Saturday

CEPAT DAN SEDAP




Ok hari ni aida nak share sikit tips kalau terlambat bangun nak pergi kerja, pastu tak sempat nak masakkan untuk baby. Haha ni tips sangat berguna untuk aida.

Last week ada sehari aida terbangun lambat. Nak masak bubur memang tak sempat la kan. so waktu tu apa yang terlintas kat kepala ada lah oat.
1st: Ambil oat

2nd: Blend

3rd: Masuk dalam bekas

4th: 2 bekas puree untuk 2sesi makan. yang ni puree apple


Ok siap untuk hantar ke rumah pengasuh. Waktu ni hanya tinggal puree apple. So hantar puree apple je. Selain tu boleh juga dipelbagaikan jenis puree ikut citarasa. Biasa aida tambah 2 jenis puree.

Cara nak makan pula, ambil 2-3 sudu oat yang sudah diblend tadi masuk dalam mangkuk, tuang air panas sedikit dan kacau2 hingga rata. jangan terlalu pekat, n jangan terlalu cair. Kemudian ambil 1 bekas puree campurkan dalam oat td. 

Dah siap 1hidangan yang express..hehe. Ni gara2 ibu qisya terlewat bangun. Tapi Qisya suka hidangan ni. So time emergency, menu n cara ni amat praktikal. Tp untuk usia 7m-8m je. Lepas tu dah tak selera la kot nak tengok menu ni. Hahaha 




RASMI ANAK SUSUAN....



*entry ni dah taip rabu.tapi terlupa publish plak.so aku edit2 eh

Alhamdulillah. ahad lepas selamat menyerahkan susu ebm aida pada member. Yeaaaa dah ada anak susuan..


Selepas member tu balik bersama ebm aku itu, 1 perasaan bahagia sangat. Entah ek camne ek nak gambar kan perasaan ni. Tapi memang happy sangat. Susu aku beri manfaat pada anak kecil lain jugak. Rezeki Allah ni dapat di kongsi bersama. mungkin dari segi harta tak banyak untuk dikongsi. Sikit sebanyak susu aku mampu dikongsi jugak.



Semalam(selasa) mama kepada anak susuan aku msg bagitau yang semalam dah lengkap penyusuan 5kali kenyang. So dah jatuh taraf jadi anak susuan ku yang sah..


Dengan ini diistiharkan ILLI FARZANA sah menjadi anak susuan ku. Cehhh ayat macam istiharkan apa je kan. Tapi takpe la..layan je la. Haha.


Serba sedikit tentang Illi farzana. Lahir pada 17 April 2012, sehari selepas Qisya lahir 16 April. Lahir di hospital yang sama jugak ngan Qisya, Pakar Puteri JB dengan berat 3.1kg.

Nak cerita sikit waktu nak bersalinkan Qisya dulu. Gara-gara nak bersalin dengan Dr.Noraini dr hospital Pakar Putri tu, rela aku pilih hospital tu untuk tempat bersalin walaupun tahu hospital tu dekat sejam gak la perjalanan.. Waktu bersalin Irfan dulu, aku tak rasa sakit n tak tau rasa bersalin camne. G hospital pun sebab pecah ketuban, dah sehari dok spital pun tak sakit2. Masuk induce bawah pertama tak sakit lagi. Masuk ubat induce ke2 lepas 4jam baru start sakit sikit2,tp cm sakit macam senggugut biasa. Kat labor room masuk drip air,baru la start sakit nak beranak.

Pastu bila nak bersalin kan Qisya, tertanya camne nak standby g hospital ni, sebab nya hospital kan jauh. kalau pecah ketuban tau la jugak tandanya. kalau dibuatnya tandanya sakit, haa ni yang muskil. Hari tu baru masuk 37w, prut mula rasa sakit,so dengan lurus bendulnya terus la g spital. Sebab sakit dah 5mint skali. Tapi sakit tu aku masih bleh jalan lagi. So bila orang cakap sakit 5minit skali, pergi hospital,kami pun pegi la lepas subuh 14hb april . Pastu cek jalan baru 2cm je. Doktor dah suh admit. Tapi aku tak nak la. Costing bebbb. So kami sugest hari tu, balik rumah jap,siapkan apa yg patut,pastu nak g pusing mana2 mall n g makan2. Konon2 nak kasi cepat bukak jalan n nak g serah diri malam tu. Sebelum tu kami g makan malam sama2 ngan mak ayah Illi Farzana. Maklum la, isteri memasing tengah tunggu hari. Ayah diaorang ni kawan sama belajar kat Kuitho dulu. Bila lepas makan tu,rasa takut plak nak serah diri kat hospital. Sebab kalau g serah diri sure nurse akan selok lagi cek jalan. ishhh malas la.. Tu yang malam tu mak ayah farzana ajak bermalam rumah dia memandangkan rumah diaorg dekat ngan hospital. 10minit dah pai. Yelah,kot2 tengah malam si qisya nak keluar ke. sakit memang dah kerap. tapi bila rasa sakitnya masih boleh tahan, so aida fikir lom nak beranak lagi kot. Wat malu je kan dah tidur rumah orang, tapi tak beranak gak.. Hahaha. Pastu aida nekad la ajak husband balik rumah lepas breakfirst. Nak rehat. Tidur tengah hari 15hb tu  bila g bilik air buang air kecik, pastu ada lendir brown keluar skit. Tu pun nampak kat tisu tandas yang di lap. Pastu gelabah la call semua kekawan tanya,

