Friday

Pengasuh oh pengasuh

Pengasuh oh pengasuh.. Atas sebab suami kepada pengasuh Irfan kene denggi, n pengasuh tak dapat nak jaga Irfan wat masa ni, mati kutu kami nak cr pngasuh irfan sementara.


Nak dijadikan cite, aku dalam bulan ni saja dah banyak hari bercuti, so tak boleh nak cuti lg. enSuami pun tak benarkan saya amik cuti. Dia kata perlu jaga rekod. So enSuami pun tawar diri dia jaga si Irfan semalam. Jd aku pun tak tanye banyak la. aku assume dia amik cuti.


Dalam kul 8stgh,aku call enSuami.

 
Ibu:      ayg kat mana n anak mana?
Ayah:   kat poli..anak ada ni,tgh main.

ibu:      ??? igtkan cuti..irfan dah mandi ke bw g office? dah makan?
ayah:    tak bleh cuti,bln depan nak race.dah mandi n dah td mkn nasi lemak
           (nasi lemak? penat pg2 aku msk lauk khas utk irfan siap ada sayur n ikan sblm g keje)

ibu:      ayg kat mane ni dgr mcm bukan dlm ofc
ayah:    abang kat bengkel ni. siapkan kete ngan wakjo.bulan depan kan nak hantar racing.

ibu:      hbis irfan camne. dia watpe kat bengkel tu.(horror mak dgr..anak aku main apa agaknye.spana? gergaji?welding etc?)
           ayg jgn la lama2 kat bengkel tu. kesian anak penat n panas kat ctu.

ayah:     irfan xpanas..dalam ni aircond n tempatnye luas n bersih.



dalam kul 11 enSuami mms hantar gambar si irfan tgh tdo dm stroller dia...

wahhh sadis nye anak aku..masalahnye ayah irfan bw stroller Quinny yg tak boleh recline. stroller yg boleh recline kat rumah.sebenarnye stroller quinny tu dah memang ada dalam boot kereta.

walau apapun, aku nak ucap terima kasih kepada suami ku merangkap ayah mithali kerana menjaga anak ku dengan jaya nye dalam bengkel projek nye.hohoho

Bila aku pulang keje n cium irfan,huhhhh bau besi anak aku.

Hari ini irfan tumpang rumah pengasuh kawan aku untuk sehari. weekend ni terpaksa hantar irfan sementara  tinggal di kampung bersama atuk n neneknye.Huhu tak sanggup rasanye nak berpisah dengan irfan walaupun sehari. Inikan pulak seminggu..

Maafkan ibu sayang..

Saturday

Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung

Disebabkan sy dah berbadan dua kembali untuk kedua kali nya, kini sy sibuk mencari maklumat tentang yang terbaik utntuk ibu mengandung. Hr ni sy dapat info dr miakiddles tentang panduan pemakanan vitamin buat ibu mengandung.credit untuk Genkimomma juga sbgai sumber asal.

 sumber google
Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung... Tak perlu ikut instruction botol, boleh ikut begini aturannya :
  • (1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.
  • (2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.
  • (3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
  • (4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.
Saya quote from babycenter, ya:When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)
  • (5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  • (6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough. Selebihnya, khasiat DHA nie Ashrin boleh dapati dari pemakanan seharian. Hopefully Ashrin boleh makan ikan (tak mabuk) sepanjang pregnancy nie. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.
Saya quote kepentingan Omega :
The benefits for baby are:

  • A better brain with higher intelligence
  • Good nervous system development
  • Better eyesight from retina formation
  • Fewer behavioral problems after birth
  • Better sleep patterns for a new born
Health benefits for mom include:
  • Less chance of developing pre-eclampsia
  • Protection against brain loss during pregnancy
  • Less chance of pre-term labor and cesarean
  • Much lower risk of postpartum depression
  • Greatly reduced incidence of breast cancer
DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. (BellaOnline)
Untuk penyerapan nutrients yang lebih baik, better ambil vitamin di waktu malam. Namun kalau nak ambil semua serentak mesti sukar, kan?

Jadi, ini suggestion (Jadual Pemakanan) :
  • (1) After breakfast : Secawan ESP & 1 biji Vita-Lea.
  • (2) After lunch : B-Comp, Vit-C & Omega.
  • (3) After Dinner : 4 biji OsteMatrix.
Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan, bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp, badan rasa ringan gitu.
Ini sekadar cadangan, boleh juga tukar2 ikut keserasian dan keselesaan. Namun, yang OsteMatrix tue, sangat digalakkan ambil di waktu malam.
 

