Wednesday

Nak Tukar Pengasuh

Sebenarnya cerita nak tukar pengasuh ni dah lama sangat. Sejak Qisya dalam perut lagi. Tapi nak jaga hati pengasuh punya pasal, tak tahu nak bagi reason apa,bertangguh sampai Qisya dah lahir n dah sampai 5bulan.


Sebenarnya sebab nak tukar pengasuh ni ada beberapa sebab yang tak berkenan dihati. Tapi sekali skala ada jugak bukak mulut berterus terang apa yang tak berkenan dihati. Tapi hasilnya tetap sama. ishh makan dalam betul. Bila aju kat suami, tak pe la biar dia jaga, cuma terus terang je la. tak kan la hari2 nak bagitahu. Nanti dia kata aku cerewet plak



Antara yang aku tak berkenan adalah bab kebersihan.. Tak nak la cerita panjang apa yang xbersih . cukup la aku bg tau aku bleh bg markah cm 5/10 .



Bila nak tukar pengasuh, asyik tak sampai hati je. Kesian plak nanti dia nak pakai duit ke. Pastu nak bagi alasan apa. Pastu takut untuk pengasuh lain belum tentu ok jugak. Paling takut kalau dapat pengasuh lagi teruk ke. Ishh macam2 la fikir.


Ni minggu lepas Qisya selsema teruk. Pastu weekend semalam dah mula baik. Tapi abang dia si Irfan plak sambung baten.eh betul ke eja baten tu. xkesah la. Si Irfan plak selsema teruk. Kalau tidur sampai berbunyi. Risau jadi lelah plak. Harap dijauhkan. So bila jadi camtu, konon2 bleh la bagi alasan nak asingkan Qisya n Irfan rumah pengasuh lain-lain. Sebab nanti Qisya jangkit balik. Kiranya xla bawak keluar sekaligus dua2. Waktu ni dah suka sebab ada alasan nak di beri.


Sejak bulan lepas hantar anak, husband dia asyik ada kat rumah.. Bila tanya ngan pengasuh, dia kata husband dia abiskan cuti tahun. 2 hari lepas dah masuk oktober, bila ditanya bila naik , dia gelak je. pastu cakap cuti lamaaa bila aida tanya cuti lama lg ke.



Semalam tengah hari husband aida datang rumah pengasuh tengok irfan bila dia tepon kata leher irfan cam bengkak. dah cek,alhmdllah xde pape. Pastu nak dijadikan cerita, husband eden tu kan peramah, dia g la korek kenapa husband pengasuh cuti lama. Pastu baru la pengasuh tu cerita husband dia kena berhenti keje.


Kesian nya. Anak kecik2 lagi masih bersekolah. Yang sulong SPM, yang bongsu darjah 1. Anak ada 4 orang. Semua lelaki. Walaupun dapat pampasan, agak2 berapa bulan je bertahan duit pampasan. Lepas tu mana nak cekau duit kan.


Dalam masa yang sama jugak, aku teringat cerita malam ahad lepas, 'Ku Petik Dosa' kalau xsilap tajuknya.
semoga dijauhkan perkara camtu pada anak2 ku. Semoga anak2 ku sentiasa dalam lindungan Nya. Memang seram. Rasa nak berhenti keje jaga anak sendiri. Tapi ada komitmen yang perlu dibereskan dahulu.


Bila mengenangkan husband dia dah berhenti keje, adushhh susahnya nak wat keputusan nak tukar pengasuh Qisya. Sebab kesian nanti separuh duit utk jaga Qisya n Irfan  xde. Ish jiwa kacau betul, tapi aku tak larat makan dalam hari2 bila aku balik keje amik anak2 . 


Bau kadang cam hanyir, pelipat lengan n leher qisya kadang ada daki, irfan pun kadang berdaki kat leher, cium rambut irfan hanyir, time selsema bila jemput balik,ada hingus kering. Kan baru mandi petang, aida amik kul 6,kadang sebelum kul 6 dah pai.


Takkan la baru mandi dah bau xsedap n ada daki. Ni mandi kul bp? Kalau mandi paling awal kul 4pun,sure masih wangi n xsempat daki nak duduk.


