Saturday

Kaedah Memerah Susu Ibu

Hari ni tiba-tiba nak cari info tentang pemerahan susu. Maklum la, tengah berusaha dan terus berusaha dalam penyusuan. Jom kita refresh otak bagaimana kaedah memerah.

Memerah susu ibu adalah bertujuan untuk membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja. Selain dari itu, memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu. Bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe. Selain dari itu, ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.

Terdapat beberapa kaedah memerah yang boleh dilakukan



(1) Menggunakan tangan

Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam.

Kaedah

a- Basuh tangan dan bekas yang akan anda gunakan untuk menadah susu badan. Duduk dalam keadaan yang anda selesa. Letakkan bekas tadi di bawah puting anda. Letakkan tuala basah yang suam untuk merangsang pengaliran susu. Urut payudara dan puting untuk mendapatkan refleks ejeksi susu. Tekan perlahan-lahan sambil membuat bulatan di sekeliling payudara.

b- Tekan payudara dengan lembut, gerakkan jari-jari anda dari bahagian dada ke arah puting.

c- Posisikan ibu jari dan 4 jari lain 2-3 cm di belakang puting dan tekan payudara anda.

d- Tekan jari-jari anda sambil menggolekkannya ke arah puting. Lepaskan dan tekan semula untuk mengeluarkan susu. Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa proses ini.

e- Tukar posisi jari-jari anda ke bahagian lain pula untuk memerah duktus-duktus susu yang lain pula. Selepas 3-5 minit, aliran susu akan semakin perlahan. Tukar Payudara sebelah pula. Lakukan proses yang sama dan selepas itu anda boleh beralih semula ke payudara pertama tadi. Ulang semampu anda. Kebiasaannya, sesi-sesi awal mengambil masa 20-30 minit. Setelah anda menguasai teknik ini, masa yang diambil akan semakin pendek.
 


(2) Menggunakan pam manual

Kini terdapat banyak jenama pam manual dipasaran, terpulang kepada budget dan keperluan ketika membeli pam. Tidak semestinya pam yang mahal akan memberikan hasil perahan susu yang banyak, kerana ia bergantung kepada cara memerah. Kebaikan menggunakan pam manual ialah, ianya ringan serta boleh digunakan dimana-mana kerana tidak memerlukan sumber elektrik.

Bagaimana pun sesetengah ibu berpendapat penggunaan pam manual agak memenatkan. Kelebihannya ialah, dengan penggunaan pam manual, kadar sedutan pam boleh dikawal dengan mudah bersesuaian dengan kadar hisapan bayi. Ramai ibu berpendapat dengan penjagaan yang baik, pam manual boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan untuk bukan saja seorang malah hingga beberapa orang anak.


Contoh pam manual yang terdapat dipasaran:
(A) Avent Isis ( Basic: RM219, Out and About : RM389, Jusco, Babyland)
(B) Pureen (Jusco) (C) Pigeon manual (Rm50++)
(C) Anakku (RM49.90)

(D) MAM Care
(E) Medela Harmony


(3) Pam menggunakan kuasa bateri

Pam bateri tidak banyak terdapat dipasaran tetapi masih mendapat tempat memandangkan ia tidak memenatkan sebagaimana pam manual dan tidak begitu berat berbanding pam elektrik. Bagaimana pun, apabila kuasa bateri semakin berkurangan kadar sedutan pam akan sedikit terjejas dan perlu sentiasa menyediakan bateri spare untuk masa-masa kecemasan. Bagaimana pun jangan panik sekiranya terlupa membawa bateri spare kerana masih boleh memerah susu dengan menggunakan tangan.

Jenis pam berkuasa bateri yang boleh didapati :
(A) Pureen
(B) Tollyjoy



(4) Pam menggunakan kuasa elektrik


Walau pun pam elektrik jauh lebih mahal berbanding pam manual dan bateri, tetapi ia semakin diminati ramai kerana memudahkan kerja mengepam serta dapat menjimatkan masa. Ini kerana, bagi kebanyakan ibu bekerja masa untuk mengepam adalah amat terhad dan penggunaan pam elektrik, lebih-lebih lagi dual-pump dapat membantu mereka menjimatkan masa mengepam di samping mendapat hasil sebagaimana penggunaan pam manual yang biasanya sedikit mengambil masa dan agak memenatkan.

Faktor-faktor ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu terus menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Tetapi, haruslah berhati-hati ketika memilih kuasa sedutan kerana sekiranya memilih kadar sedutan (suction) yang terlalu kuat, bukan saja hasil yang didapati bakal mengecewakan malah ia akan turut menyebabkan kesakitan. Selain dari itu, oleh kerana memerlukan sumber elektrik dan agak berat penggunaannya agak terhad.

Ada sesetengah ibu yang memilih pam manual ketika berada di tempat kerja, dan menggunakan pam elektrik ketika di rumah untuk digunakan ketika bangun untuk memerah susu di awal pagi. Ini adalah terpulang kepada keperluan individu.
Contoh-contoh pam elektrik yang biasa digunakan
(A) Spectra 3 (RM368)
(B) Ameda-lactaline dual breastpump (RM788)
(C) Medela mini e (RM449) , Dual pump (RM699), Swing (RM768), FreeStyle (RM1800)

Apa pun jenis pam atau kaedah yang digunakan pastikan sentiasa menggunakan barang yang bersih dan disteril. Cuci tangan dengan sabun sebelum memerah susu.



sumber:ourkizuna

No comments:

Post a Comment

sudi2