Kepada yang berminat boleh mencuba trial pack SET Preggy MAMA
Preggy mama 1 - utk 1st trimester
[RM130 sahaja]
*30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
* 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
* 30's vitamin C
* 1 bottle of calcium (120 caplets)

Preggy mama 2 - utk 2nd dan 3rd trimester
[RM170 sahaja]
* 30's Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
* 30's B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
* 30's vitamin C
* 1 bottle of calcium (120 caplets)
* 30's capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)
ESP canister
[RM121]

Tuesday

Testimoni Ibu Bersalin Yang Mengamalkan Vitamin Shaklee Ketika Mengandung.

Seronoknya baca testimonial ibu dari Brunei yang br melahirkan anak yang masih ceria dan segar walaupun br sejam melahirkan anak yang saya baca dari blog kak N. Sebenarnya saya sangat tertarik dengan entry kak N ni sebab sy pun br nak makan vitamin yg sy senaraikan dalam entry sebelum ni untuk kandungan kedua saya. Sewaktu mengandungkan Irfan,saya tak kenal lagi shaklee. Bila Irfan dah lahir n saya mencari vitamin untuk penyususan, baru saya kenal dengan shaklee n sehingga hari ini, vitamin shaklee tak pernah putus ada.
Sewaktu penyusuan, vitamin shaklee sangat-sangat membantu saya dalam menjayakan penyusuan, selain tidak lupa usaha dan doa kepada Allah. Dan sekarang, saya masih menggunakan vitamin ini untuk kandungan kedua plak. Apa yang saya perasan,semasa mengandung kali ini ( untuk 7minggu pertama coz baru 7minggu.untuk bulan yang akan2 datang, sy akan update lagi) berbanding kandungan pertama yang hanya bergantung vitamin dari klinik, sy sangat cergas n lebih bertenaga. Balik dari kerja saya masih mampu melayan kerenah anak, memasak, mengemas rumah, cuci baju dan tidur lewat. Sampai suami tegur, “sudah la. Dah pukul berapa ni. Esok nak kerje. Kene rehat yang cukup”,hehe.Klu dibandingkan waktu mengandungkan irfan, sy cepat letih. Pantang nampak bantal, mesti nak tido. Sampai suami kata bila dia tengok irfan yang kuat tido, irfan kuat tido macam ibu. Ishh. Sabar je la. Masak pun kadang2. Yang sy buat adalah hafal pasar malam kat mana n hari apa n hafal kat mn kedai makan yang sedap.hehe. Sebab kalau xlarat masak,kami makan luar. Tp kalau dah boring makan luar, cr makanan kat pasar malam plak. Selain tu,masak sendiri kat rumah la. Bila malam pulak,mesti tido awal. Ok la,Jom kita baca cerita ibu comel, Ness dari Brunei.Credit Kak N.
Pengalaman berbeza melahirkan dua putera. Testimoni dari Brunei.
Salaam Kak N! Ness nak bagi testimonial tentang kebaikkan Shaklee untuk ibu yang mengandung dan how it helps after birth.

Alhamdulilah, pada 30.03.2011, Ness selamat melahirkan putera yang ke dua, Muhammad Thoriq Syahadah. Tidak sangka dia akan melihat dunia that early sebab due date dia 3 minggu lagi. Tapi aturan Allah adalah yang terbaik. Tanda nak bersalin bermula pada 7.30 pagi. Tapi Ness masih relax, sempat bermain dengan Aiman lagi. An hour later baru gitau mak yang ada tanda. Dia insist kita pergi hospital, tapi masa tu perut belum lagi sakit.

Masih belum panic, while mak was getting ready, Ness buat breakfast di dapur. Huhu. Punya lah relax kan? Nasib anak ke dua, kalau anak pertama dah memang blah dah gi hospital. Lepas breakfast, seperti biasa, makan Shaklee Vits. Berfikir sejenak, just in case bersalin pagi tu, Ness decided to take extra ESP. Selalunya satu tablespoon dengan milo. Tapi pagi tu, ambik 2 and half.

