Friday

ANAK SUSUAN



Hari ni baru naik kerja setelah bercuti 5hari di kampung.. Perkara paling malas ialah nak start mula kerja balik..adoiii memang urat rasa kejang2 je nak bangun pagi tadi n nak g keje. Kat opis pun macam xwujud je jiwa ni kat opis. Jasad je ada kat cni. Huhu.


Tak sabar nak balik ni sebab nak makan doyan..erkkk tak senonoh kan mak orang ni..


Hahaha. Tu kepala asyik terbayang bayang durian dirumah. Ondway blik cni semalam singgah bli durian tepi jalan . Durian kampung. Semalam hanya mampu makan 2biji. En.somi plak cuma makan sebiji. Wahh aku yang kurus ni lagi kuat makan. Semalam bli 10kg. Makan berdua ,tapi beli tak hengat pai 10kg. Ok balik ni bleh mamam durian lagi ye..


Ok berbalik pada tajuk, insyaallah ahad ni member nak amik stok ebm, dan selepas tu aida akan ada anak susuan.Yeaaaa, ada anak instant. 3org anak dah selepas ni. Alhamdulillah.


Nama bakal anak susuan tu Ili Farzana. Lahir beza sehari selepas Qisya. qisya lahir 16 April 2012, Farzana 17 April. Bersalin pun di hospital yang sama, Hospital Pakar Putri JB.


Sebenarnya ayah farzana tu kawan ayah qisya. kawan sama belajar kat university. Harap ahad ni diorang jadi pickup susu.Harap xde apa2 halangan,sebab sebelum ni pernah nak ada anak susuan,tp waktu hari kejadian nak pickup susu,ada masalah  yang menghalang. So tak jadi.

Sebelum ni aida dah lupuskan banyak ebm since deep freezer pun dah penuh n susu tu pun dah dok diam lama dalam tu. Bila deep freezer mula penuh, jadi malas nak wat stok n mula kurangkan aktiviti mengepum. Since deep freezer dah mula kosong, n bakal ada mulut kecil yang akan minum susu aida, so kini dah bertambah semangat untuk mula rajin balik mengepum n membuat stock.




Dalam botol2 ni 5oz setiap botol


Dalam pack plastik ni plak  8oz-12oz. Mostly aida letak 10 oz sebab senang nak kira n nak jimat plastik sebenarnya.




Ni  gambar ebm yang di lupuskan bulan lepas. Waktu nak lupuskan ni, ada gak terpikir nak wat mandi ke baby utk dapat kulit yang cantik sebab pernah terbaca kat group ada wat camtu. Tapi bila pikir balik, tak mau la amik risiko. dibuatnya kulit yang sedia chomel si qisya tu jadi pelik or alergik, baik tak payah..


Ok lah dah kul 4lebih.. Kul 4setengah nak wat closing. Nak caw dulu g pantry basuh pum .Td kul 3.50 br siap pum sesi petang. Alhamdulillah kat opis ni hari ni dapat wat 3 kali sesi mengepum time rehat.


Mujur office ni ada 3 sesi rehat. Tea break pagi, lunch time, tea break ptg. Tp tea break tak lama, pagi cuma 10minit, petang 20minit.


Tapi tea break pagi aida tak mengepum,time tu aida guna g bli makanan kat bawah untuk menu lunch. So time lunch, pum sambil makan. Pagi klu sebelum g kerja sempat pum kat rumah, pum dulu sebelum g kerja. Kalau tak, sampai2 office, trus pum dulu.


Hari ni cam biasa  tak sempat mengepum sebelum g kerja. Hari ni bangun lambat sebab liat nak g kerja. Hehe. So pum kat office.


Alhamdulillah sesi pagi dapat 12 oz (mungkin penangan makan durian kot). Hahaha.. Sesi tengahhari dapat 10oz n yang petang ni dapat 5.5 oz.

Chaiyok2 aida..semoga lepas ni lebih rajin mengepum n semoga rezeki susu ku pasni lebih meriah untuk anak2 ibu qisya n farzana..Aminnnnnn

1 comment:

sudi2