"eh ni luka ke atau ni tandanya?"

"dah kena g hospital ke sekarang?"
"nak tunggu pai bila?"

bila ramai yang sugest tunggu dulu, so aida tak terus pergi. Just rehat kat rumah. Mood standby je.


Eh lupa plak nak bagitau. Waktu ni, irfan dah di pinjam kan ke kampung. Malam tu sakit masih di tahap bleh tahan lagi n semakin lama semakin kerap. Malam tu bila tengok aida cam tak senang duduk,husband bagitau, "kalau malam ni tak bersalin jugak, sok kita admit wad je k. Takpe la kalau pikir pasal duit. Duit boleh cari. Yang penting anak n syg selamat.Kalau kat wad, nurse bleh tengok2 kan".So lepas subuh kami keluar rumah, g breakfirst dulu kat larkin untuk bagi tenaga. Mana tau dia trus suh masuk labor room ke. Pastu terus g hospital. Sampai hospital masih 2cm jugak...hadoiiiii dah 2hari masih 2cm. Pastu doktor Noraini cakap, "ye Aida..dah 2kali datang ni..So kita akan 'lepaskan' hari ni jugak ye". So bermula la aku di induce pada pukul  9am.. Dr.Noraini bagitahu dalam pukul 4pm aku bersalin. Bila dengar dia cakap kul 4pm, ooomakaiiiiii lamooooonye. Waktu tu asyik cakap ngan husband takutnya.Ditambah plak teringat rasa sakit nak bersalin si Irfan dulu. Huhuhu. Then bila aku tengok jam dah 10.30am, aku pun hairan kenapa tak sakit lagi. Cuma rasa sakit cam biasa sebelum tu je. Sempat aku request nak g toilet nak buang air kecik. Bila dekat kul 11am, baru la aku rasa sakit. Waktu ni memang aku tak lepas dari sedut gas orthonox. Eh yeke namanya orthonox. Ala yang pasti gas tahan sakit tu la. Baru rasa kurang sakit.11lebih nurse cek jalan baru 6cm n dia cakap awk jangan kemut. Aku pun konfius maksud kemut dia camne. Sebab aku rasa aku tak kemut pun. Pastu dia ajar aku cara bernafas untuk tidak kemut. hahaha sebenarnya sampai kesudah aku tak faham maksud kemut dia apa. Bila nurse ajar teknik bernafas, aku teringat drama-drama melayu kalau nak beranak camne. So aku wat la macam mana yang aku selalu nampak kat tv tu. Hahaha aku rasa mesti kelakar gila kan muka aku waktu tu. Sebab aku selalu gelakkan muka orang yang wat teknik tu masa nak beranak dalam tv tu. Sib baik husband tak amik gambar. Sebenarnya teknik bernafas yang nurse ajar tu aku tak dapat tangkap sangat. Maklumla, ajar time tengah sakit. Mana nak masuk otak. Tu yang aku apply cara yang dalam tv tu. Entah betul entah tidak. Tapi aku rasa teknik tu sangat berkesan sebabnya tak lama pastu jalan aku cepat sangat terbukak. Dalam 11.40-11.45 tiba2 aku rasa cam nak berak. Aku bagitahu la nurse yang aku nak berak pulak. Pastu nurse cek jalan dah 10cm. Kengkabut doctor kat bilik sebelah datang sebab dia sebenarnya tengah standby orang bilik sebelah nak bersalin. Sempat lagi dia bercerita, "saya ingatkan orang sebelah bersalin dulu, sebab dari tadi dah tu",sambil dia betul2kan kerusi ambik tempat duduk depan aku. Bila aku bagitahu nak berak sangat dah ni, dia kata takpe,berak je..hahaha sebenarnya takut gak kalau terberak betul. Pastu bila aku teran je, kuar la si qisya 2.9kg itu tepat 11.55am pada 16 April 2012.. Haa lagi 5minit tengah hari buta. Alhamdulillah sangat. Sebab Allah permudahkan bersalin Qisya. memang aku rasa sangat mudah compare bersalin Irfan dulu. memang jauh beza rasa sakit nya. Sakit pun tak lama, n luka pun takde. Memang takde jahit langsung.



