Saturday

CEPAT DAN SEDAP




Ok hari ni aida nak share sikit tips kalau terlambat bangun nak pergi kerja, pastu tak sempat nak masakkan untuk baby. Haha ni tips sangat berguna untuk aida.

Last week ada sehari aida terbangun lambat. Nak masak bubur memang tak sempat la kan. so waktu tu apa yang terlintas kat kepala ada lah oat.
1st: Ambil oat

2nd: Blend

3rd: Masuk dalam bekas

4th: 2 bekas puree untuk 2sesi makan. yang ni puree apple


Ok siap untuk hantar ke rumah pengasuh. Waktu ni hanya tinggal puree apple. So hantar puree apple je. Selain tu boleh juga dipelbagaikan jenis puree ikut citarasa. Biasa aida tambah 2 jenis puree.

Cara nak makan pula, ambil 2-3 sudu oat yang sudah diblend tadi masuk dalam mangkuk, tuang air panas sedikit dan kacau2 hingga rata. jangan terlalu pekat, n jangan terlalu cair. Kemudian ambil 1 bekas puree campurkan dalam oat td. 

Dah siap 1hidangan yang express..hehe. Ni gara2 ibu qisya terlewat bangun. Tapi Qisya suka hidangan ni. So time emergency, menu n cara ni amat praktikal. Tp untuk usia 7m-8m je. Lepas tu dah tak selera la kot nak tengok menu ni. Hahaha 




RASMI ANAK SUSUAN....



*entry ni dah taip rabu.tapi terlupa publish plak.so aku edit2 eh

Alhamdulillah. ahad lepas selamat menyerahkan susu ebm aida pada member. Yeaaaa dah ada anak susuan..


Selepas member tu balik bersama ebm aku itu, 1 perasaan bahagia sangat. Entah ek camne ek nak gambar kan perasaan ni. Tapi memang happy sangat. Susu aku beri manfaat pada anak kecil lain jugak. Rezeki Allah ni dapat di kongsi bersama. mungkin dari segi harta tak banyak untuk dikongsi. Sikit sebanyak susu aku mampu dikongsi jugak.



Semalam(selasa) mama kepada anak susuan aku msg bagitau yang semalam dah lengkap penyusuan 5kali kenyang. So dah jatuh taraf jadi anak susuan ku yang sah..


Dengan ini diistiharkan ILLI FARZANA sah menjadi anak susuan ku. Cehhh ayat macam istiharkan apa je kan. Tapi takpe la..layan je la. Haha.


Serba sedikit tentang Illi farzana. Lahir pada 17 April 2012, sehari selepas Qisya lahir 16 April. Lahir di hospital yang sama jugak ngan Qisya, Pakar Puteri JB dengan berat 3.1kg.

Nak cerita sikit waktu nak bersalinkan Qisya dulu. Gara-gara nak bersalin dengan Dr.Noraini dr hospital Pakar Putri tu, rela aku pilih hospital tu untuk tempat bersalin walaupun tahu hospital tu dekat sejam gak la perjalanan.. Waktu bersalin Irfan dulu, aku tak rasa sakit n tak tau rasa bersalin camne. G hospital pun sebab pecah ketuban, dah sehari dok spital pun tak sakit2. Masuk induce bawah pertama tak sakit lagi. Masuk ubat induce ke2 lepas 4jam baru start sakit sikit2,tp cm sakit macam senggugut biasa. Kat labor room masuk drip air,baru la start sakit nak beranak.

Pastu bila nak bersalin kan Qisya, tertanya camne nak standby g hospital ni, sebab nya hospital kan jauh. kalau pecah ketuban tau la jugak tandanya. kalau dibuatnya tandanya sakit, haa ni yang muskil. Hari tu baru masuk 37w, prut mula rasa sakit,so dengan lurus bendulnya terus la g spital. Sebab sakit dah 5mint skali. Tapi sakit tu aku masih bleh jalan lagi. So bila orang cakap sakit 5minit skali, pergi hospital,kami pun pegi la lepas subuh 14hb april . Pastu cek jalan baru 2cm je. Doktor dah suh admit. Tapi aku tak nak la. Costing bebbb. So kami sugest hari tu, balik rumah jap,siapkan apa yg patut,pastu nak g pusing mana2 mall n g makan2. Konon2 nak kasi cepat bukak jalan n nak g serah diri malam tu. Sebelum tu kami g makan malam sama2 ngan mak ayah Illi Farzana. Maklum la, isteri memasing tengah tunggu hari. Ayah diaorang ni kawan sama belajar kat Kuitho dulu. Bila lepas makan tu,rasa takut plak nak serah diri kat hospital. Sebab kalau g serah diri sure nurse akan selok lagi cek jalan. ishhh malas la.. Tu yang malam tu mak ayah farzana ajak bermalam rumah dia memandangkan rumah diaorg dekat ngan hospital. 10minit dah pai. Yelah,kot2 tengah malam si qisya nak keluar ke. sakit memang dah kerap. tapi bila rasa sakitnya masih boleh tahan, so aida fikir lom nak beranak lagi kot. Wat malu je kan dah tidur rumah orang, tapi tak beranak gak.. Hahaha. Pastu aida nekad la ajak husband balik rumah lepas breakfirst. Nak rehat. Tidur tengah hari 15hb tu  bila g bilik air buang air kecik, pastu ada lendir brown keluar skit. Tu pun nampak kat tisu tandas yang di lap. Pastu gelabah la call semua kekawan tanya,

"eh ni luka ke atau ni tandanya?"

