Wednesday

Perjuangan Penyusuan Susu Ibu Belum Selesai

Semalam tak sempat update.hr ni br sempat. Pasal pregnency test tu, 2 hr lepas dah buat  ujian pregnency test. –ve. So sy dah tahu bukan hormon mengandung yang buat susu saya kurang. Faktor kesihatan yang teruk bulan lepas mempengaruhi pengeluaran. Puncanya waktu tu badan sy cam nak demam. Rasa sejuk semacam. Tak lama malam tu badan saya panas. Esok pagi pergi kerje, gagahkan diri. Kononnye tak nak manjakan diri supaya berlasak2 & supaya cepat sembuh. Bila sampai office & bila kul 9stgh,badan tak larat sangat. Minta balik awal. G klinik amik mc n dapat ubat. Lepas  telan ubat demam n antibiotik,badan terus rasa ok sikit. Sy tak makan ubat yang lain coz risau pulak makan ubat bnyak2 coz sy BF. Selepas  tu sy dah tak makan ubat demam n just makan antibiotik lg skali. Bl malam badan panas balik, sy telan lg sebiji ubat demam selepas kene bebel ngan suami. Sebelum tu kami g makan. Memandangkan seharian tak lalu nak jamah mkanan,perut dah msuk angin. Balik dari makan,tak sampai sejam, habis kosong perut coz dah muntahkan semua mknn td. Pukul 4pg besoknya, perut sy rs cam memulas semacam. Cirit birit. Perkara ni(cirit birit) berlanjutan selama 4hari. Sy dah berhenti mkn antibiotik dan msih mkn ubat dmam coz bdn dmam lg,tp cirit birit msih ada. Kmudian sy bhenti mkn ubat demam,selepas 2hr,br sembuh dr cirit birit. Bl jumpa doktor,dia kata bukan sebab ubat yg sy bg. Yelah,xkan dia nak mengaku kan.xpasal2 kene saman.
Badan sy betul2 lemah dek penangan cirit birit tu. Bayangkan 1hr lebih 10x masuk tandas. Walau xde apa dlm prot,cirit kuar air je. Dah la cirit birit,makn plak tak lalu,telan air pun rs sakit. 4hr tu sy tak mampu nak pum susu coz bdn sy betul2 lemah. Tak ada apa dlm badan. Badan yang kurus ni pun dah semakin kurus. Badan sy betul2 sembuh slps seminggu. Sejak tu,susu sy betul2 drop. Stok susu yang tak berapa nak bnyk dalam peti beku pun smakin berkurangan. Hari ni, dalam peti tu cuma tinggal 3botol susu beku. Sejak sakit, susu beku asik keluar. Takde yang masuk. Sy cuba nak wat stimulate susu. Sy cuba pum setiap sejam,tp bl kat office sy tak mampu nak wat sejam sekali. B sy skang ni dah xkeras. Dah makin xde susu. Sy sgt sedih. Xsanggup rsnye nak berpisah susu dgn Irfan. Dah masuk 2minggu irfan topup ngan susu FM. Pasal susu fm ni plak,pening sy nak cr yg sesuai n ok. Sy sendiri xtau mn yg ok. Karihome, enfagrow, s26, anmum, lactogen, semua dia xnak. Last cb Nan Pro 3 br dia nak. Maafkan ibu irfan coz terpaksa beri susu FM. Bila kenang, xsanggup rsnye. Coz sy niat nak fully BF sehingga 2thn. Tp L...
Apapun saya akan cb stimulate susu supaya pengeluaran akan jd seperti biasa n terus dapat supply susu untuk irfan. Saya akan trus makan vit shaklee utk membantu dan akan makan mengikut jadual yg kak N ajar. Selebih nye sy hanya mampu berdoa n tawakal kepada Allah. Jika ditakdirkan penyususan sy utk irfan setakat ini shj, sy redha coz sy dah berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan penyusuan ini. Yang penting sekarang ni,sy akan berusaha hingga ketitisan terakhir susu sy.
Bl terkenang moment menyusukan irfan, gelagat sewaktu irfan menyusu, tak dapat bayangkan macam mn nanti bila sy dah putus susu dengan irfan. Tak sanggup rasanye. Memangla satu hari nanti irfan akan berhenti menyusu. Tp blom msnye skang ni. Tggu la sehingga dia 2thn. Atau paling tidak sehingga dia setahun 8bln. Mesti sy rindu renungan mata irfan ke mata sy sambil menyusu. Mesti sy rindu tangan irfan yang meraba muka sy n raba puting nenen yg sblh lg smbil mulut khusyuk ngan nenen. Mesti sy rindu irfan tahan gelak bl sy sakat dia bl tgh menyusu sambil mulut tak nak lepas dari nenen. Nenen ni la yang membuatkan irfan kenyang terutama 6bulan pertama. Nenen ni la yang irfan dambakan bl sy pulang dr kerja. Nenen ni la yang semakin merapatkan hubungan kasih antara kami berdua. Nenen ni la yang irfan cr bl nak tidur. Nenen ini la yang dapat menenangkan irfan bl irfan menangis. Nenen ni lah yang dapat menenangkan irfan bl nak melasak dalam kereta. Irfan sangat sebati dengan nenen ini yang menghasilkan susu ibu untuknya..
Sampai hari ini pun sy tak sangka saya mampu untuk mengharungi penyusuan ni utk anak sulung sy. Banyak faktor yg membantu perjalanan sy. Sy bersyukur sangat coz sy dberi peluang dan ruang utk menyusukan irfan hingga kini. Alhamdulillah..  
Semoga Allah permudahkan perjuangan penyusuan ku. Amin.

No comments:

Post a Comment

sudi2