi tu, semua tak sempat. Pum susu pun ke laut. nasib baik bag baju anak2 untuk hantar rumah pengasuh dah packing sebelum tido. tetet tak yah cakap la,bengkak.selalu kul 5lebih bangun mandi,trus pum susu dulu. pg semalam sampai2 office, trus pum. dah tak larat nak tunggu. sambil pum sambil sarapan. pam pagi tu dapat 16oz. patutla denyut2 waktu drive,sebab penuh sangat. ikut hati pagi tu nak je pum sambil drive, sebab fikir bleh hands free. tp risau plak kang abang2 moto kat trafik light perasan plak apa yang terbonjol besar tu walaupun dah pakai cover n dah letak sun cover kat cermin kete. selain tu risau dibuatnya klu ada perkara yang tak di ingini berlaku, tiba2 kena keluar kete tengok, tak ke haru tu. orang lain yang pada mulanya nak tolong dengan muka serius, mau taknye nanti diaorg tolong gelakkk..huhu..trus terbantut production i sebab malu dah kena gelak. so simpan je la hasrat nak pum sambil  drive tu ye.

Tp semalam sepanjang hari pening kepala dibuatnya. bangun terkejut,trus pening kepala.pastu mngantuk je keje nya..dah macam apa asyik sangap je mulut ni. sambil pum pun nak tertido.

Ni minggu ke2 aku naik keje start 18hb. sangat meletihkan. hr2 tido kul 12pm-1am. kat kepala dah set dah nak tido awal, tp tak pernah nya dapat.balik keje pai rumah 6.30pm siap amik anak. mandi, sembahyang ,makan. tu pun dah 2minggu ni en.husband yg masak.sambil2 main ngan anak,pum susu,lipat kain. sebelum duduk tu,mesin kain 2 round. baju anak2 n baju mak bapak budak. sebelum tu vakum lantai jap sebab kesian bb kalau rumah berhabuk.walaupun hari kerja,tetap kena vakum gak or sapu paling tak pun sehari sekali.paling malas 2hari skali.hehehe.pastu jemur baju.kemas dapur, susun bag baju untuk irfan n qisya.masukkan susu2 dalam botol2 untuk hantar rumah pengasuh.setiap botol isi 3oz x 7 botol.tp biasanya botol ke 7 aida isi 6 oz supaya in case aida blik lambat sbb jln jem ke,masih ada susu back up. gosok baju. ok siap tu semua,tgk jam dah kul 12.tu termasuk sekali berhenti bagi qisya susu setiap 2jam or sejam stgh,susu irfan bila dia minta,salin pampers,ngekngek lg si abg n adik,tambah ngekngek si ayah..eh ada ke..hahaha..huhhh sungguh mencabar tugas ibu yek.tu baru masuk anak 2,eh bukan baru masuk,tp memang dah 2. agaknye camne la ye kalau anak 5,6,7, atau lagi hebat anak 12.tabik springggg.

cukup sebulan ,mau mata aida ni dah jd macam burung hantu..siap ada dark curcle kot..huhh xpe la..demi anak dan keluarga kan. kan wanita mampu menggoncang dunia..lelaki bleh x?hehehe

*p/s: ok nanti kan next entry,koleksi jubah2 untuk raya ye. jubah2 ni bleh custome jadi jubah menyusu gak..

Friday

Susu ibu di office

Pagi ni terasa happy sebab td bila sampai tempat keje, blom sempat punch card, dah ada kwn tempat kerja tahan n tanya pasal pum susu n macam mana nak handle susu bila nak hantar rumah pengasuh.


Aida memang suka kalau ada teman-teman yang bertanya pasal penyusuan ni. Suka sangat nak membantu. Suka sangat kalau kawan2 aida yang lain ikut jejak untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara exclusive. takde niat sikit pun untuk menunjuk-nunjuk.Aida selalu doa semoga lebih ramai teman-teman terbuka hati untuk menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu sepenuhnya. Semua ini dengan petunjuk Allah, hidayah dari Allah juga. Suka sangat kalau ada kawan-kawan aida dapat inspirasi dalam perjuangan ni. Jika kita bantu orang lain, Insyaallah Allah akan bantu kita pula.


Kalau ada ibu-ibu lain yang tak mahu or tak mampu untuk menyusukan anaknye, jangan sesekali kita pandang rendah dan perlekehkan bagi ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Aida selalu pesan pada diri sendiri, jangan sesekali kita bermegah or pandang rendah pada orang lain kalau kita dapat menyusukan anak kita. sebab ni semua datang dari Allah. Dia yang beri kita hidayah n gerakkan hati kita untuk menyusukan anak, Dia yang memberi rezeki susu itu, Dia juga yang memudahkan jalan kita untuk melaksanakan penyusuan. Semua tu datang dari Allah. Waktu Aida ngandungkan Qisya, aida selalu doa semoga Allah masih izinkan aida untuk menyusukan anak ini, dan Alhamdulillah Allah masih izinkan.

