Friday

BILA BATTERY MEDELA FS WAT HAL..

Alhamdulillah.. Isnin 21 January 2013 dengan rasminya aku ada anak susuan yang ke 2. Rasa bahagia walaupun sumbangan ku kecik je sebenarnya.

Anak susuan aku ni anak kepada kawan aku tempat sama mengajar dulu. Waktu kat bilik guru duduk sebelah2. 3bulan pernah duduk menyewa bersama sebelum kawen. Bila dah duduk sama2, baru la tahu yang pakwe dia waktu tu adalah schoolmate kitaorang jugak. Tu yang hubungan kami makin rapat.

Alhamdulillah skang hubungan tu semakin rapat bila dapat jadi ibu susuan plak pada bb comel diaorang plak.


Nama baby baru aku tu Wildan Muhammad b. Mohd Hairi. Baby boy ye.
 Skang aku dah ada 4orang anak, 2lelaki, 2 perempuan..Bertuah nya rasa diri ini. Semoga rezeki susu ku terus di murahkan untuk aku sumbang buat anak2 ku.

Haaa tiba2 nak dijadikan cerita...
Wahhhh panik sekejap aku semalam. Panik sebab gadget kesayangan aku ni ada problem plak tiba2.
Dalam hati, dugaan apa la agaknya. Sebab baru je dapat anak susuan. Tak sampai 24jam, camni plak jadi nya..
Ni la gadget nya





ni la gadget kesayangan aku sejak 3thn lalu. Medela Freestyle..memang macam2 style aku dah buat dengan pum ni :) Husband aku dah lali dah dengan bermacam2 style yg aku buat dengan pum ni depan mata dia. Haha dah takde perasaan dah kalau nengok aku dengan medela fs ni. Kehulu kehilir sambil pum tergantung. Biasanya belah pagi la time nak g keje klu nak tgk aksi free style sambil memasak, gosok baju n macam2 lagi.
Hahaha.

Kalau diingat2 kan dulu waktu awal2 penggunaan pum ni di zaman irfan, memang jakun la jugak. Yang paling jakun ke dia n paling menggeram kan ke aku ialah tiap kali pum, mesti ada bunyi buuuuukk.
macam bunyi lembu tergolek pun ada gak. Tapi en.husband sangat supportive dalam penyusuan anak2 aku. Cuma bila time fasa x baligh sampai, mula la nak menyakat. Tapi xpe, i tetap luv u ayg..asemmm..


Tapi tiba-tiba dia wat hal plak. Bila nak pum terus bateri dia cam kong, kelip2 tanda dah nak habis. Padahal sebelum tu ada 3 bar bateri nya. Pastu bila cucuk charger, dia kuar plak kelip2 kat scrin tu tulis "batt" cam dalam gambar atas tu. Dah susah hati. waktu tu fikir RM RM ygang akn terbang.

Punca nya bila Qisya sebok nak tolong aku pum susu jugak. Aku plak suka amik pum ni masukkan dalam baju qisya bila dia kacau. Hehe. Terjadi nya kes ni bila qisya dok golek2 kan pum ni pai tercabut penutup bateri kat blakang pum tu bila tergolek.

Siap cakap ngan husband,
"Ayg, kalau pum ni dah expired, blikan yang baru eh. Takpe la kalau tak dapat ipad mini."

Dalam hati nak ipad mini jugak. Huarghhhhhh... Tp cam bermimpi je la kan kalau nak dua2 sekaligus.

Tapi memandang kan ni pengalaman ke 2 mengalami situasi ni, so tak risau sangat. 1st time jadi camni bila pum ni dah ber'tapa' 10 bln lepas stop menyusu irfan , n sementara menunggu kelahiran qisya.
Mungkin dah lama x beroperasi, tu yang bateri fs jadi jem kot.

So bila jadi camni, aku pun try n error je. Jadi pomen utk fs ni.

Mula2 aku kuarkan batery dia. Pastu bila masukkan bateri balik,nmpak cam longgar kedudukan dia. So aku selitkan skit kertas supaya batery tu dok dlm keadaan pegun n xbergerak dalam tu. Pastu cara mengatasi masalah ni ialah dengan mengecas nya lebih lama. Kalau boleh 24 jam. sementara tu, Kalau nak mengepum pun , kena dok sblah plug. Sambil cas, sambil pum. Lama2 batery tu ok n back to normal..

Hoyeee dah bleh pum cam biasa sambil wat aksi free style..




p/s: ni entry yg telah di buat pekasam. >..<