Ni gambar hari ke2..time nak balik







Keesokkan nya baru la Illi Farzana lahir.




16hb April jugak merupakan hari jadi mak. So birthday girl hari tu dapat hadiah yang sangat istemewa, iaitu cucu baru. patut la qisya tak nak lahir 14hb tu, rupanya nak tunggu sama hari lahir dengan nenek dia. 3hari sebelum tu pulak 13hb april, anak abang ke2 aku pun bersalin. Dalam bulan yang sama , mak aku dapat 2 orang cucu.

YAHOO MAIL.....









Haaa tercengang sekejap.. Kenapa la baru sedar hari ni.

Patut la selama ni kenapa la kalau bukak YM, notification untuk email yang masuk banyak. Bila bukak email tengok, pesal cam sikit je. 

Kadang tu bila ada orang hantar email, mesti tak masuk kalau dia nye email tak save dalam list address kita. Kecuali kalau aku yang hantar dulu, pastu dia reply, baru masuk email tu.Tapi ada certain kes masuk la plak walau email add tak save. Confuse... Dah lama sangat benda ni berlaku. Ingat kan sebab email terlalu banyak. Pastu gigih mendelete email2 lama.

Hasilnya still sama jugak. Pastu sampai kena create new email. Yang new email tu tak de plak masalah camni.

Tadi entah macam mana, terclick situ "Folder", baru lah terjumpa semua menatang tu. huhu. Memang selama ni bukak email just tengok email masuk. Tak amik port untuk benda2 lain.

Ish2.... Wat malu je..Hahahhaa





**p/s: minta maaf ye pada yang bertanya pasal barang n jubah tru email,tp masuk dalam folder tu, minta maaf bebanyak. kalau yang masuk folder inbox, semua selamat di baca. yang tak harap maklum.

**p/s: lagi 1pasal jubah2 dari indon tu, wat masa ni aida dah tak bukak order untuk tolong belikan kat member tu. so jangan request lagi ye. kalau next time ada bukak order, akan di maklumkan kelak ya. TQ

Friday

ANAK SUSUAN



Hari ni baru naik kerja setelah bercuti 5hari di kampung.. Perkara paling malas ialah nak start mula kerja balik..adoiii memang urat rasa kejang2 je nak bangun pagi tadi n nak g keje. Kat opis pun macam xwujud je jiwa ni kat opis. Jasad je ada kat cni. Huhu.


Tak sabar nak balik ni sebab nak makan doyan..erkkk tak senonoh kan mak orang ni..


Hahaha. Tu kepala asyik terbayang bayang durian dirumah. Ondway blik cni semalam singgah bli durian tepi jalan . Durian kampung. Semalam hanya mampu makan 2biji. En.somi plak cuma makan sebiji. Wahh aku yang kurus ni lagi kuat makan. Semalam bli 10kg. Makan berdua ,tapi beli tak hengat pai 10kg. Ok balik ni bleh mamam durian lagi ye..


Ok berbalik pada tajuk, insyaallah ahad ni member nak amik stok ebm, dan selepas tu aida akan ada anak susuan.Yeaaaa, ada anak instant. 3org anak dah selepas ni. Alhamdulillah.


Nama bakal anak susuan tu Ili Farzana. Lahir beza sehari selepas Qisya. qisya lahir 16 April 2012, Farzana 17 April. Bersalin pun di hospital yang sama, Hospital Pakar Putri JB.


Sebenarnya ayah farzana tu kawan ayah qisya. kawan sama belajar kat university. Harap ahad ni diorang jadi pickup susu.Harap xde apa2 halangan,sebab sebelum ni pernah nak ada anak susuan,tp waktu hari kejadian nak pickup susu,ada masalah  yang menghalang. So tak jadi.

Sebelum ni aida dah lupuskan banyak ebm since deep freezer pun dah penuh n susu tu pun dah dok diam lama dalam tu. Bila deep freezer mula penuh, jadi malas nak wat stok n mula kurangkan aktiviti mengepum. Since deep freezer dah mula kosong, n bakal ada mulut kecil yang akan minum susu aida, so kini dah bertambah semangat untuk mula rajin balik mengepum n membuat stock.




