Friday

Persediaan Mom to be Untuk Menyusu bakal bayi

Assalamualaikum..

Hari ni nak wat entry untuk bakal ibu yang mahu untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti dengan susu ibu. ini juga atas permintaan teman yang mom to be .

Diri ini bukan lah kaunselor untuk susu ibu. Tapi hanya nak berkongsi ilmu dan pengalaman menyusukan 2 anak dengan susu ibu. Alhamdulillah dengan izin Nya.



1. Ketika mengandung, tanamkan niat untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti dengan susu kita (susu ibu). Doa semoga niat kita ni terlaksana dan depermudahkan. Allah maha mengetahui n maha mendengar.

2. Bersihkan puting terutama di 3rd trimester. cara mudah bersihkan selepas mandi or semasa mandi, dimana daki2 or bendasing yang tersumbat mudah dibersihkan. Bersihkan menggunakan kain napkin lembap. Selain tu boleh gunakan minyak bio oil untuk diletak diputing, pastu bersihkan guna kain napkin lembap tu. selain mudah di bersihkan, bio oil tu bertujuan untuk mengelakkan melecet pada puting.
Bagi yang bermasalah puting tenggelam/inverted niple,bleh bli alat untuk mbantu. kalau tak silap brand medela ada.bleh dipakai pasang kat niple tu.rsnya awal mngandung pun bleh start pakai Selain tu,ada certain kes,niple xjelas.camne ek nak ckp.ermm puting cam xtimbul dengan cantik.so spanjang ngandung tu,boleh tarik2 skit puting tu.dulu time ngandung anak 1st,nurse ada ajar.kalau xbleh minta tlg husband ye..hehe..yg ni xyah explain la camne en husband nak wat..18sx.

3. Persiapan utama masa ini adalah melengkapkan ilmu mengenai penyusuan & banyakkan membaca soal jawab tentang permasalahan dalam penyusuan. Ini sgt2lah membantu kerana ia akan buat kita yakin, dpt menangkis pandangan/nasihat yg kurang tepat dr orang lain, membuang rasa risau serta lebih bersedia & tahu apa yg perlu dilakukan bila berhadapan situasi2 yg rumit.

4. Nyatakan hasrat & dapatkan sokongan terutamanya dr pihak suami. Sokongan di sini bukan setakat setuju kita ingin breastfeed baby, tp lebih dari itu.Banyakkan berbincang tentang perancangan yg bakal dibuat, serta sama2 lengkapkan ilmu supaya suami juga tahu peranan & apa yg boleh dilakukan untuk membantu isteri menjayakan penyusuan. Bakal ibu boleh dptkan maklumat dr pelbagai sumber spt buku, majalah & internet. Letakkan di tempat yg mudah dilihat utk dijadikan bahan bacaan umum utk semua (suami, keluarga, org yg jg masa pantang dll). Jika sumber dr internet, boleh print.

5. Persediaan alatan seperti pam, botol2 dll. Jika ibu bekerja pertimbangkan untuk beli pam sesuai budget masing2... Selalunya double pumping sgt membantu. Selain utk kegunaan semasa di tempat kerja, boleh buat stok awal & bguna utk ransang penghasilan lebih banyak susu nanti. Kebanyakkan ibu-ibu tak nak membeli pum dulu sebab risau kalau-kalau tak guna jika susu tak banyak.
Berfikiran positif k ibu-ibu. Semua ibu sebenarnya mampu menyusukan. Jika tidak,anytime boleh let go. InsyaAllah ada yg berminat nak beli.

6. Paling penting adalah bila dh bersalin nanti cuba susukan baby seawal mungkin (terbaik dlm tempoh 1-2jam lps deliver). Kerapkan penyusuan, pastikan baby menyusu dgn betul serta elakkan penggunaan botol & memberi fm kpd bby jika tidak perlu.

Ini je lah kot yang bleh membantu untuk mom to be ye..semoga semakin ramai ibu-ibu terbuka hati untuk menyusukan anak2 dengan susu ibu.

Hanya perkongsian sedikit.semoga perkongsian ni dapat beri manfaat pada yang memerlukan





p/s: Kalau ada yang kurang, bleh la momies lain tambahkan ye.