Alhamdulillah.. syukur.
Dalam mencari-cari resepi untuk buah hati kecik ,irfan harith, terjumpa satu blog ini yang sangat berguna dan bagus untuk para ibu bapa untuk mencontohi cara didikan yang diterapkan untuk anak-anak nye. di kenali sebagai puan lina/kak lina,mempunyai sepasang cahaya mata, Darwisya n Darwish. di usia 3 tahun, darwisya sudah mengahafaz al-Quran. serba sedikit pengenalan diri Darwisya dan adiknya Darwish yang saya copy dr blog kak lina (mama kepada kanak2 ini),
Darwisya Adrianna, umur 3 tahun (2009)Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer.. Kini umurnya 3 tahun, dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL 30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz)
Darwish Adrian, umur 1 tahun (2009)Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah
Kagum bukan dengan kemampuan anak kecil ini. Tahniah buat ibu kepada anak kecil ini. Semoga aku juga mampu mendidik irfan ke arah ini, dan mulai hari ini dan saat ini, aku berniat untuk mendidik irfan dan adik2 nye kelak dengan ilmu al-Quran dari kecil. Semoga aku juga belum terlambat untuk memulakan didikan ini kepada irfan.
Untuk cerita lanjut tentang anak bijak ini,boleh la ke sini http://darwishndarwisya.blogspot.com/
Dari blog itu juga saya perolehi resepi makanan minda untuk anak-anak dan untuk orang dewasa juga.
Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah habis hafazan setiap hari, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru.
Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.
Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:
1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.
2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.
3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.
4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)
5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."
7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).
Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti
8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.
Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"
9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.
Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.
Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.
Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..
Emm.. My favourite!
Ni suapan yang ketiga ni!
Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!
Ekstrak Daun Zaitun dan Air Surah Taha adalah cecair, maka ia bergantung kepada kecairan atau kepekatan yang kita inginkan semasa mencampurkannya. Kedua2 ini boleh dibacakan serentak. Semasa membacakan surah ke atas air, pastikan bukan hanya cukup untuk mencampur kedalam resepi ini sahaja. Buatlah lebih supaya ia boleh digunakan sebagai air minuman anak kita. 90% badan kita terdiri dari kandungan air. Air yang baik boleh menyuci dan melembutkan hati dan jiwa mereka. InsyaAllah
*weekend ni nak g beli barang2 ni n nak bagi irfan makan..tq puan lina ats ilmu ni
bole share lagi resepi..
ReplyDeletesalam .dimana nak beli Ekstrak Daun Zaitun ni?
ReplyDeleteYe...saya pun nak tau...mane bli ekstrak daun zaitun
ReplyDeletesalam, macammana nak kasi baby yang takde gigi telan pil kapsul minyak ikan tu?
ReplyDeleteAnon, sebelum ni sy beli ekstrak daun zaitun online shop pn.lina jgak.dr link ni http://www.islamicparentingnetwork.com.my/products
ReplyDeletetp skang ni sy tanya pn.lina,ekstrak tu xde stok.
shetaq: wslm.just koyakkan kapsul tu, n kuarkan minyak ikan n campur dlm bubur dia
ReplyDeleteBagusla,byk yg bleh sy dpt kt sini..yg penting untuk anak2.... Jemput singgah ke blog saya jg k...kita sama2 kongsi ilmu untuk keluarga...www.mysufisecret.blogspot.com....>_<
ReplyDelete