Monday

DOA & AMALAN KETIKA MENGANDUNG SERTA DOA-DOA YANG BAGUS UNTUK DIAMALKAN

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah
kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.


SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.


SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.


SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.


Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Sumber

Friday

SUSU..SUSU..SUSU..

Td malam, lepas magrib keluar g JJ untuk beli susu sebab nak tukar balik susu irfan. awal bulan hari tu, selera makan irfan macam menurun dan susah sangat nak bagi makan nasi. tp makan kudap2 lain memang dia makan macam biasa, macam biskut n roti. pastu tengok kat iklan tv susu sustagent untuk anak yg susah nak makan. memang kuasa iklan betul la. so aku pun try la bli. masalahnya nak cuba bukan reti nak beli sikit2. trus bli 5 kotak. memang waktu beli tu dengan muka confident amik je macam biasa trus susun dalam troly.

kotak pertama, aku tak perasan sangat perubahan nya. so aku rasa ok kot susu ni.cuma skali skala sehari di poo poo smpai 3kali.. masuk kotak ke2, kadang2 poo poo dia jd cair skit n dah mula menunjukkan warna gelap. tp poo2 cair dia skali skala je. so aku assume dia mungkin salah makan. bila msuk kotak ke3, poo2 dah jarang warna kuning macam biasa. skang warna poo2 memang asyik gelap je. hijau gelap, coklat. dan pernah tu warna agak kehitaman. memang risau. tu yang nekad trus ajak suami g beli susu. so ada berbaki 1kotak blom bukak, n 1kotak yg br bukak pg semalam. kiranya br 2x bancuh je yg kotak ke 4 tu.

so irfan td mlm dah mula minum susu asal FM dia iaitu Nan Grow 3. Selepas dia stop breastfeeding dl, setelah bermacam2 FM introduce kat dia,semua dia xnak sehingga la bg test susu NanPro3 ni br dia nak FM. sebelum ni nama dia NanPro3.br beberapa bln ni je tukar nama. Tp bila dah lama2, bila cuba introduce susu FM lain,dia sapu bersih je. so xde memilih FM sgt.


Aku suka beli susu Nan ni kat JJ sebab bagi aku harga NanPro3 kat JJ murah, RM32 utk pemegang Jcard. klu non member, rm 39.90. memang bila nak bli susu, mesti g JJ. Klu g Tesco memang mahal. Ada skali tu, g JJ nak beli susu ni, pegi2 xde stok. 2hr kemudian g lagi, pun masih xde stock. Jd aku n husband pun tukar Friso sementara waktu. memang dia rasi ngan Friso. kemudian bila nak cari balik susu Nan tu, tengok harga rupanya dah naikjadi rm 39.90 untuk 700g tu walaupun untuk member Jcard. so agak nya dia keep stock untuk naikkan harga la tu kan. so aku decide trus guna Friso gold sbelum bertukar ke sustagen tu. waktu tu Friso harga dia rm45.90 untuk 900g, tp dalam tin. rabak gak la waktu pakai friso.tp susu tu mmg bagus dengan irfan. bila fasa dia xnak makan hr tu,br cuba sustagen. ingatkan bleh jimat minum sustagen, rupanya anak xrasi plak minum sustagen.


td malam nak kuar bli susu Friso, skali g JJ tgk harga Friso 900g tu rm49.90. wawwwww..terkentut kat rak susu tu.. Tp nasib baik NanPro3 nya harga dah kembali asal rm32. lega makkkk. apa lagi, aku pun rembat la banyak2 susu tu. hehehe..

13 weeks 5 days.



Excited nya aku bila g scan  baby tempoh hari bila nampak baby yg dah mula aktif bergerak2. aku nampak kaki, tangan, badan, n muka nya bergerak2. speechless ...
Perasaan macam baru first time mengandung plak. Syukur alhamdulillah kerana aku diberi rezeki dan nikmat ini untuk kedua kali nya
.
Pemeriksaan aku hari tu menunjukkan HB aku naik dari sebelumnya hanya 11.3. Seram gak mula2 sebab baru awal kehamilan HB dah rendah. Pemeriksaan terbaru ni HB aku 12.9. Kalau mengandung sebelum ni, 1st time disahkan mengandung, cek darah, HB aku 14. Mungkin kebelakangan ni rutin makan aku tak teratur. Selain makan tak teratur, 10 minggu pertama aku tidak mengambil sebarang supplement atas nasihat doktor kerana aku disarankan makan duphaston selain folic asid untuk kuat kan rahim kerana kes keguguran sebelum ni. Kemudian barulah aku amalkan set lengkap shaklee, HB aku mula meningkat.

