Friday

Persediaan Mom to be Untuk Menyusu bakal bayi

Assalamualaikum..

Hari ni nak wat entry untuk bakal ibu yang mahu untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti dengan susu ibu. ini juga atas permintaan teman yang mom to be .

Diri ini bukan lah kaunselor untuk susu ibu. Tapi hanya nak berkongsi ilmu dan pengalaman menyusukan 2 anak dengan susu ibu. Alhamdulillah dengan izin Nya.



1. Ketika mengandung, tanamkan niat untuk menyusukan anak yang bakal lahir nanti dengan susu kita (susu ibu). Doa semoga niat kita ni terlaksana dan depermudahkan. Allah maha mengetahui n maha mendengar.

2. Bersihkan puting terutama di 3rd trimester. cara mudah bersihkan selepas mandi or semasa mandi, dimana daki2 or bendasing yang tersumbat mudah dibersihkan. Bersihkan menggunakan kain napkin lembap. Selain tu boleh gunakan minyak bio oil untuk diletak diputing, pastu bersihkan guna kain napkin lembap tu. selain mudah di bersihkan, bio oil tu bertujuan untuk mengelakkan melecet pada puting.
Bagi yang bermasalah puting tenggelam/inverted niple,bleh bli alat untuk mbantu. kalau tak silap brand medela ada.bleh dipakai pasang kat niple tu.rsnya awal mngandung pun bleh start pakai Selain tu,ada certain kes,niple xjelas.camne ek nak ckp.ermm puting cam xtimbul dengan cantik.so spanjang ngandung tu,boleh tarik2 skit puting tu.dulu time ngandung anak 1st,nurse ada ajar.kalau xbleh minta tlg husband ye..hehe..yg ni xyah explain la camne en husband nak wat..18sx.

3. Persiapan utama masa ini adalah melengkapkan ilmu mengenai penyusuan & banyakkan membaca soal jawab tentang permasalahan dalam penyusuan. Ini sgt2lah membantu kerana ia akan buat kita yakin, dpt menangkis pandangan/nasihat yg kurang tepat dr orang lain, membuang rasa risau serta lebih bersedia & tahu apa yg perlu dilakukan bila berhadapan situasi2 yg rumit.

4. Nyatakan hasrat & dapatkan sokongan terutamanya dr pihak suami. Sokongan di sini bukan setakat setuju kita ingin breastfeed baby, tp lebih dari itu.Banyakkan berbincang tentang perancangan yg bakal dibuat, serta sama2 lengkapkan ilmu supaya suami juga tahu peranan & apa yg boleh dilakukan untuk membantu isteri menjayakan penyusuan. Bakal ibu boleh dptkan maklumat dr pelbagai sumber spt buku, majalah & internet. Letakkan di tempat yg mudah dilihat utk dijadikan bahan bacaan umum utk semua (suami, keluarga, org yg jg masa pantang dll). Jika sumber dr internet, boleh print.

5. Persediaan alatan seperti pam, botol2 dll. Jika ibu bekerja pertimbangkan untuk beli pam sesuai budget masing2... Selalunya double pumping sgt membantu. Selain utk kegunaan semasa di tempat kerja, boleh buat stok awal & bguna utk ransang penghasilan lebih banyak susu nanti. Kebanyakkan ibu-ibu tak nak membeli pum dulu sebab risau kalau-kalau tak guna jika susu tak banyak.
Berfikiran positif k ibu-ibu. Semua ibu sebenarnya mampu menyusukan. Jika tidak,anytime boleh let go. InsyaAllah ada yg berminat nak beli.

6. Paling penting adalah bila dh bersalin nanti cuba susukan baby seawal mungkin (terbaik dlm tempoh 1-2jam lps deliver). Kerapkan penyusuan, pastikan baby menyusu dgn betul serta elakkan penggunaan botol & memberi fm kpd bby jika tidak perlu.

Ini je lah kot yang bleh membantu untuk mom to be ye..semoga semakin ramai ibu-ibu terbuka hati untuk menyusukan anak2 dengan susu ibu.

Hanya perkongsian sedikit.semoga perkongsian ni dapat beri manfaat pada yang memerlukan





p/s: Kalau ada yang kurang, bleh la momies lain tambahkan ye.





4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

Salam sejahtera..Tadi buka facebook, jumpa artikel yang menarik untuk dikongsi. Post di sini dengan harapan mana tahu satu hari nanti kalau diri ni terlupa, bleh la rujuk dalam list blog sendiri. Semoga aida n suami mampu mndidik anak2 kami dengan cara Rasulullah.insyaallah...Aminnnn



4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH------------------------------------
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.Disamping menerapkan nilai2 murni dan mengajar baik buruk sesuatu perkara

...
KEDUA Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

SUSU DROP

Hari ni bekalan susu untuk Qisya terpaksa campur ebm.

Hasil tuaian semalam tak ckup untuk menampung susu untuk hari ini.

Semoga rezeki untuk anak ibu masih ada n semoga susu ku semakin banyak untuk anak ku. Semoga ku cepat sihat supaya badan ku mampu bekerja untuk menghasilkan susu dengan lebih baik.

Apapun, taknak stress2. Tak bagus untuk badan dan production susu.

Tadi pagi pum cuma dapat 5 oz. tengah hari pum dapat 7 oz. Ni baru lepas pum sesi petang 3.5oz.

Apapun Alhamdulillah..Balik nanti dah tak pum. Qisya suka minum direct kalau kat rumah.

Pernah pengasuh dah panaskan susu siap2 sebelum aida pick up Irfan n Qisya sbb waktu menyusu dah sampai.

