Monday

Wean Off ?

Irfan kini berusia 1 tahun 4bln. Sejak 2 minggu lps, irfan sudah tidak exclusive BF lg. Semua  bermula bila badan ni rasa tak sihat dan demam panas sampai 4hari 3minggu lps. 4hari tu jugak tak lalu makan. Bila makan ubat yang doktor bagi,cirit birit melampau spanjang 4hari tu. Bila buat check up, suspect mengandung. Tapi xconfirm lagi coz buat pregnency test sendiri macam +ve tapi line ke2 samar2. Bila tanye nurse waktu checkup irfan minggu lps, dia kata betul la tu mengandung.
 Menyebut tentang nurse yang checkup tu, teringat hr kejadian yang sememangnye menyakitakan hati statement dia. Bercakap macam org xde agama.  Yang bengang nye dia marah kenapa mengandung. Antara statement bongok dia “ Anak blom cukup 2tahun. Kenapa mengandung. Kenapa xmerancang. Lps bersalin hr tu nurse2 lain xde ajar ke teknik merancang  ke.jangan nanti dah mengandung ni asyik nak ulang alik g klinik cek darah je”. Dengan muka lagaknye, suara yang bcakap seperti xde adab..eii menci la bl tringat. Saya sendiri memang merancang. Maklum la nak BF si Irfan pai 2tahun. Kita ni sbgai manusia biasa hanye mampu merancang. Tuhan yang berkuasa menentukan. Bukannye sy suka2 petik dr atas pokok g letak dalam prot. Klu Allah kata mengandung, rancang mcm mn pun, tetap mengandung. Memang betul klu boleh digalakkan selepas anak sebelumnye 2tahun,baru digalakkkan mengandung. Tp sbgai nurse tu,ayat tu kene betul. Intonasi suara n riak muka tu kene tempatnye untuk menyampaikan fakta yang sepatutnye. Oleh kerana dia bahasa yang agak “tersopan tu”, sampai xmasuk kepala apa yang dia terangkan plak pasal ubat cacing yang dia suh bagi kat irfan tu. Entah bp ml entah yang dia suh bagi. Yang aku Cuma tangkap,baki nye xyah bagi lagi. Just buang je. Sib baik aku ada sepupu nurse. Aku roger2 je. Terlebih plak cite pasal emosi ngan nurse ni plak.
Dah sebulan lebih apa yang saya perasan,setiap kali sesi perahan, susu tak banyak cam biasa. Breast pun dah susah nak penuh. Semua nye saya amalkant seperti biasa. Saya tak tahu mana silapnye. Waktu tu saya xterfikir langsung yang saya mungkin pregnent coz saya merancang juga. Setiap hari terpaksa tarik stok EBM yang ada xberapa nak banyak dalam peti beku tu. Skang ni dlm freezer pun tinggal untuk bekalan beberapa hari je lg. huhu. Cedihnye. Xsanggup rsnye nak wean my baby off the breast.  Tiba2 tengah tulis ni pun rasa nak nangis pun ada. Huhuhu.
Ok la. Malam ni rasanye nak buat test lg. apapun keputusannye, sok klu sempat, saya update lg.

Thursday

dah lama nye tak update blog kat cni..
koleksi tudung terbaru pun dah masuk 3trip xupload kat blog n FB.
hanye direct buyer je.
memang xde masa nak wat 'fotoshot' utk tudung.
maaf la ye kepada customer on9 yg asyik bertanye collection terbaru.
sebenarnya kekangan masa,ditambah kesibukan di office dan melayan keletah Irfan yang baru dapat kaki membataskan semuanye.
sejak dah berjalan,semua tempat dia jelajah. klu wat fotoshot, dia pun nak join jd model tudung tu.
tu yg bizz on9 ibu dia ni kurg aktif.
apa pun bizz tetap berjalan walaupun tanpa on9.
mungkin gak hormon nak bg irfan adik kot.
hehe...