Sepanjang kehamilan ni, aku tak boleh langsung makan ayam. Bau org goreng ayam pun aku dah nak muntah. Tengok ayam plak jadi kembang tekak aku. Cian ayam tu tak bersalah. yang bersalah org jual ayam sebab harga ayam dah naik. huhu. xde kene mengena. Tp hanya ayam n asam je yang aku tak bleh nak telan sepanjang kehamilan ni. kalau sebelum ni, ayam n asam memang aku bedal je. Kalau sebelum ni, setiap minggu mesti beli ayam sekor buat stok dlm peti. kadang2 blom sampai seminggu,dah kene restok ayam. kesimpulannya menu ayam tu memang menu wajib la dlm seminggu.

sekarang ni aku asyik makan ikan je..paling xpun tukar daging sekali skala.kalau tak pun,aku makan udang. tapi udang pun aku dah mula xberapa suka. dah mula mual plak tgk udang. dulu bulan pertama, aku cuma request makan ikan yang isinya putih2 je..ikan merah,ikan siakap,ikan talapia merah.ikan yg ada skit2 hitam2 isinya aku xmakan.macam ikan tongkol,ikan caru..huhu..memang memilih gila..rabak gak la husband nak melayan bini dia yg ngandung ni. tak tau la kenapa ngandung kali ni cerewet sgt. sampai husband cakap apa, "oo tu ngandung baby girl kot. tu yang cerewet cam ibu dia". huhh,dengar 1st sentence word, dah berbunga riang, baby girl. tp next sentence word,keluar asap kat telinga..

tp dulu mengandung M.Irfan Harith,memang mudah je segalanya. xde memilih makan2 ni. semua sapu bersih. rasa mual, mabuk memang langsung xde. yela,org tua kata, lain anak, lain pembawakan nya. ye x. xpe la, yang penting baby kat dlm ni sihat kan. kalau baby kat dalam ni boy, bleh jd kawan bermain abg irfan. kalau gegirl, wawwww,bleh geng ibu plak. baru adil. dlm rumah tu nanti 2 boboy, 2 gegirl..yipppiieeeee..

bestnya kalau dapat. memang mengaharap dan berdoa agar kandungan ke2 ni dapat gegirl plak. tp itu semua kerja Allah. yang penting, anak ibu ni sihat tubuh badan nya, cukup sifatnya, baik rupa parasnya,baik akhlak nya, jd anak yg soleh/solehah..alhamdulillah. jantina xkesah la. yg pasti, tetap anak ayah n ibu.kan kan baby. Sayang anak2 ibu..


TENANG NYAAAAA...

Td tengah boring2 kat office, belek2 la gambar irfan yg ada dlm PC ni. tersenyum sendiri td bila tengok balik gambar2 irfan waktu bayi..

aida suka sangat tengok gambar irfan terutama nya gambar dia tengah tidur.. tp memang paling suka gambar dia tgh tidur. muka nampak tenang je..hati yg gundah gulana pun leh jd tenteram. ecehcehhhh ayat... :)









Bg ibu2 yang lain, tentu berperasaan samakan bila tengok muka anak time tidur terutamanya..

ermm,,aku skang pun rs nak tdo gak la lps mkn ni... zzzz

Wednesday

Perkembangan yg kian mengembang....

Alhamdulillah..kini kandungan aku dah masuk 3bulan lebih.. semoga baby dalam perut ibu ni sentiasa sihat n selamat..xsabar rasanya nak tunggu baby 9bulan n nak tunggu kelahirannya..perasaan macam baru mendapat anak pertama. Tak sabar nak mengulangi detik penyususan buat adik irfan pulak.. rindu saat nak mnyusukan.

