Wednesday

YaAllah Bukalah Pintu Rezeki Ku

Dup dap dup dap....

Ya Allah, kenapa lahh hati ni risau n berdebar2 sangat ni.. Adakah sebab interview semalam or adakah sebab lain... Ya Allah tenangkan la hati ku ini. jangan lah ada apa2 perkara buruk yang berlaku.

Pasal interview , semalam aku ada attend 2 interview. Pagi kul 10 interview dengan KPJ Berhad kat Johor Specialist untuk position IT . Position ni untuk hospital Pasir Gudang yang baru buat tu. Slot petang 2pm plak, ada interview dengan MSC Cyberport Johor Bahru.jugak untuk post IT.

Aku harap sangat aku dapat position kat hospital KPJ Pasir Gudang tu. Ya Allah bukalah pintu rezeki ku di KPJ. Bukakan lah pintu hati interviewer tu utk terima aku untuk post tu. Nak sangat keje tu sebab dekat dengan rumah. Selain tu sebab better offer n bnyk benefit.

Tapi cam takut je. Sebab semalam candidate nya ramai. ada 8org. So macam takut nak letak harapan. tapi dalam masa yang sama, tetap terus berdoa bahawa ada rezeki ku di situ. Apapun keputusannya, aku redha. Mungkin ini yang terbaik untuk ku.

Selain tu jugak,sebab nak sangat kerja tu sebab nak hantar Qisya kat nursery kat taman yang sama dengan KPJ ni. So dengan harapan nursery dia dekat dengan tempat kerja. Ada aim 1nursery kat Bukit Dahlia ni untuk hantar Qisya kat ctu. Yang Irfan plak akan masuk Littlecaliph tahun depan.selang satu taman dari rumah. Dia ada tadika n day care.So masalah babysitter untuk anak2 hampir selesai. Irfan bertahan 2bln je ye sayang kat BS skang.. Qisya insyaallh masuk nursery baru awal november.

Ya Allah buka lah pintu rezeki ku untuk bekerja di KPJ. Doakan jugak ye.

Kalau tempat kerja skang, kul 6.40 dah kena kuar rumah. Pusing hantar anak rumah pengasuh dulu, pastu trus g keje. Tempat keje sekarang kena melalui higway pasir gudang. Tiap pagi kalau bawak kete tak hingat dunia. Asyik nak laju je. Drive pun dok lane kanan je. Paling hangin kalau tengah 110km/j tiba2 ada plak siput sedut bawak kete dok lane kanan jugak.. Hangin je.. Masuk keje kul 7.40. Selalu pai tempat keje 7.20..

Haaa ko bayangkan berapa jam nak sampai tempat keje skang. Hehe..xdela berjam sangat pun. Tapi perlu melalui highway pasir gudang yg kecik itu, n melalui kesesakan. Stress bila jem. Bila excident, haa ko tengok la attendance ko merah. Tu yang berharap sangat dapat keje kat KPJ pasir gudang tu. Tak perlu masuk highway. Selain tu ofcoz la sebab nak cari better job n better offer.

Slot petang pulak, di MSC Cyberport. Interview ni sangat sempoi n sangat best. Yang best nye lagi satu, bos tu plak yang suh aku confirmkan setuju ke tak dengan keje ni n offer yang diberi. Dia suh aku yang call back ke dia bg jawapan dalam masa 2minggu ni. Kalau boleh minggu depan bagi jawapan. Sepatutnya aku yang menunggu jawapan dia untuk terima ke x permohonan aku ni. Macam terbalik kod plak.

Tapi rasanya tak nak kot sebab tujuan cari keje lain adalah faktor dekat. Ke2 br kira better offer n better job. Semalam tu pergi sebab just nak test market n sebab kebetulan dia suruh attend interview hari yang sama dengan interview KPJ. Memandangkan dah amik cuti, so decide nak la jugak attend interview tu.






P/s: Eh ni tadi debaran tu dah hilang, ni tiba2 datang la debar2 ni. Wisau la plak.. Kenapa ek.. Alahhhhhaiiii..
Kenapa ni..