Friday

SUSU..SUSU..SUSU..

Td malam, lepas magrib keluar g JJ untuk beli susu sebab nak tukar balik susu irfan. awal bulan hari tu, selera makan irfan macam menurun dan susah sangat nak bagi makan nasi. tp makan kudap2 lain memang dia makan macam biasa, macam biskut n roti. pastu tengok kat iklan tv susu sustagent untuk anak yg susah nak makan. memang kuasa iklan betul la. so aku pun try la bli. masalahnya nak cuba bukan reti nak beli sikit2. trus bli 5 kotak. memang waktu beli tu dengan muka confident amik je macam biasa trus susun dalam troly.

kotak pertama, aku tak perasan sangat perubahan nya. so aku rasa ok kot susu ni.cuma skali skala sehari di poo poo smpai 3kali.. masuk kotak ke2, kadang2 poo poo dia jd cair skit n dah mula menunjukkan warna gelap. tp poo2 cair dia skali skala je. so aku assume dia mungkin salah makan. bila msuk kotak ke3, poo2 dah jarang warna kuning macam biasa. skang warna poo2 memang asyik gelap je. hijau gelap, coklat. dan pernah tu warna agak kehitaman. memang risau. tu yang nekad trus ajak suami g beli susu. so ada berbaki 1kotak blom bukak, n 1kotak yg br bukak pg semalam. kiranya br 2x bancuh je yg kotak ke 4 tu.

so irfan td mlm dah mula minum susu asal FM dia iaitu Nan Grow 3. Selepas dia stop breastfeeding dl, setelah bermacam2 FM introduce kat dia,semua dia xnak sehingga la bg test susu NanPro3 ni br dia nak FM. sebelum ni nama dia NanPro3.br beberapa bln ni je tukar nama. Tp bila dah lama2, bila cuba introduce susu FM lain,dia sapu bersih je. so xde memilih FM sgt.


Aku suka beli susu Nan ni kat JJ sebab bagi aku harga NanPro3 kat JJ murah, RM32 utk pemegang Jcard. klu non member, rm 39.90. memang bila nak bli susu, mesti g JJ. Klu g Tesco memang mahal. Ada skali tu, g JJ nak beli susu ni, pegi2 xde stok. 2hr kemudian g lagi, pun masih xde stock. Jd aku n husband pun tukar Friso sementara waktu. memang dia rasi ngan Friso. kemudian bila nak cari balik susu Nan tu, tengok harga rupanya dah naikjadi rm 39.90 untuk 700g tu walaupun untuk member Jcard. so agak nya dia keep stock untuk naikkan harga la tu kan. so aku decide trus guna Friso gold sbelum bertukar ke sustagen tu. waktu tu Friso harga dia rm45.90 untuk 900g, tp dalam tin. rabak gak la waktu pakai friso.tp susu tu mmg bagus dengan irfan. bila fasa dia xnak makan hr tu,br cuba sustagen. ingatkan bleh jimat minum sustagen, rupanya anak xrasi plak minum sustagen.


td malam nak kuar bli susu Friso, skali g JJ tgk harga Friso 900g tu rm49.90. wawwwww..terkentut kat rak susu tu.. Tp nasib baik NanPro3 nya harga dah kembali asal rm32. lega makkkk. apa lagi, aku pun rembat la banyak2 susu tu. hehehe..

13 weeks 5 days.



Excited nya aku bila g scan  baby tempoh hari bila nampak baby yg dah mula aktif bergerak2. aku nampak kaki, tangan, badan, n muka nya bergerak2. speechless ...
Perasaan macam baru first time mengandung plak. Syukur alhamdulillah kerana aku diberi rezeki dan nikmat ini untuk kedua kali nya
.
Pemeriksaan aku hari tu menunjukkan HB aku naik dari sebelumnya hanya 11.3. Seram gak mula2 sebab baru awal kehamilan HB dah rendah. Pemeriksaan terbaru ni HB aku 12.9. Kalau mengandung sebelum ni, 1st time disahkan mengandung, cek darah, HB aku 14. Mungkin kebelakangan ni rutin makan aku tak teratur. Selain makan tak teratur, 10 minggu pertama aku tidak mengambil sebarang supplement atas nasihat doktor kerana aku disarankan makan duphaston selain folic asid untuk kuat kan rahim kerana kes keguguran sebelum ni. Kemudian barulah aku amalkan set lengkap shaklee, HB aku mula meningkat.

Sepanjang kehamilan ni, aku tak boleh langsung makan ayam. Bau org goreng ayam pun aku dah nak muntah. Tengok ayam plak jadi kembang tekak aku. Cian ayam tu tak bersalah. yang bersalah org jual ayam sebab harga ayam dah naik. huhu. xde kene mengena. Tp hanya ayam n asam je yang aku tak bleh nak telan sepanjang kehamilan ni. kalau sebelum ni, ayam n asam memang aku bedal je. Kalau sebelum ni, setiap minggu mesti beli ayam sekor buat stok dlm peti. kadang2 blom sampai seminggu,dah kene restok ayam. kesimpulannya menu ayam tu memang menu wajib la dlm seminggu.

sekarang ni aku asyik makan ikan je..paling xpun tukar daging sekali skala.kalau tak pun,aku makan udang. tapi udang pun aku dah mula xberapa suka. dah mula mual plak tgk udang. dulu bulan pertama, aku cuma request makan ikan yang isinya putih2 je..ikan merah,ikan siakap,ikan talapia merah.ikan yg ada skit2 hitam2 isinya aku xmakan.macam ikan tongkol,ikan caru..huhu..memang memilih gila..rabak gak la husband nak melayan bini dia yg ngandung ni. tak tau la kenapa ngandung kali ni cerewet sgt. sampai husband cakap apa, "oo tu ngandung baby girl kot. tu yang cerewet cam ibu dia". huhh,dengar 1st sentence word, dah berbunga riang, baby girl. tp next sentence word,keluar asap kat telinga..

tp dulu mengandung M.Irfan Harith,memang mudah je segalanya. xde memilih makan2 ni. semua sapu bersih. rasa mual, mabuk memang langsung xde. yela,org tua kata, lain anak, lain pembawakan nya. ye x. xpe la, yang penting baby kat dlm ni sihat kan. kalau baby kat dalam ni boy, bleh jd kawan bermain abg irfan. kalau gegirl, wawwww,bleh geng ibu plak. baru adil. dlm rumah tu nanti 2 boboy, 2 gegirl..yipppiieeeee..

bestnya kalau dapat. memang mengaharap dan berdoa agar kandungan ke2 ni dapat gegirl plak. tp itu semua kerja Allah. yang penting, anak ibu ni sihat tubuh badan nya, cukup sifatnya, baik rupa parasnya,baik akhlak nya, jd anak yg soleh/solehah..alhamdulillah. jantina xkesah la. yg pasti, tetap anak ayah n ibu.kan kan baby. Sayang anak2 ibu..