Monday

FARMASI ALLAH

Telah dijadikan oleh Allah kehidupan dan tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini terlebih dahulu sebelum manusia diciptakanNYA. Allah jadikan keperluan-keperluan ini sebelum kita dlahirkan ke dunia ini. Semua ini adalah terbaik dan mujarab jika dimakan mentah. Kebanyakkan dari kita tidak faham dan tidak mempelajarinya. Allah tinggalkan kita suatu petunjuk di mana apakah makanan yang membantu bahagian-bahgian tubuh kita. Farmasi Allah menakjubkan

Sepotong lobak kelihatan seperti mata manusia. Anak mata, kelopak dan sinarnya tampak seperti betul-betul mata manusia.. dan BENAR, ilmu sains sekarang membuktikan LOBAK MERAH amat berkesan mempertingkatkan edaran darah dan fungsi mata kita.
Tomato mempunyai 4 kebok / ruang udara dan berwarna merah. Hati kita juga mempunyai 4 ruang udara dan merah. Kajian-kajian menunjukkan tomato kaya dengan Lycopine dan makanan asli yang amat diperlukan oleh hati dan jantung.

Anggur teragantung dalam keadaan berumpun-rumpun sebagaimana bentuk HATI. Setiap anggur seumpama sel darah, dan semua kajian hari ini menunjukkan anggur juga amt diperlukan sebagai makanan bagi mencergaskan hati dan darah.

Walnut menyerupai bahgian otak, sebelah kiri dan sebelah kanan serebrum atas/otot besar atas dan cerebrum bawah/ otot besar bawah. Kedutan atau pelipatan pada kekacang juga sama seperti terdapat pada otak. Sekarang kita tahu bahawa WALNUTS membantu mebina lebih 3 dozen pancaran neuron untuk fungsi otak.
Kacang Ginjal sebenarnya menyembuh dan membantu mengekalkan fungsi buah pinggang/ ginjal dan benar, ia menyerupai buah pinggang/ ginjal manusia.

Daun saderi/ Bok Choy, Rhubarb dan banyak lagi yang menyerupai tulang, makanan ini bertumpu kepada membiana kekuatan tulang. Tulang adalah 23% sodium dan makanan ini adalah 23% sodium. Jika anda kurang sodium dalam diet anda, tubuh akan menariknya dari tulang, ini membuatkannya menjadi lemah. Makanan ini akan menggantikan keprluan rangka/ skeletal tubuh manusia.
Avocado, Terung, Pear menumpukan  kesihatan dan fungsi kandungan dan rahim kaum hawa – ia menyerupai bentuk organ tersebut. Kajian hari ini menunjukkan bahawa apabila wanita memakan sebiji avocado seminggu, ia akan menyeimbangkan hormone, menghalang kelahiran yang tidak cukup berat, dan mencegah barah serviks. Bagaimana ini amat berkesan? Ia mengambil selama 9bulan untuk membesar bermula dari kembang bunga hingga buah matang. Ianya melalui lebih 14000 proses photolytical nutrisi bahan kimia terpilih dalam setiap makanan ini (sains moden hanya mengkaji dan menamakan lebih kurang 141 darinya sahaja)

Buah Ara adalah penuh dengan biji dan tergantung dua bila membesar. Buah Ara menambah pergerakan sperma lelaki dan meningkatkan bilangan sperma dan mengatasi masalah kemandulan di kalangan lelaki.

Kentang manis pula menyerupai kelenjar / pankreas dan sebenarnya indeks glycemic Kencing Manis.
Buah zaitun membantu kesihatan dan fungsi ovary.





Bauh oren, buah anggur dan lain-lain buah-buahan masam menyerupai kelenjar mammary kaum perempuan sebenarnya membantu kesihatan payudara dan pergerakan masuk dan keluar limfa payudara.

Bawang pula menyerupai sel-sel tubuh. Kajian hari ini menunjukkan bawang membantu membersihkan bahan-bahan tidak diperlukan oleh seluruh sel-sel tubuh. Ianya memang membuatkan kita menangis terapi, ianya membersihkan lapisan epithelial mata. Tugas yang serupa, Bawang Putih juga membantu menghilangkan bahan yang tidak perlu dan membebaskansama-sekali bahan berbahaya dalam tubuh manusia.




*****Jangan lepaskan peluang menyertai Durian Runtuh dan menang berganda untuk memenangi hadiah bernilai RM 1000 dari 23 Feb 2011 hingga 30 April 2011*****
*****Mahu mencuba Shaklee? Kami ada menyediakan Shaklee Trial Pack untuk 30 hari..Sebarang pertanyaan @ pesanan boleh hubungi saya di 013-6913889*****

Friday

EKZEMA & ALERGI DARI PEMAKANAN HARIAN



Sebelum ni aida ada beberapa kenalan yang mempunyai anak yang menghadapi masalah ekzema dan alergi. So hari ni kita blaja sikit mengenai ekzema dan alergi ini . Mungkin kita sama2 bleh membantu anak2 yang menghadapi masalah ini


Asas alergi makanan


Adakah anak saya berisiko mengalami alergi makanan?

Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibataqsi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:
Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
Salah satu ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?
Lazimnya, sistem imun akan menyerang bacteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Apakah tanda2 alergi makanan?
Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

Mengapa pencegahan alergi penting?

Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.


Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dansumber penting antibody yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)


Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
*susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
*makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.
*kurangkan habuk di dalam rumah.
*jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
*jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.


Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
Mari kita meneliti usus kita. Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.

Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.

Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga member perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit. Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:


Cara kelahiran: 

Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normalMikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

Memperkenalkan makan pejal:
Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi keranamakanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan.Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
 Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
• Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
• Membantu dalam penyerapan mineral.
• Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.
Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?


Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)

TRIVIA:

Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.


sumber:cikPau




*****Jangan lepaskan peluang menyertai Durian Runtuh dan menang berganda untuk memenangi hadiah bernilai RM 1000 dari 23 Feb 2011 hingga 30 April 2011***** 
 *****Mahu mencuba Shaklee? Kami ada menyediakan Shaklee Trial Pack untuk 30 hari..Sebarang pertanyaan @ pesanan boleh hubungi saya di 013-6913889*****

Thursday

KELEBIHAN BREASTFEEDING

Minggu lepas irharith tak sihat beberapa hari..demam. Bila  tengok gusi dia nampak bengkak. Sah demam nak tumbuh gigi. Gigi tumbuh sekali 4 batang. Tu yang demam pai 2hari. Tp hari ke 2 dia start batuk plak.  Mungkin jangkit dari ayah irharith yang batuk.  So sepanjang badan dia tak sihat, dia kurang nak makan n minum susu guna cawan dia. Untuk pengetahuan sejak umur dia 11bulan lebih,dia dah tak nak minum pakai botol.. kat rumah pengasuh dia minum guna cawan berstraw atau  cawan yang ada muncung tu je. Selalunye dia minum guna yang straw. Puas ibu dia ni bli macam2 jenis botol susu. Dari yang murah,sampai la yang mahal. Semua masuk box simpanan je. Ok la kita tinggalkan cerita pasal botol ni.
Pengasuh dia kata, habiskan 3 oz susu untuk sekali minum pun susah. Padahal susu tu pun susu dr B sy jugak. Memang susah hati saya dibuatnya. Tp bila saya dah pulang dari kerja, dia pasti akan menyusu direct dr B sy.. Sy pasti dia lapar dan haus coz tak ada selera nak makan bila di rumah pengasuh. Yg kedua, bila badan tak sihat, dia lebih suka mengemping.  Ini la kelebihan menyusu badan. Bila anak tak nak makan dan minum bila sakit, direct breastfeeding pasti anak yang kurang sihat ni tak kan tolak.
So saya akan pastikan badan saya hasilkan susu yang banyak n lebih ber nutrient. Apa yang saya buat,saya akan gandakan air yang saya minum. Saya gandakan pengambilan vitamin C dan Alfalfa termasuk vitamin lain seperti biasa. Kalau hari biasa sy makan 1biji vitamin C  dan 2biji Alfalfa. Bila keadaan anak kurang sihat saya akan makan 2biji vitamin C (capsul tu dibelah 2) dan 4biji Alfalfa untuk 2kali makan. Selain tu saya tingkatkan pengambilan soy protein. Bila malam dan pagi sebelum pergi kerja,saya akan pastikan dia minum susu sampai puas. Alhamdulillah  skang dia dah sembuh.  Semoga anak ibu jd anak yang soleh , sihat, bijak, penyayang , penyabar dan sentiasa dalam lindungan kasih Allahtaala. Amin




*****Jangan lepaskan peluang menyertai Durian Runtuh dan menang berganda untuk memenangi hadiah bernilai RM 1000 dari 23 Feb 2011 hingga 30 April 2011*****
*****Mahu mencuba Shaklee? Kami ada menyediakan Shaklee Trial Pack untuk 30 hari..Sebarang pertanyaan @ pesanan boleh hubungi saya di 013-6913889*****