Bila sampai rumah, bagi susu tu dia reject. terpaksa buang je susu tu. Dua kali dia buat macam tu.

Sejak tu, pesan dengan pengasuh kalau time menyusu dia waktu sy ambil budak2,tak payah panaskan susu sebab nak df je.

Esok weekend, balik kampung. Mana tau bila dapat makan masakan emak, harap badan ni cepat sembuh dan production susu pula akan meningkat.. Aminnnn.

Hehe..sebenarnya rindu mak..Mak insyaallah anak mu pulangggg



p/s:yakin rezeki untuk anak tetap ada. yakin rezeki Allah

Wednesday

TAK SIHAT

Hari ni baru naik cuti setelah MC 2hari,isnin selasa. Sebenarnya rabu lepas dah MC sehari.

Pastu gagahkan diri g keje hari khamis walau masih blom sihat sepenuhnya. Jumaat-Ahad memang public holiday.. 

Hoyeayyy.

Tp tetap xbest jugak sebab badan tak sihat walau pun cuti panjang..

Apabila si ibu demam + batuk + selsema berpanjangan on Off, maka tempias nye kena pada si anak..

Cian anak2 aku.. Maaf kan ibu ye abg Irfan n Qisya. Termasuk la si ayah dah join d group..

Dugaan betul.

Bila anak2 sakit, tak tenang hati ni.

Semoga anak2 ibu cepat sembuh n sihat2 sentiasa.

Semoga aku cepat sembuh.

Semoga suami ku juga cepat sembuh..

Aminnnnn

Thursday

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam .. maaf zahir batin..

Macam terlambat je kan nak ucap selamat hari raya. Tapi takpe la, better late then never.. kan.kan.. :)

Cuti seminggu raya minggu lepas macam singkat sangat. Cam tak cukup je kan. minggu ni nak sambung beraya lagi. Minggu ni keje 4 hari je, pastu cuti 3 hari lagi  :)

Tahun ni raya giliran rumah aida dulu, raya ke3 baru tidur rumah husband pulak. Memandangkan rumah kami dekat je (dekat sejam perjalanan), raya ke2 dah beraya rumah mertua, cuma tak tidur je. Raya sebelum ni biasanya 1st day raya akan pergi dua2 rumah ni. Tapi tahun ni husband kata kena balik jugak rumah mertua raya ke2 sebab nak amik gambar family belah dia pulak. Sebab nya raya ke2 baru lengkap adik beradik husband semua ada. Keluarga belah aida pun sama jugak, raya ke2 baru lengkap semua 7 beradik.

ok la,meh kita layan gambar je la ye.. Hidung aida tak selesa la, selsema dari sebelum subuh tadi pagi. So kepala noneng2 ni + badan demam



Ni gambar di pagi raya di kampung aida.. pagi ni kami tak cukup 7beradik. ada 6beradik je. Keluarga abang ke2 lom balik lagi






Kamiiiii





with adik, dekdah..kami cuma 2beradik je gegirl..5 yg lain boboy.. 






Ni semua adik2..kecuali yang ada reben kat kepala tu anak la kan. Tak kan adik kot. hehe..yang baju biru kundang tu sepupu, Aiman. Dulu dia dari baby mak yang jaga. Dah 4 - 5 thaun dia duduk ngan mak dia plak. Tapi ni dah 2tahun berturut kalau beraya mesti dia balik johor.






 Ni kami ber 4 lagi..di hari raya ke 2..rumah mertua






 Family belah mertua





 Ni time malam raya ke 2. dah balik rumah keluarga aida. Malam ni ada sesi bergambar dengan keluarga aida lagi, sebab abang 2nd baru balik petang nya. So acara bergambar berlangsung lagi..



Tapi perasan tak apa yang tak kene..heheh.




 Yang xkene nya,tema semua tak kene. Tema cacar marba..Ayah irfan memang dah salin pakai baju pink tu lepas mandi. Irfan n qisya plak dah pakai baju tidur lepas mandi. Si ibu ni sure la pakai baju tshirt n seluar je. Bila diaorang ajak bergambar, terpaksa la transform.

Tapi disebabkan malas nak gosok baju, pakai je baju tadi siang. Bila dah jadi mak2 ni, keutamaan siapkan anak dulu. Tu pun nasib baik lom campak dalam bakul kotor n masih bergantung. so sarung je la. yang Qisya senang je nak menyalin tanpa banyak kerenah or demand.

Tapi si abang, bila aida nak ganti baju, seboleh2 nya nak sarung gak baju melayu..masalahnya dia cuma ada 2je baju melayu.so sure la dah guna 1st day raya n 2nd day raya. Seboleh2 nya nak jugak pakai baju melayu. Nasib la baju 1st day dia dah basuh. Baju kemeja n Tshirt baru kebanyakkan masih lom berguna lagi sebab asyik nak pakai baju raya (baju melayu tu dia panggil baju raya). Dia memang obses ngan baju melayu.





Tadi malam aida kemas almari baju dia, dia ternampak seluar baju melayu dia,dan2 tu jugak dia bukak seluar dia salin seluar seluar baju melayu dia. Yang baju nya dia tak nampak, so dia salin seluar je. Trus dia bawak tidur. Suruh buka dia tak nak buka. Agaknya mimpi indah kot dapat pakai baju raya tu.. :)

Tengok la muka irfan ngan cermin mata hitam tu.. Dia nampak pak su dia kuarkan spec hitam, trus dia request spec hitam dia gak. Adoiii si anak

Tu mulut aida ternganga sebab sibuk nak susun si irfan yang nak parking depan kamera. Qisya garuk kepala "oit abg fafan, muka qisya nmpak separuh je ni". hehehe