Tuesday

URUTAN BABY

Setelah sekian lama tak menulis di blog,
setelah sekian lama tak g keje,berpantang,
setelah sekian lama tak pum susu,
setelah sekian lama tak basuh pum susu n botol..
setelah sekian lama tak bangun tiap 2jam setiap mlm,
setelah sekian lama aku rs relax banyak...

eh ni apa bnyk sangat sekian lama

tp

kini aku nak mula menulis di blog
kini aku dah start keje, hari ni hari ke 2 dah
kini aku pum susu bila perlu tanpa jemu
kini hari2 aku ngadap basuh botol2 n pum slalu
kini bila tido malam,aku kena bangun tiap 2jam
kini aku tak dapat nak rasa relax dengan banyak

tu semua sebab yang satu ni


1st day.fresh from oven

2nd day

49th day

 
50th day

2 month





si kecik ni nama nye Qisya Zulaikha
adik kepada mohammad irfan harith.


Semalam hari pertama Qisya kat rumah pengasuh.Macam-macam pikir bila nak hantar dia kasi orang jaga.
korang yang ada anak kecik n mula bertugas pun,tentu rasa apa yg aku rasa sekarang.

dulu waktu irfan lahir,aku berhenti kerja. Selepas 6bulan, baru aku keje balik. tp bila Qisya,br umur 2bulan,aku terpaksa relakan untuk orang lain jaga sementara aku g kerja. Ikut hati memang tak nak bagi orang jaga, sebab ye la,skang ni macam-macam dengar kan. So hati ni macam tak percaya pada org lain jaga. Tapi apa kan daya, aku kena dan mesti yakin n percaya pada pengasuh untuk jaga Qisya.

Lagi pun setakat ni pengasuh jaga irfan dengan baik. Dulu dia cuma jaga irfan seorang. Sekarang cuma tambah sorang budak perempuan 5thn. Tu pun baru beberapa bulan lepas je. So bila tambah Qisya, 3 orang semua yang dia jaga.

Sebelum nak kasi pengasuh jaga bb, siap buat breafing. Cehhhh ayat..macam kerek je bunyi nye. hehe.
ala, just bagitau sikit-sikit pasal Qisya n jadual nyusu serta cara handle dia. Start hantar rumah pengasuh semalam, tp briefing hari jumaat lagi..punya la prepared gitu gaya. hari ahad plak, g berangkut keperluan Qisya kat rumah pengasuh tu

besen mandi
toiletries
kelambu tutup
bouncer
tilam
bantal orang dewasa tp nipis( sebab ibu bb ni xsuka pakai bantal kecik)

pastu semalam pengasuh kata, perlukan baby cot. Sebab bukan risau orang lain , risau abang Qisya sendiri,Irfan yang suka menerpa adiknye.so balik kerja ni nak kena g bli baby cot plak. nak hantar yang kat rumah, nanti kat rumah xde plak baby cot. terpaksa la beli yg ke 2.

Waktu sesi briefing tu jugak, aku ajar pengasuh untuk urut Qisya lepas mandi. aku praktikal kan je depan kak Ani (nama pengasuh tu). Entah dia ingat sepenuhnye ke tidak. So hari ni baru teringat nak printkan yang manual nya. Kepada korang yang nak share sama cara urutan baby ni, bleh la kongsi jugak, sumber dari johnson & johnson.






Aku memang suka urut bb dengan urutan ni since waktu irfan baby lagi. Alhamdulillah, cara ni amat membantu dalam penjagaan baby. Irfan dulu sangat senang di jaga n jarang kembung perut or meragam. selain tu, perkembangan tumbesaran dia juga sangat baik. badan dia pun cepat tembam.. skang zaman Qisya plak, so apply kat Qisya. apa pun ni semua dengan izin Allah. kita hanya berusaha, Tuhan yang tentukan. semoga anak2 kita semua,sihat2 hendaknya.