Dalam botol2 ni 5oz setiap botol


Dalam pack plastik ni plak  8oz-12oz. Mostly aida letak 10 oz sebab senang nak kira n nak jimat plastik sebenarnya.




Ni  gambar ebm yang di lupuskan bulan lepas. Waktu nak lupuskan ni, ada gak terpikir nak wat mandi ke baby utk dapat kulit yang cantik sebab pernah terbaca kat group ada wat camtu. Tapi bila pikir balik, tak mau la amik risiko. dibuatnya kulit yang sedia chomel si qisya tu jadi pelik or alergik, baik tak payah..


Ok lah dah kul 4lebih.. Kul 4setengah nak wat closing. Nak caw dulu g pantry basuh pum .Td kul 3.50 br siap pum sesi petang. Alhamdulillah kat opis ni hari ni dapat wat 3 kali sesi mengepum time rehat.


Mujur office ni ada 3 sesi rehat. Tea break pagi, lunch time, tea break ptg. Tp tea break tak lama, pagi cuma 10minit, petang 20minit.


Tapi tea break pagi aida tak mengepum,time tu aida guna g bli makanan kat bawah untuk menu lunch. So time lunch, pum sambil makan. Pagi klu sebelum g kerja sempat pum kat rumah, pum dulu sebelum g kerja. Kalau tak, sampai2 office, trus pum dulu.


Hari ni cam biasa  tak sempat mengepum sebelum g kerja. Hari ni bangun lambat sebab liat nak g kerja. Hehe. So pum kat office.


Alhamdulillah sesi pagi dapat 12 oz (mungkin penangan makan durian kot). Hahaha.. Sesi tengahhari dapat 10oz n yang petang ni dapat 5.5 oz.

Chaiyok2 aida..semoga lepas ni lebih rajin mengepum n semoga rezeki susu ku pasni lebih meriah untuk anak2 ibu qisya n farzana..Aminnnnnn

Saturday

STOK SOLID FOOD



**Mak aiiii punya la lembab update blog..
Asyik tak menyempat je nak update blog.



Baru taip skit, ada kerja tinggal..Baru upload gambar,tiba2 hang,tinggal. Minggu ni agak bz jugak. Kesudahnya 1entry mkn bhari

Berbalik entry sebelum ni, konon2 yang ada azam baru ni.

Bukan nak berniaga pun. Haha.
Berazam nak masak special food untuk abg irfan n qisya dengan lebih rajin & nak masak untuk ayah irfan dengan lebih rajin jugak.. Hahaha nampak sangat terlebih rajin kan sebelum ni...


 
Nak wat camne mr.M ni ada je kat memana..

Sebenarnya since qisya dah start makan solid food, gigih nak wat solid food untuk qisya. Teringat zaman solid food irfan dulu. Tiba-tiba sedih sebab br sedar yang mak irfan ni dah lama tak apply special food untuk irfan.


Since irfan dah setahun setengah, dah lama tak buat home made food (air tangan ku sendiri) untuk irfan bawak ke rumah BS dia. Waktu tu aku dah start pregnant qisya. Sebelum tu, memang tiap2 pagi gigih masak untuk bawak bekal untuk si irfan.


Sejak 2thn stgh plak, weekend pun xde special food. Just makan same food mak ayah dia je. Cuma bezanya tak pedas. Teruk nya la rasa. Rasa macam mengabaikan dia plak bila dah jadi abang. Maafkan ibu ye abang irfan. ok ibu berazam baru ni abang sayang..

Since qisya lahir plak, bila hari kerja,memang jarang dapat masak kecuali weekend. Balik kerja memang tak sempat nak masak sebab dah penat n si kecik nak perhatian n kadang-kadang nak bergantung kat tetet ni.


Waktu awal-awal tu masak jugak la, tapi makan malam nye lewat la gamak nya.


Tapi since qisya dah mula melasak n kuat menyusu, masa yang ada selepas waktu kerja sungguh terbatas. sampai rumah dah pukul 6. Mandi, sembahyang, layan anak skit, pastu masuk maghrib. Tu belum qisya nak bergayut lagi. Kul 7setengah - 8 br bleh start masak. Tu yang kami banyak makan luar je bila hari kerja. Kadang en.somi tolong msk.

So lepas ni kena lebih rajin. So untuk membantu kerajinan ni, semua yang nak dimasak n diguna mesti diprepared awal2.


Konon nya last weekend g shopping barang dapur n bekas2 untuk storage bagai, wat stock. Tu inspired dari blog aty. Thanks aty. Aty,aku siap g Daiso ok..Haha. Tapi tak banyak pun borong kat daiso tu.
Pasal solid food untuk qisya n special food untuk abang irfan dapat inspired dari blog maghfarah & dari website homemade baby food

Dan hasil nya, minggu ni dah rajin masak special food abang irfan n qisya. Minggu ni jugak berjaya tak makan kat luar ok.. Hehe, tapi tadi malam dinner en.somi yang masak sebab kepala ni pening sangat. Lately kerap pening kepala, tak tau kenapa. Pregnant ke ek..Eh jauh sangat tekaan tu. Prot ngan kepala jauh sangat.Haha.  Nway thanks en.somi tolong masak.


Tapi sorry la ye takde gambarnya. Kalau dah masak klang klibut, mana sempat nak capai kamera bagai.. cuma bleh cakap abang irfan suka makan, terutama bila mak dia masak ABC ni ke dia. 2 hari dia request nak makan ni.

Jom tengok apa stok basah yang ada untuk minggu ni n stok kering untuk bulan ni


Vegetable alphabet
Couscous
Organic oats (instant baby oat)
Quinoa



Haa ni beras perang yang telah direndam ngan lemon 8jam, pastu sangan dalam kuali, pastu blend sampai jadi camni. nak ayak bleh, xnak ayak pun bleh..


2minggu pertama dulu aida ayak, skang ni dah tak ayak sebab nak dapart texture kasar2 skit sbb nak ajar dia kunyah.



Ok yang nak dibuat puree, semuanya aida steam je. Tak rebus pun. Kecuali avocado aida xsteam or rebus pun




Ni puree brokoli & carrot




Apple pun steam je


Yang dalam bolat2 tu puree kacang peas.
Yang dalam bekas empat segi tu puree apple n avocado





 Ni olive oil untuk titis dalam bubur bb. Masukkan sikit dalam bubur yang dah siap di masak bila dah matikan api.

Sebelum ni pernah terbaca, yang zat olive oil ni akan mati kalau kena suhu yang tinggi. Seeloknya bila nak hidang, baru titiskan minyak olive oil dalam makanan baby or makanan kita yang dewasa ni.



  Antara stok lain yang tak ada gambarnya,

stok ikan bilis. Cara nak buatnya,ikan bilis dibasuh n di sangan n di blend.

Cheddar cheese

Yogurt

Fresh Milk


Cheese , yogurt, n fresh milk tu bukan untuk qisya. qisya lom bleh makan tu semua. Tu stok abang irfan.


Ni sementara menunggu ibu n ayah bersiap.



sikit lagi dah bleh terjun.  Tak sempat nak turun kan level katil ni.


Bawah ni gambar lama waktu introduce dia biskut bb.

Tu siap parking biskut kat tray sebab nak main jap.


Yang ni pun dia bleh parking dulu biskut,pastu main jap. Cubaan untuk bukak sit belt dia.. 




Muka kekenyangan




Ni abang irfan yang lately ada "ragam" skit..




Abang irfan skang suka cakap, "jangan nakal2, nanti Tuhan sayang"..





Qisya yang tengah melasak. Abang dia tengah tidur pun, dia lanyak je.. Oittt anak dara, watpe tu..



Korek telinga abang jap




Sesuka hati dia nak cross kat abang dia. Jalan shortcut ye. Hahaha.





*p/s:lepas ni berazam nak rajin update blog..haha..bleh ke.

Friday

AZAM BARU SEBELUM TAHUN BARU..




Hari ni aku ada azam.. jangan tak percaya ya yang mak irfan n qisya ni ada azam baru..

hahaha


memang jarang nak buat azam baru


ok, demi untuk cuba jadi yang lebih baik

untuk jadi mak yg lebih baik buat irfan n qisya 
&
demi untuk jadi isteri yang lebih baik untuk en.husband,



saya ada azam baru.


azam tu akan cuba di usahakan start malam ni..

balik kerja, amik anak, mandi, semayang, bagi anak makan n minum susu, sembahyang magrib plak, siap2 pastu


      Ok en.somi,jom kita g Tesco. mak nak nyopping barang skit untuk memulakan azam baru..


     Sok pagi2 plak nak ajak g Jusco Bukit Indah untuk nyopping lagi barang untuk melengkapkan azam ini..hehehe.


Erkkkk, agak2 apa ek azam budak ni.. berazam menghabiskan duit sebanyak mungkin ke hapo ni.. asyik menyopping ajo..


Tak nak cakap la apa azam i kan. kang tak menjadi,buat malu eden jo..Just tanam niat dulu. Misi akan di mulakan malam ni. InsyaAllah...



p/s: "hijrah itu pengorbanan,pengorbanan. Hijrah itu perjuangan,perjuangan". eh tiba2 nyanyi lagu nasyid maal hijrah plak....