Irfan bakal jadi abang. jgn nakal2 ye sayang. jaga adik elok2..wahh bila cite pasal irfan ni, tengah imagin irfan yg sangat aktif dan lasak tu akan berdepan ngan adik kecik..agak2 apa la dia buat ngan adik dia nanti.. irfan abang yang baikkan..

Seperti biasa, aku mengamalkan pengambilan vitamin shaklee sepanjang aku mengandung ini. B comp, vit C, Vitalea n Ostematrix.. Selain vitamin 4serangkai ni, aida juga consume ESP n Mealshake. Dapat rasa perbezaannya bila ambil mealshake & ESP ni skali. Perut tak rasa lapar sgt dan badan lebih bertenaga dari biasa. Aida bila mengandung,untuk 3 bulan pertama, memang asyik lapar je. alhamdulillah aku takde mabuk2 or morning sicknes. cuma bezanya, perut asyik bergendang je minta diisi. asyik nak makan. kadang2 mulut dah rasa malas nak makan,tp perut lapar. sebab tu sy amalkan mealshake n ESP diawal kandungan lagi. bila sy consume kedua2 ni, boleh cover sy nye perut dari asyik bergendang.. tp kalau terlupa nak minum sebelum g office,sure dah macam ada pancaragam dlm perut.

Aida bukan la pengedar tegar shaklee. sekadar pengguna setia dan gemar berkongsi kebaikan vitamin ini pada teman2 dan saudara mara yang memerlukan. Aku mula makan vitamin ni semua sejak menyusukan irfan. aku akui dan nampak sendiri hasilnya pada irfan. selalin membantu dalam menjayakan penyusuan dengan menyumbang peningkatan pengeluaran susu kerana membuat badan lebih bertenaga n bersedia menghasilkan susu, penambilan vitamin ni juga memberi kesan pada anak yang kita susui. Dan juga dengan izin Allah juga..jgn lupa benda ni!

Perkembangan irfan sangat membanggakan. dengan berat badan yang sangat bulat,selain taraf kesihatan nya juga sgt baik. irfan jarang demam. selera makan nya juga sentiasa ada. waktu tido nya juga sgt lena dan jarang terganggu. perutnya juga jarang kene kembung. itu semua juga dengan izin Allah. Apapun kita sebagai manusia biasa, harus la berusaha.

Sekarang irfan dah xmenyusu ibu. so aida hanya bekalkan dia Mealshake dan omegaGuard sahaja.
Shaklee Meal Shake for Brain Alert
Shaklee OmegaGuard for Brain Alert
untuk mealshake, aida campurkan 1 scop susu dlm susu dia sehari sekali. biasanya aida bg mealshake untuk susu irfan yang sebelum tidur.  ermm apa punya ayat ni..kiranya sebelum tidur malam, kita buatkan anak susu kan.. haa untuk susu tu la letak 1 scope mealshake dlm bancuhan susu tu. 

untuk omega guard plak, untuk usia irfan 1 tahun 10 bulan, aida bagi dia 1 biji untuk selang 2 @ 3 hari. dalam seminggu dlm 3biji je. kalau sebelum ni aida kene pecahkan capsul minyak ikan tu dan tuangkan minyak tu dalam  susu dia. tp sejak kebelakangan ni, irfan dah mula makan macam tu je omega guard dia tu.. siap gigit-gigit lagi. pastu tadah tangan minta lagi.. mana boleh nak. agaknya minyak ikan tu sedap kot.. aida pun tak pernah cuba makan cam tu. huhu. mahu aku muntah kayak kalau wat camtu. aida memang failed bab2 makan ubat ni. telan ubat mesti disusuli air segelen











Friday

Jadi Tukun

Assalamualaikum..

dah lama x update blog..hari2 aku masuk blog, tp just untuk baca cite blogger2 lain.. nak click kat button new post pun malas.. ni kan plak nak taip entry..

hari ni just nak wat entry to say haiiii blogger..

mn tau pasni bleh rajin buat entry mcm org lain.. maybe bleh cite milestone bb dlm prot ni ke..

ok la..bye..cni tengah hujan lebat ni..sedapnya tidooo...zzzzz