Pukul 10 baru bertolak dari rumah, masih relax. Tapi on the way ke hospital baru terasa perut mengeras. Masih boleh relax lagi. Sampai hospital, kena offer pakai wheelchair ke labour room (yang berada di tingkat 3 dan amatlah jauh! Sungguh menyeksakan bagi ibu yg hendak bersalin, tak tahu kenapa hospital tu buat camtu.ish ish ish.) Tapi Ness tolak, sebab rasa ok lagi utk berjalan.

Alhamdulilah, 2 kali push, 12.10pm selamat melahirkan Muhammad Thoriq Syahadah, 2.9kg. Kecik nyee...banding dengan abang dia 3.6kg masa lahir. Lepas anak di bersihkan dan di kidnap oleh mak dan abah utk di azankan, Ness start breastfeeding kan Thoriq. Alhamdulilah, tak de masalah latching, seperti di beri manual dalam perut, Thoriq terus je menghisap. Nurse pun kagum Thoriq latched on well.

Ini gambar Ness sejam lepas melahirkan



 Yang datang melawat cakap tak de nampak macam orang baru bersalin.

Suami sendiri pun cakap Ness nampak berseri dan lebih bertenaga compared to previous birthing. Memang Ness rasa masih bertenaga. Kawan-kawan yang datang melawat tanya apa rahsia Ness sehingga sangat energetic melayan dorang. 

Syukur Alhamdulilah, ness rasa consistency dalam mengambil ESP dan vitamin semasa mengandung banyak membantu menguatkan badan dan memberi tenaga. Kita pun nampak ceria dan berseri.

Hari kedua bersama Aiman & Thoriq


Even now dalam pantang tak rasa terlalu penat (walaupun tidur hanya 3 jam semalam), rasa lebih bertenaga melayan karenah si abang dan adik. 

Memang betul ada perbezaan jika dibandingkan Ness dulu sebelum mengambil supplements dan selepas mengambil supplements. 

Jika ingin merasakan kelainan itu, mengubah keadaan diri dari dalam dan luar, cuba Shaklee. Ia sangat berkesan dan terbukti keberkesananya.

Ummu Aiman Thoriq
Brunei

So kepada teman2 di luar sana, terutama ibu mengandung , jom kita sama2 manfaatkan kebaikan vitamin ini bersama. Saya berdoa agar proses kelahiran sy kelak juga dipermudahkan dan selamat semuanya. Saya hanya berusaha dan berdoa, Tuhan yang menentukan.

Monday

Vitamin Ibu Mengandung


Hari ni nak cerita kesinambungan entry lepas 16 April tu..n yup,yang  ke 3 tu memang boleh  tambah. Dan diistiharkan 16/04/2011 dapat keputusan yang irfan akan jadi abang. Alhamdulillah keputusan +ve.  Mungkin sebelum ni buat test , result sebenar tak nak keluar sebab dia nak tunggu tarikh 16 April untuk bagi result sebenar.
Dan mak, mak dah dapat hadiah harijadi yang sama seperti 2thn lepas. Mak nak dapat cucu lagi. Hehehe.
So sekarang ni, saya dah mula makan vitamin-vitamin yang sesuai untuk ibu mengandung. Jom kita tengok sama-sama vitamin dan makanan apa yang sesuai untuk ibu mengandung. Credit
  • Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
  • Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
  • Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
  • Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah..jeng jeng jeng..ini dia TERBAIK DARI LADANG…hihi


OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula - 1 Biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP… Trial Pack Shaklee serendah rm80..tak rugi cuba…dan rasai kehebatannya

Saturday

Jom Gelak Petang.....KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....


Hari ni kat office sangat boring..Tak sabar nak tunggu waktu balik. Lambatnye masa berlalu. Apakata kita layan cerita ni. Credit

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :


Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah lebih kurang 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.


1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.


Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.


Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (askar, polis hutan, orang asli, pemburu, pembalak dan lain-lain) tu pasal
diorang nie nak buat kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....


Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit atau tidak mampu buat kerja dan kini berada di seluruh negara (tak kiralah di duduk gelandangan ker, rumah ker, hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....


Sekarang ini terdapat 1,084,486 orang di dalam sekolah juvana, pusat tahanan akhlak, penjara, Pusat Serenti dan macam-macam pusat lah di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...


Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...


Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, baca blog nie dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...


Mana aku tak letih!!


Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!


P/S : Semua statistik di atas tidak dirujuk mana-mana fakta.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena aku buat jugak