Friday

Susu ibu di office

Pagi ni terasa happy sebab td bila sampai tempat keje, blom sempat punch card, dah ada kwn tempat kerja tahan n tanya pasal pum susu n macam mana nak handle susu bila nak hantar rumah pengasuh.


Aida memang suka kalau ada teman-teman yang bertanya pasal penyusuan ni. Suka sangat nak membantu. Suka sangat kalau kawan2 aida yang lain ikut jejak untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara exclusive. takde niat sikit pun untuk menunjuk-nunjuk.Aida selalu doa semoga lebih ramai teman-teman terbuka hati untuk menyusukan anak masing-masing dengan susu ibu sepenuhnya. Semua ini dengan petunjuk Allah, hidayah dari Allah juga. Suka sangat kalau ada kawan-kawan aida dapat inspirasi dalam perjuangan ni. Jika kita bantu orang lain, Insyaallah Allah akan bantu kita pula.


Kalau ada ibu-ibu lain yang tak mahu or tak mampu untuk menyusukan anaknye, jangan sesekali kita pandang rendah dan perlekehkan bagi ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Aida selalu pesan pada diri sendiri, jangan sesekali kita bermegah or pandang rendah pada orang lain kalau kita dapat menyusukan anak kita. sebab ni semua datang dari Allah. Dia yang beri kita hidayah n gerakkan hati kita untuk menyusukan anak, Dia yang memberi rezeki susu itu, Dia juga yang memudahkan jalan kita untuk melaksanakan penyusuan. Semua tu datang dari Allah. Waktu Aida ngandungkan Qisya, aida selalu doa semoga Allah masih izinkan aida untuk menyusukan anak ini, dan Alhamdulillah Allah masih izinkan.

Dulu waktu mula2 aida keje cni,aida g keje bawak bag yg besar. waktu tu zaman BF si Irfan.ye la,kita kan nak isi macam2. pum susu,botol susu,cooler bag,wallet,hp,kalau ada bekal bw bekal, kalau peot,tambah pad plak n macam2 lagi la yang nak di sumbat. waktu tu aida bw bag sandang medela. bila dah disumbat ngan tu smua,mmg nampak dobok itu bag. siap ada yang cakap, "balik kampung kak?"."tido cni ke kak". Citt boring je.waktu zaman qisya ni aida bw bag autumn yg ada 2bahagian, isi barang & cooler bag skaligus. 1st day bw tu,macam xsejuk plak mungkin sebab ruang besar,n ice pack xsupport utk sejuk.aida cm letak 3 ice pack, icepack medela + avent + autumn. so besok nya n pai skang aida bw 2 bag skali + bag kain isi air n makanan. so 3 la gamaknye. fuhhh keluar muscle. cam biasa la,ada jugak yang mngusik "kak,banyak bawak bekalan.tgk orangnye,xpadan ngan size n bekalan".boring je dengar..aida pun jawab la "haah bekalan masa depan.."Tp tu semua aida tak kesah.malah bangga dapat bawak bag selambak ni.ni semua demi anak

Betul orang cakap, semangat seorang ibu lebih tabah lebih-lebih lagi berkaitan dengan si anak. Bila dah ada anak ni, semua benda hanya fikir pasal anak. Kalau nak membeli untuk anak, walaupun takde duit, tp tetap adakan jugak,korek-korek la mana lubang pun untuk penuhi keperluan si anak. kan kan. aida ni sejak ada anak, jadi orang kedekut untuk diri sendiri. adoiii memang kesian. hehe. nak beli seluar jean yang paling murah, rm50 pun,pikir 10kali.belek berkali-kali.last-last xbeli pun. Tp cuba la kalau cari barang anak,tengok harga walau atas rm50 sekalipun, tak payah pikir 10x,silap2 pikir sekali je,trus rembat n g bayar. memang kuasa kasih sayang untuk anak tu, takde sape bleh halang. semoga anak-anak kita semua jadi anak yang soleh dan soleha, jadi anak yang membahagiakan ibu bapa dan insan sekeliling,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik,panjang umur, serta bahagia dunia akhirat.

1 comment:

  1. same goes to me..sekarang dah mule kerje..menghangkut bag ke opis..memang penuh tangan..tapi demi anak..tak kisah jer..:)

    ReplyDelete

sudi2