Dulu waktu mula2 aida keje cni,aida g keje bawak bag yg besar. waktu tu zaman BF si Irfan.ye la,kita kan nak isi macam2. pum susu,botol susu,cooler bag,wallet,hp,kalau ada bekal bw bekal, kalau peot,tambah pad plak n macam2 lagi la yang nak di sumbat. waktu tu aida bw bag sandang medela. bila dah disumbat ngan tu smua,mmg nampak dobok itu bag. siap ada yang cakap, "balik kampung kak?"."tido cni ke kak". Citt boring je.waktu zaman qisya ni aida bw bag autumn yg ada 2bahagian, isi barang & cooler bag skaligus. 1st day bw tu,macam xsejuk plak mungkin sebab ruang besar,n ice pack xsupport utk sejuk.aida cm letak 3 ice pack, icepack medela + avent + autumn. so besok nya n pai skang aida bw 2 bag skali + bag kain isi air n makanan. so 3 la gamaknye. fuhhh keluar muscle. cam biasa la,ada jugak yang mngusik "kak,banyak bawak bekalan.tgk orangnye,xpadan ngan size n bekalan".boring je dengar..aida pun jawab la "haah bekalan masa depan.."Tp tu semua aida tak kesah.malah bangga dapat bawak bag selambak ni.ni semua demi anak

Betul orang cakap, semangat seorang ibu lebih tabah lebih-lebih lagi berkaitan dengan si anak. Bila dah ada anak ni, semua benda hanya fikir pasal anak. Kalau nak membeli untuk anak, walaupun takde duit, tp tetap adakan jugak,korek-korek la mana lubang pun untuk penuhi keperluan si anak. kan kan. aida ni sejak ada anak, jadi orang kedekut untuk diri sendiri. adoiii memang kesian. hehe. nak beli seluar jean yang paling murah, rm50 pun,pikir 10kali.belek berkali-kali.last-last xbeli pun. Tp cuba la kalau cari barang anak,tengok harga walau atas rm50 sekalipun, tak payah pikir 10x,silap2 pikir sekali je,trus rembat n g bayar. memang kuasa kasih sayang untuk anak tu, takde sape bleh halang. semoga anak-anak kita semua jadi anak yang soleh dan soleha, jadi anak yang membahagiakan ibu bapa dan insan sekeliling,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik,panjang umur, serta bahagia dunia akhirat.

Thursday

REZEKI ALLAH..SUSU IBU UNTUK ANAK-ANAK IBU

Alhamdulillah..rezeki baby Qisya. Susu untuk Qisya sentiasa ada. Semoga ibu mampu lengkapkan penyusuan Qisya sehingga 2thn. Dulu abg Irfan hanya sampai 1thn 6bln sebab mengandungkan Qisya.

Minggu ni dah start keje,jadi aktivit pum kat opis bermula kembali. sebenarnya bila hari kerja aida lebih disiplin skit bab2 mngepam ni.klu hari cuti spatutnya lebih rajin,tp rupanya silap teori tu.huhu.

Kalau hr kerja aida pum 5kali sehari.sebelum g kerja,waktu minum pagi,waktu lunch hour n waktu minum petang. so bila rutin pum ni kembali, jangan mimpi la nak makan sama2 officemate makan kat cafe. semua bli bungkus bawak naik opis. tp xpe,pengorbanan seorang ibu,demi anak tu semua xjadi hal..cehhh ayat . tp memang ya, sejak ada anak ni,apa saja utk anak xkesah utk dapatkan. tp untuk diri sendiri dah jd kedekut.
sape ada perasaan camni. ke aku je yg camni ek. haha aku kedekut kah..ngehngeh

Susu-susu yang kat bawah ni hasil tuaian aida seharian semalam.




Botol First years ni hasil pum sebelum g keje pagi-pagi. Pum kul 5.30 am. 11 oz. Alhamdulillah..






Yang 3botol ni,hasil tuaian kat office. 3kali pum (10.20 am, 1.45pm, 3.30pm). 20 oz. Alhamdulillah...



Yang last ni, sesi pum sebelum tido. 9.45pm. 12 oz. Alhamdulillah...




Tengah malam memang aida tak bangun untuk pum. Tak larat. dah ngantuk sangat. Minta tolong baby pum kan. hehehe.  

