Showing posts with label IRFAN. Show all posts
Showing posts with label IRFAN. Show all posts

Tuesday

Mohd Irfan Harith B. Mohd Hafiz

Assalamualaikum..

Hari ni nak coretkan milestone irfan. Mungkin satu hari nanti boleh buat kenang kenangan buat ibu atau mungkin irfan sendiri. 



Ni gambar minggu pertama irfan sekolah.



Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, ibu betul-betul terharu dengan pencapaian abang irfan. Irfan sinonim dengan panggilan "abang". Hinggakan sebelum ni kalau ditanya siapa nama ,  "Nama abang MOHD ABANG IRFAN HARITH"  :)



Usia irfan 3 tahun 5 bulan. Diusia ini, abang dah pandai solat. Walaupun tertib solat tu kadang2 xcukup, tetapi setiap step solat itu abang irfan dapat sertai dengan bacaan nya sekali, cuma ada pelat. Kadang2 tu bunyi nya cam kene kejar. 

"subahanarobbialazimiwabihamdi".
tapi kalau untuk bacaan sujud n rukuk, abang irfan bantai sama je.hehe.so bacaan rukuk sama cam bacaan sujud jugak. Bila tang baca alFateha, tiba waktu "waladthoooolinnnn,. Aminnnnnn". wahhh sungguh kuat dia nye bacaan sembahyang. Sampai klu kita sembahyang sama dengan dia, hampir tergugat iman coz nak gelak sama.Ingat semalam maghrib, irfan jemaah dengan ayah dia. So as imam, ayah irfan pun baca la kuat skit. So dia pun bantai kuat jugak bacaan nya. Dah macam pertandingan plak irfan buat. Yang tak tahan nya, ayah baca surah , dia pun baca surah. Tapi dia baca surah yg dia hafal dengan kuat plak tu. Rasanya sure ayah nya punya sembahyang tergugat khusuknya. :)

Irfan juga dah menghafal untuk beberapa surah dan bacaan lain.Antaranya surah Al-fatihah, surah An Nas, surah al Ikhlas, surah al Asr, bacaan antara dua sujud, tahiyat awal (bacaan lengkap untuk tahiyat akhir xlengkap lg :) ). Selain tu doa-doa harian juga,dia dah dapat kuasai. Doa makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa tidur.



Bila masa lapang atau sambil "mengala"/buat homework atau waktu dalam perjalanan dalam kereta, irfan sangat suka berzikir. sekarang zikir memang jd nyanyian dia. Sejak dia sekolah ni, jarang ibu dengar irfan menyanyi lagu2 yg kebiasaan budak tadika nyanyi. Kalau sebelum ni bila jumpa anak buah sebelah suami(maklumla anak buah belah aida semua kecik2.irfan paling tua), mesti ada nyanyian yg diaorg nyanyikan bila pakcik n makcik dia suh.

Semalam ibu nampak irfan sembahyang dengan tertib sekali. YaAllah, besar nya anugerah Allah. Waktu tu rasa nak nangis time tu juga . Syukur sangat2 dengan rezeki yang Allah beri ni. Dikurniakan anak yang soleh ini. Semoga anak ibu Irfan n Qisya jadi anak yang soleh n solehah. Sejuk perut ibu rasa.

Sebenarnya Irfan pandai mengaji, solat, zikir, mengenal abc, mengenal nombor since dia masuk tadika LITTLE CALIPH. Irfan masuk little caliph awal tahun , 4th Jan 2013. Waktu tu usia dia baru 3 tahun 9 hari. Syarat untuk masuk tadika ni 4y ++. Tetapi jika ikut tahun, irfan dah 4 tahun, sebab Irfan lahir 26th December 2009.

Sebenarnya aida kagum macam mana cikgu-cikgu Irfan ni didik anak murid dia. Aida sendiri cakap ngan husband, dalam masa 3bulan, kita yang mak ayah dia pun blom mampu nak buat anak hafal 1surah.


