Friday

13 weeks 5 days.



Excited nya aku bila g scan  baby tempoh hari bila nampak baby yg dah mula aktif bergerak2. aku nampak kaki, tangan, badan, n muka nya bergerak2. speechless ...
Perasaan macam baru first time mengandung plak. Syukur alhamdulillah kerana aku diberi rezeki dan nikmat ini untuk kedua kali nya
.
Pemeriksaan aku hari tu menunjukkan HB aku naik dari sebelumnya hanya 11.3. Seram gak mula2 sebab baru awal kehamilan HB dah rendah. Pemeriksaan terbaru ni HB aku 12.9. Kalau mengandung sebelum ni, 1st time disahkan mengandung, cek darah, HB aku 14. Mungkin kebelakangan ni rutin makan aku tak teratur. Selain makan tak teratur, 10 minggu pertama aku tidak mengambil sebarang supplement atas nasihat doktor kerana aku disarankan makan duphaston selain folic asid untuk kuat kan rahim kerana kes keguguran sebelum ni. Kemudian barulah aku amalkan set lengkap shaklee, HB aku mula meningkat.

Sepanjang kehamilan ni, aku tak boleh langsung makan ayam. Bau org goreng ayam pun aku dah nak muntah. Tengok ayam plak jadi kembang tekak aku. Cian ayam tu tak bersalah. yang bersalah org jual ayam sebab harga ayam dah naik. huhu. xde kene mengena. Tp hanya ayam n asam je yang aku tak bleh nak telan sepanjang kehamilan ni. kalau sebelum ni, ayam n asam memang aku bedal je. Kalau sebelum ni, setiap minggu mesti beli ayam sekor buat stok dlm peti. kadang2 blom sampai seminggu,dah kene restok ayam. kesimpulannya menu ayam tu memang menu wajib la dlm seminggu.

sekarang ni aku asyik makan ikan je..paling xpun tukar daging sekali skala.kalau tak pun,aku makan udang. tapi udang pun aku dah mula xberapa suka. dah mula mual plak tgk udang. dulu bulan pertama, aku cuma request makan ikan yang isinya putih2 je..ikan merah,ikan siakap,ikan talapia merah.ikan yg ada skit2 hitam2 isinya aku xmakan.macam ikan tongkol,ikan caru..huhu..memang memilih gila..rabak gak la husband nak melayan bini dia yg ngandung ni. tak tau la kenapa ngandung kali ni cerewet sgt. sampai husband cakap apa, "oo tu ngandung baby girl kot. tu yang cerewet cam ibu dia". huhh,dengar 1st sentence word, dah berbunga riang, baby girl. tp next sentence word,keluar asap kat telinga..

tp dulu mengandung M.Irfan Harith,memang mudah je segalanya. xde memilih makan2 ni. semua sapu bersih. rasa mual, mabuk memang langsung xde. yela,org tua kata, lain anak, lain pembawakan nya. ye x. xpe la, yang penting baby kat dlm ni sihat kan. kalau baby kat dalam ni boy, bleh jd kawan bermain abg irfan. kalau gegirl, wawwww,bleh geng ibu plak. baru adil. dlm rumah tu nanti 2 boboy, 2 gegirl..yipppiieeeee..

bestnya kalau dapat. memang mengaharap dan berdoa agar kandungan ke2 ni dapat gegirl plak. tp itu semua kerja Allah. yang penting, anak ibu ni sihat tubuh badan nya, cukup sifatnya, baik rupa parasnya,baik akhlak nya, jd anak yg soleh/solehah..alhamdulillah. jantina xkesah la. yg pasti, tetap anak ayah n ibu.kan kan baby. Sayang anak2 ibu..


2 comments:

  1. awk ngandung lebih kurang saya je. saya pun alahan teruk.. ayam pun xsuka.. anak ke-2 mmg g tu kot..

    ReplyDelete
  2. oo yeke..tahniah ninie.anak ke2 jgak ke.ragam anak ke2 camni eh..haa tu la,ayam xnak geng ngan sy.dah la ikan tgh mahal.time ni plak di demand nak ikan ek.
    p/s:ninie,camne sy nak masuk blog awk.sy xleh msuk la

    ReplyDelete

sudi2