Minggu lepas irharith tak sihat beberapa hari..demam. Bila tengok gusi dia nampak bengkak. Sah demam nak tumbuh gigi. Gigi tumbuh sekali 4 batang. Tu yang demam pai 2hari. Tp hari ke 2 dia start batuk plak. Mungkin jangkit dari ayah irharith yang batuk. So sepanjang badan dia tak sihat, dia kurang nak makan n minum susu guna cawan dia. Untuk pengetahuan sejak umur dia 11bulan lebih,dia dah tak nak minum pakai botol.. kat rumah pengasuh dia minum guna cawan berstraw atau cawan yang ada muncung tu je. Selalunye dia minum guna yang straw. Puas ibu dia ni bli macam2 jenis botol susu. Dari yang murah,sampai la yang mahal. Semua masuk box simpanan je. Ok la kita tinggalkan cerita pasal botol ni.
Pengasuh dia kata, habiskan 3 oz susu untuk sekali minum pun susah. Padahal susu tu pun susu dr B sy jugak. Memang susah hati saya dibuatnya. Tp bila saya dah pulang dari kerja, dia pasti akan menyusu direct dr B sy.. Sy pasti dia lapar dan haus coz tak ada selera nak makan bila di rumah pengasuh. Yg kedua, bila badan tak sihat, dia lebih suka mengemping. Ini la kelebihan menyusu badan. Bila anak tak nak makan dan minum bila sakit, direct breastfeeding pasti anak yang kurang sihat ni tak kan tolak.
So saya akan pastikan badan saya hasilkan susu yang banyak n lebih ber nutrient. Apa yang saya buat,saya akan gandakan air yang saya minum. Saya gandakan pengambilan vitamin C dan Alfalfa termasuk vitamin lain seperti biasa. Kalau hari biasa sy makan 1biji vitamin C dan 2biji Alfalfa. Bila keadaan anak kurang sihat saya akan makan 2biji vitamin C (capsul tu dibelah 2) dan 4biji Alfalfa untuk 2kali makan. Selain tu saya tingkatkan pengambilan soy protein. Bila malam dan pagi sebelum pergi kerja,saya akan pastikan dia minum susu sampai puas. Alhamdulillah skang dia dah sembuh. Semoga anak ibu jd anak yang soleh , sihat, bijak, penyayang , penyabar dan sentiasa dalam lindungan kasih Allahtaala. Amin
*****Jangan lepaskan peluang menyertai Durian Runtuh dan menang berganda untuk memenangi hadiah bernilai RM 1000 dari 23 Feb 2011 hingga 30 April 2011*****
*****Mahu mencuba Shaklee? Kami ada menyediakan Shaklee Trial Pack untuk 30 hari..Sebarang pertanyaan @ pesanan boleh hubungi saya di 013-6913889*****
No comments:
Post a Comment
sudi2