"dah kena g hospital ke sekarang?"
"nak tunggu pai bila?"

bila ramai yang sugest tunggu dulu, so aida tak terus pergi. Just rehat kat rumah. Mood standby je.


Eh lupa plak nak bagitau. Waktu ni, irfan dah di pinjam kan ke kampung. Malam tu sakit masih di tahap bleh tahan lagi n semakin lama semakin kerap. Malam tu bila tengok aida cam tak senang duduk,husband bagitau, "kalau malam ni tak bersalin jugak, sok kita admit wad je k. Takpe la kalau pikir pasal duit. Duit boleh cari. Yang penting anak n syg selamat.Kalau kat wad, nurse bleh tengok2 kan".So lepas subuh kami keluar rumah, g breakfirst dulu kat larkin untuk bagi tenaga. Mana tau dia trus suh masuk labor room ke. Pastu terus g hospital. Sampai hospital masih 2cm jugak...hadoiiiii dah 2hari masih 2cm. Pastu doktor Noraini cakap, "ye Aida..dah 2kali datang ni..So kita akan 'lepaskan' hari ni jugak ye". So bermula la aku di induce pada pukul  9am.. Dr.Noraini bagitahu dalam pukul 4pm aku bersalin. Bila dengar dia cakap kul 4pm, ooomakaiiiiii lamooooonye. Waktu tu asyik cakap ngan husband takutnya.Ditambah plak teringat rasa sakit nak bersalin si Irfan dulu. Huhuhu. Then bila aku tengok jam dah 10.30am, aku pun hairan kenapa tak sakit lagi. Cuma rasa sakit cam biasa sebelum tu je. Sempat aku request nak g toilet nak buang air kecik. Bila dekat kul 11am, baru la aku rasa sakit. Waktu ni memang aku tak lepas dari sedut gas orthonox. Eh yeke namanya orthonox. Ala yang pasti gas tahan sakit tu la. Baru rasa kurang sakit.11lebih nurse cek jalan baru 6cm n dia cakap awk jangan kemut. Aku pun konfius maksud kemut dia camne. Sebab aku rasa aku tak kemut pun. Pastu dia ajar aku cara bernafas untuk tidak kemut. hahaha sebenarnya sampai kesudah aku tak faham maksud kemut dia apa. Bila nurse ajar teknik bernafas, aku teringat drama-drama melayu kalau nak beranak camne. So aku wat la macam mana yang aku selalu nampak kat tv tu. Hahaha aku rasa mesti kelakar gila kan muka aku waktu tu. Sebab aku selalu gelakkan muka orang yang wat teknik tu masa nak beranak dalam tv tu. Sib baik husband tak amik gambar. Sebenarnya teknik bernafas yang nurse ajar tu aku tak dapat tangkap sangat. Maklumla, ajar time tengah sakit. Mana nak masuk otak. Tu yang aku apply cara yang dalam tv tu. Entah betul entah tidak. Tapi aku rasa teknik tu sangat berkesan sebabnya tak lama pastu jalan aku cepat sangat terbukak. Dalam 11.40-11.45 tiba2 aku rasa cam nak berak. Aku bagitahu la nurse yang aku nak berak pulak. Pastu nurse cek jalan dah 10cm. Kengkabut doctor kat bilik sebelah datang sebab dia sebenarnya tengah standby orang bilik sebelah nak bersalin. Sempat lagi dia bercerita, "saya ingatkan orang sebelah bersalin dulu, sebab dari tadi dah tu",sambil dia betul2kan kerusi ambik tempat duduk depan aku. Bila aku bagitahu nak berak sangat dah ni, dia kata takpe,berak je..hahaha sebenarnya takut gak kalau terberak betul. Pastu bila aku teran je, kuar la si qisya 2.9kg itu tepat 11.55am pada 16 April 2012.. Haa lagi 5minit tengah hari buta. Alhamdulillah sangat. Sebab Allah permudahkan bersalin Qisya. memang aku rasa sangat mudah compare bersalin Irfan dulu. memang jauh beza rasa sakit nya. Sakit pun tak lama, n luka pun takde. Memang takde jahit langsung.



Ni gambar hari ke2..time nak balik







Keesokkan nya baru la Illi Farzana lahir.




16hb April jugak merupakan hari jadi mak. So birthday girl hari tu dapat hadiah yang sangat istemewa, iaitu cucu baru. patut la qisya tak nak lahir 14hb tu, rupanya nak tunggu sama hari lahir dengan nenek dia. 3hari sebelum tu pulak 13hb april, anak abang ke2 aku pun bersalin. Dalam bulan yang sama , mak aku dapat 2 orang cucu.