Alhamdulillah. ni semua rezeki dari Allah untuk anak-anak. Selain Qisya,abang Irfan pun minum susu ni. tp dalam sehari sekali la aida kasi dia minum susu ni. dia sendiri yang amik dalam peti ais n cakap "Bu, dik nak susu ni".(irfan bahasa kan diri dia adik.puas dah betulkan,dia kata xnak bila dpanggil abg). skali minum aida bg Irfan 8 oz. memang laju je dia amik.kadang2 dia nak repeat lg minum susu ni. adushhh..anak2.

Mungkin rezeki susu ni banyak sebab nak bagi untuk abg Irfan nye skali yang xdapat nak lengkapkan penyusuan 2thn. Alhamdulillah Irfan masih berpeluang minum susu ibu lg. Syukur tak terhingga.




Tuesday

URUTAN BABY

Setelah sekian lama tak menulis di blog,
setelah sekian lama tak g keje,berpantang,
setelah sekian lama tak pum susu,
setelah sekian lama tak basuh pum susu n botol..
setelah sekian lama tak bangun tiap 2jam setiap mlm,
setelah sekian lama aku rs relax banyak...

eh ni apa bnyk sangat sekian lama

tp

kini aku nak mula menulis di blog
kini aku dah start keje, hari ni hari ke 2 dah
kini aku pum susu bila perlu tanpa jemu
kini hari2 aku ngadap basuh botol2 n pum slalu
kini bila tido malam,aku kena bangun tiap 2jam
kini aku tak dapat nak rasa relax dengan banyak

tu semua sebab yang satu ni


1st day.fresh from oven

2nd day

49th day

 
50th day

2 month





si kecik ni nama nye Qisya Zulaikha
adik kepada mohammad irfan harith.


Semalam hari pertama Qisya kat rumah pengasuh.Macam-macam pikir bila nak hantar dia kasi orang jaga.
korang yang ada anak kecik n mula bertugas pun,tentu rasa apa yg aku rasa sekarang.

dulu waktu irfan lahir,aku berhenti kerja. Selepas 6bulan, baru aku keje balik. tp bila Qisya,br umur 2bulan,aku terpaksa relakan untuk orang lain jaga sementara aku g kerja. Ikut hati memang tak nak bagi orang jaga, sebab ye la,skang ni macam-macam dengar kan. So hati ni macam tak percaya pada org lain jaga. Tapi apa kan daya, aku kena dan mesti yakin n percaya pada pengasuh untuk jaga Qisya.

Lagi pun setakat ni pengasuh jaga irfan dengan baik. Dulu dia cuma jaga irfan seorang. Sekarang cuma tambah sorang budak perempuan 5thn. Tu pun baru beberapa bulan lepas je. So bila tambah Qisya, 3 orang semua yang dia jaga.

Sebelum nak kasi pengasuh jaga bb, siap buat breafing. Cehhhh ayat..macam kerek je bunyi nye. hehe.
ala, just bagitau sikit-sikit pasal Qisya n jadual nyusu serta cara handle dia. Start hantar rumah pengasuh semalam, tp briefing hari jumaat lagi..punya la prepared gitu gaya. hari ahad plak, g berangkut keperluan Qisya kat rumah pengasuh tu

besen mandi
toiletries
kelambu tutup
bouncer
tilam
bantal orang dewasa tp nipis( sebab ibu bb ni xsuka pakai bantal kecik)

pastu semalam pengasuh kata, perlukan baby cot. Sebab bukan risau orang lain , risau abang Qisya sendiri,Irfan yang suka menerpa adiknye.so balik kerja ni nak kena g bli baby cot plak. nak hantar yang kat rumah, nanti kat rumah xde plak baby cot. terpaksa la beli yg ke 2.

Waktu sesi briefing tu jugak, aku ajar pengasuh untuk urut Qisya lepas mandi. aku praktikal kan je depan kak Ani (nama pengasuh tu). Entah dia ingat sepenuhnye ke tidak. So hari ni baru teringat nak printkan yang manual nya. Kepada korang yang nak share sama cara urutan baby ni, bleh la kongsi jugak, sumber dari johnson & johnson.






Aku memang suka urut bb dengan urutan ni since waktu irfan baby lagi. Alhamdulillah, cara ni amat membantu dalam penjagaan baby. Irfan dulu sangat senang di jaga n jarang kembung perut or meragam. selain tu, perkembangan tumbesaran dia juga sangat baik. badan dia pun cepat tembam.. skang zaman Qisya plak, so apply kat Qisya. apa pun ni semua dengan izin Allah. kita hanya berusaha, Tuhan yang tentukan. semoga anak2 kita semua,sihat2 hendaknya.