Tapi dalam masa kurang 3 bulan, banyak yang irfan dah hafal. dalam masa 3bulan pertama, irfan dah hafal doa makan, doa masuk/keluar tandas,surah al Fateha, surah al Ikhlas, kenal huruf A-Z, 1-10, zikir pendek.

Masuk hari ni, sudah 5 bulan irfan bersekolah. Semakin banyak dia tahu. Sekarang dia jugak dah pandai mengeja untuk simple word. Besar nya jasa guru Irfan. Ayah n ibu irfan pun rasanya tak mampu nak ajar dalam tempoh yang singkat untuk kuasai semua ni. Maaf kan ibu n ayah ye ababng irfan. Tapi ibu n ayah akan terus berusaha untuk didik n bimbing anank2 ibu n ayah ni. Terima kasih banyak buat guru2 Irfan. Hanya Allah yang mampu balas jasa guru2 irfan ni.




p/s: ada kelapangan, nanti ibu rakam abang irfan nya bacaan ya.

Suntikan Setahun Enam Bulan.

Selamat pagi.. Hr ni aku tak berapa sihat. tekak perit, n suara jd garau. hr ni tak dapat meneruskan puasa. niat nak puasa strait seminggu. tp takpe la. sok klu sihat,boleh puasa balik.


Semalam irfan kene cucuk untuk setahun 6 bulan punya. sebenarnya dia kene cucuk hujung bulan lepas lg, 29jun2011. Tp kerana pelbagai alasan, terpaksa tunda sampai semalam. tu pun ayah irfan yang bawa. tq ayg.


Td malam bermula la episod demam irfan kesan suntikan itu. Kalau tak silap, irfan dah lama tak demam sejak 3-4 bln lepas. cuma minggu lepas dia selsema dan batuk. alhamdulillah semoga irfan sentiasa sihat.
Td malam panas irfan,tidak la terlalu teruk. badan dia dedar2.tengah malam panas dia naik sikit. cuma tangan yang kena suntikan, memang xaktif mana n dia tak kasi sesiapa pegang tangan dia. tentu sakit.


Marah sungguh dia bila ibu n ayah dia tuam kepala n seluruh badan dia. nak wat camne,memang kene tuam walaupun dah beri ubat demam. aku risau sangat kalau anak demam.


Alhamdulillah td pagi bangun rasa badan dia dah sejuk n tak demam. lega sangat. td aku g keje, irfan masih tidur. hanya dapat cium2 budak ucuk irfan ni. ayah irfan yang akan hantar irfan ke rumah pengasuh coz ayah masuk lambat n rumah pengasuh dekat dengan office.


tb2 waktu masih dalam perjalanan ke office, ayah irfan call tanya,


"kenapa tangan irfan lebam2 ni, macam kene gatal2"


aku"???"


mula la hati ni risau gila.. td waktu cium dia waktu g keje tak perasan sebab dia lena tidur. kebetulan tangan dia bawah selimut. kul 3pagi td waktu tuam dia, belek2 dia, takde plak gatal2 tu semua.


pastu td ada member bgtau, anak dia sebelum ni pun naik gatal2 untuk suntikan ni. aku pun gelabah la call pengasuh 8setengah td.


pengasuh "haah, td waktu irfan sampai dalam kul7, memang tangan dia kiri kanan penuh merah2 yang jenis bengkak lebar2. tp skang tangan dah kurang n macam dah tenggelam. cuma tinggal kat pelipat lengan je sikit. ni skang gatal2 kat kaki sampai peha. tu irfan tengah tak berseluar la tu,dia suh akak bukak td. ni irfan tengah berebut nak makan nasi lemak ngan abg izwan"


aku, fuhhh lega skit. dengar suara dia dari dalam tepon yang bising n aktif. dengar dia nak makan. bengkak gatal tu pun tak lama n beransur baik. cuma turun ke kaki. mungkin ye kot. tindak balas ubat suntikan semalam tu yang buat irfan gatal2. 


semoga irfan cepat sembuh. 




** p/s: sape yg ada pengalaman macam ni? memang slepas suntikan 1thn 6bulan, selain demam, anak memang kena gatal2 ke????


**p/s:apa ek nak buat klu gatal2 camni? ada petua x?