 Aida supply shower gel baby yang sama cam kat rumah. Kalau mandi guna sabun tu,wangi sabun tu saja boleh tahan 3-4jam Kadang lebih. Kadang2 tu seharian bau shampoo kat kepala irfan mandi pagi punya masih berbau pai petang. Bila hr keje dok rumah pengasuh,bau2 tu semua xde.Ke budak2 ni xmandi? Ke mandi main jirus je , xsabun n xgosok2? grrrr..


Aida bila geram tengok anak camtu, balik aida mandikan irfan n qisya lagi skali. Pernah aida tanya kenapa irfan ni berdaki teruk? Sabun mandi irfan dah habis ke kak? Kenapa diaorang ni bau xwangi?


Pengasuh jawab tadi irfan main2 lepas mandi. Lorrr kalau main2 lepas mandi,kurang 2jam, xkan la daki gitu gaya. Adushhh


Tu belum cerita peralatan yang aku supply. Botol2.  Tilam n bantal. Haa tilam n bantal aida akan amik sminggu skali untuk basuh. Last week punya cerita, siap ada muntah kering qisya kat sarung bantal dia. Macam xberlap or basuh. Pastu ada taik kuning.kat bahagian bawah tilam pun ada, atas pun ada..


hadoiiiiiii.. Bengang betul.. Atleast kalau dia muntah, cepat2 la lap ngan kain basah or tisu basah. kalau kotor sangat, g la basuh. sementara aku amik petang tu,lapik la bantal ngan napkin ke apa kain ke dulu sebelum aku bawak ganti sarung bantal lain. Ishhh...


 Tu belum kira dah bp hari benda alah kotor tu dok atas bantal n tilam tu. Adushh sian anak2 aku.. Asal balik je aku menrungut. Dah bagitau masih cam gitu. Tu yang aku xtahan.


Picagari bagi makan ubat xpernah nye berbasuh kalau aku supply ubat. kalau balik aku nak basuh barang2, sisa ubat tu masih ada. Apa salahnya trus jirus. Eh ni dah terbagi tau apa yg xberkenan bab bersih2 ni.. Td kat ats cam xnak cite kan..hehe..nasib la.


Hari ni rumah pengasuh xde elektrik. memang dah bg notis awal. So aida wat keputusan letak qisya kat pengasuh kawan. Just irfan je ngan dia sebab irfan dah besar skit. Kalau panas,bleh bgtau ke apa. nak letak dua2 rumah pengasuh kawan tu, cam kesian. Lagipun irfan selsema. Takut bwk virus plak.

Pengasuh ni setuju nak jaga qisya trus bila dia jaga setakat ni,dia kata senang nya jaga qisya. xmerengek pun. main sendiri guling2 sendiri. bagi susu trus nak tido. Pengasuh ni memang tau aida nak cari pengasuh baru, kawan tu ada cerita kat dia.


Tu yang td bila call dia kata kalau camni senang, biar dia la jaga qisya. Alhamdulillah. suka dengar. Aida pun memang suka cara dia jaga anak. Sebelum ni irfan bila pengasuh cuti, memang aida pernah tumpangkan kat pengasuh ni. memang dia jaga tip top n pembersih. kalau basuh botol tu, memang dia basuh ngan air panas skali. Anak amik pun wangi je n ceria je.


Sebelum qisya kuar n sebelum qisya jd rasanya dl pernah tanya, tp waktu tu dia xdpt jaga sebab ramai 4 org. Tp ni dah bnyk yang xde kat rmh, dah g sekolah. just transit je. Suka nya bila dia offer. Alhamdulillah.


So minggu ni macam nak trus hantar qisya kat sn. Lagipun jumaat ni pengasuh nak minta cuti. so wat keputusan sok n lusa anta rumah pengasuh ni je la.next week trus bgtau tukar qisya ke sana. Irfan just pai hujung thn ni je, pastu nak trus masuk nursery yang ada tadika. Next year irfan nak sekolah.  Hati cam nekad, tp dalam masa sm kesian sebab husband dia xde keje lg. Pape tunggu next week cite seterusnya..huhu.







p/s: betul x ek keputusan aku ni? Bleh bg idea xnak cakap camne ngan pengasuh ni?dalam masa yang sama, nak jaga hati dia juga alasan tu.