Monday

PETUA BAKAL IBU YANG BERSALIN

Hari ni aku banyak baca petua yang berguna terutama untuk aku yang bakal melahirkan tak lama lagi. so dengan cara post dalam blog ni, next time bila diperlukan, aku boleh view semula petua2 ni..Jom kita tengok apa petua2 nya

image cdt Google

Petua Memudahkan Bersalin.
a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi. selawat dulu 3kali...then saya berdoa..Ya Allah Engkau permudahkanlah ketika aku bersalin nanti seperti mana mudahnya air ini mengalir dari rambut ku...
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.
 msa kskitan nk brsalin,tarik nafas n tahan serta selawat 5x.ia bole mngurangkn ksakitn n mmdahkn brsalin.jgn lupa jg yg pling mmudahkn brsalin minta k'ampunan suami sgla dosa n minta suami doakn smga slamt n dprmudahkan sglanya.insyaallah:)
wallahualam...
 
 
Petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat bagi ibu-ibu selepas bersalin :-
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama ...
nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus..

info : LAMAN PETUA NENEK




Petua Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang
Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan
bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh